Dec 11, 2012

5 Tips Membuat Tempahan Kad Kahwin

Kad Kahwin merupakan antara elemen penting dalam suatu majlis perkahwinan. Biarpun teknologi makin maju, makin moden, keistimewaan nya tetap tersendiri. Tetap utuh di hati bakal- bakal pengantin untuk menjemput tetamu istimewa.

Kemunculan rekaan yang unik, cantik dan terkini memang membuatkan pelanggan boleh rambang mata. Jadi sebelum u oll nak beli kad kahwin tu, meh tengok tips best dari Kami sendiri.

1. Saiz dan Bajet 




Saiz dan bajet anda merupakan antara perkara penting yang perlu di titikberatkan. Anda di sarankan  memlih saiz standar kerana ia bukan sahaja menjimatkan wang, malah tidak memerlukan bajet yang tinggi ketika membuat tempahan kad kahwin.

Jika mahir buntu atau konfius kat mana nak cari Kad Kahwin Murah dan berbaloi disamping "tak lari bajet", anda boleh membuat tempahan disini. Harga & Pakej yang diberikan sangat berbaloi.


2. Idea


Sebelum menempah kad kahwin, pastikan anda melakukan sedikit rujukan kad pilihan anda bagi mendapatkan idea dan arah tuju dalam menempah kad kahwin anda. Ada beberapa cara yang bagus untuk membuat rujukan, antaranya :

A. Melakukan kajian di Google Search dengan keyword yang berkaitan dengan Kad Kahwin yang anda mahu. Contohnya jika anda mahukan Kad Kahwin jenis Elegent, anda hanya perlu search di Google Image tadi, "Kad Kahwin Elegent".

B. Kumpulkan kembali semua Kad Jemputan Kahwin yang anda dapat daripada kawan-kawan, saudara dan sebagainya. Kemudian barulah anda boleh jumpa idea-idea menarik untuk Kad Jemputan Kahwin anda.

C. Berhubung dengan designer & beritahu apa konsep & style yang kita mahukan untuk dibuat dengan sedikit upah design (biasanya upah design dalam RM40-RM100).

D. Ataupun anda boleh terus membuat Tempahan Kad Kahwin murah dan mengikut idea anda sendiri tanpa perlu membayar upah design disini.

3. Info / Maklumat

Info, alamat, butiran terkini yang lengkap untuk di masukkan ke dalam kad kahwin haruslah di kumpulkan bagi mengelakkan sebarang kesukaran tetamu yang hadir ke majlis anda. Pastikan info yang diberikan tidak terlalu padat dan tak jugak terlalu ringkas.

4. Tempah Awal

Tempah awal untuk mengelakkan anda kelam kabut. Berbincang dulu dengan keluarga dan pasangan. 3 -4 bulan sebelum majlis seelok-eloknya anda patut berjumpa dengan designer kad kahwin anda.

Sebagai langkah untuk menjaga pelanggan kami, Kiz juga tidak menerima tempahan yang terlalu lambat dari tarikh perkahwinan mereka.

5. Senarai Semak Tetamu

Sebaik-baiknya, buatlah senarai semak tetamu yang bakal hadir bagi mengelakkan pembaziran tempahan kad. Ini kerana bahagian Kad Kahwin adalah antara bahagian yang paling banyak modal perlu dikeluarkan selepas bajet untuk kenduri, pelamin & photography.



Mungkin ada antara anda yang sudah hampir dengan tarikh perkahwinan anda tapi masih belum membuat tempahan? 
Anda Boleh terus membuat tempahan dengan kami.Menyediakan Kad Kahwin Murah lagi berbaloi.
-Elakkan pembaziran

[Lihat Pakej Tempahan Kad Kahwin : disini]

ATAU

Tanya terus kepada Kiz,
017-7323183 (Kiz)
reifhankiz@gmail.com

Dec 9, 2012

Kiz Wedding di Inspirasi Perkahwinan

Teruja sungguh kami apabila di hubungi wartawan untuk memasukkan gambar perkahwinan kami di majalah yang sungguh berprestij untuk anda mendapatkan inspirasi-inspirasi untuk majlis perkahwinan yang istimewa. Syukur yang tidak terhingga. walaupun baru lagi dalam bisnes ini, tetapi kami telah di beri peluang ini.

muka teruja dedua.
Alhamdulillah sekali lagi.

Jika anda berminat ingin mendapatkan khidmat kami, hubungi kami di reifhanrazali@yahoo.com / 017-7323183

Terima Kasih

Dec 6, 2012

Tempahan Kad Kahwin

Kiz Wedding sedia menerima tempahan KAD KAHWIN anda !

3 sebab untuk memilih Kiz untuk menjadi sebahagian dari majlis istimewa anda.

1. Design istimewa dari kami untuk anda. ya, beritahu kami apa yang anda inginkan di kad anda, kami design kan untuk anda. Bukan mengikut template yang sedia ada.

2.Murah. Beritahu kami bajet anda, akan kami carikan material yang terbaik untuk anda walaupun murah. Harga permulaan adalah 35 sen.

3. Cepat dan pantas. Beri kami  masa sebulan untuk menyiapkan segala proses kad. Design, Printing, Deliver. Insyallah sebulan siap!

Jadi, buatlah tempahan kad kahwin anda sekarang. Jangan terlewat dan terburu-buru. Design yang unik, eksklusif, comel dan tersendiri menanti anda.