Masa yang diambil untuk tempahan adalah berbeza mengikut jenis tempahan dan berapa kuantiti yang ditempah. Anda boleh rujuk pada jadual harga pada bahagian Pd yang bermaksud 'process duration'. Pd dikira mengikut hari bekerja.
Bagaimana nak buat tempahan?
Ada beberapa cara untuk membuat tempahan, antaranya :
a. Whatsapp No 019-235 4631 dan nyatakan tempahan
b. PM Facebook Kiz Wedding (www.facebook.com/kizwedding)
c. Datang terus ke kedai / showroom Kiz Wedding (Waze pun boleh)
Penghantaran ambil masa berapa hari?
Penghantaran akan mengambil masa 2-4 Hari Bekerja bergantung kepada lokasi penghantaran. Pastikan anda membuat tempahan awal untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak dapat dijangka.
Jika tempahan yang sampai ke rumah ROSAK / TAK CUKUP / BERMASALAH ?
Anda disarankan untuk terus hubungi Kiz Wedding di 019-235 4631. Kami akan memberikan penyelesaian yang terbaik untuk anda seperti ganti baru jika masih banyak masa sebelum majlis ataupun REFUND duit sekiranya masa tidak mengizinkan.
Adakah warna hasil design yang saya lihat akan sama dengan yang diprint?
Kebiasaanya untuk dapatkan warna 100% sama memang mana-mana tempat percetakan tidak akan dapat buat. Di Kiz Wedding, ketepatan warna adalah lebih kurang 91.7%. Perlu diingatkan design yang anda lihat di telefon pintar atau laptop anda mungkin berlainan dengan design di Kiz Wedding kerana setiap skrin ada settingnya yang tersendiri.
Whatsapp saya lambat / tidak berbalas
Pihak Kiz Wedding membalas whatsapp satu per satu daripada bawah dan waktu bekerja di Kiz Wedding adalah dari 10:00am sehingga 7:00pm sahaja. Selain pada waktu tersebut, whatsapp akan dibalas pada hari berikutnya.
Tetapi sekiranya anda Urgent, boleh terus call 019-235 4631 dan nyatakan tempahan anda.
Saya nak datang kedai, bila waktu operasi?
Waktu Operasi 10:00am - 7:00pm (Ahad Cuti)
Adakah Kiz Wedding ada menyediakan perkhidmatan COD?
TIADA. Anda perlu datang sendiri ke kedai kami ataupun kami pos.
Adakah saya akan dapat lihat dahulu hasil design sebelum ianya diprintkan?
Ya. Kami akan berikan design draft 1 dahulu. Kemudian anda boleh mengemukakan pindaan sebanyak 2x. Pindaan kali ke-3 akan dikenakan caj RM10.
Bolehkah saya menggunakan design sendiri?
YA, Anda boleh menggunakan design sendiri. Tetapi anda perlu berikan softcopy Adobe Illustrator ataupun softcopy adobe Photoshop kepada kami. Kami TIDAK menggalakkan anda memberikan gambar untuk kami print.
Saya mahu request custom design, ada caj tak?
Kami di Kiz Wedding boleh buatkan custom design untuk anda dengan caj yang sangat rendah. Anda dibenarkan untuk mengemukakan pindaan sebanyak 2x selepas draft 1 dihantar.
No comments:
Post a Comment