May 4, 2016

Panduan Memilih Barang Hantaran Untuk Majlis Perkahwinan Tanpa Membazir

Di sini Cik kiz sertakan sekali beberapa tips dan panduan memilih barang hantaran untuk majlis perkahwinan u all tanpa membazir walau pun sedikit ya. Ingat ya kahwin ni perlu banyak duit jadi perancangan yang baik dan tepat sangat lah perlu aagr u all tak membazir dan menyesal di kemudia hari.




Kalau dapat bersederhana dari semua aspek lagi bagus. Yang tu Cik Kiz suka..

Panduan Memilih Barang Hantaran Untuk Majlis Perkahwinan Tanpa Membazir

Berbincang dahulu dengan pasangan anda.

1. Bincanglah dengan pasangan anda mengenai berapa dulang yang ingin disediakan, kalau boleh buat senarai barang yang ingin dijadikan hantaran. Setelah mempunyai kata sepakat, pergi beli bersama-sama sebab takut nanti, si lelaki nakkan kasut Adidas, tapi yang perempuan kononnya ingin buatkan kejutan belikan kasut Nike sebab model Cristiano Ronaldo nampak 'hensem' memakai produk Nike. 

Bincanglah dan beli bersama-sama. Jangan sampai macam kawan Cik Kiz suami dia tak pakai pun baju yang isteri dia belikan sebab dia tak minat dan malu nak pakai.

Dulang hantaran sikit je pun OK..


2.Berapa dulang balas berapa? Masih keliru berapa banyak dulang dan kenapa 7 berbalas 9. kenapa 5 berbalas 7. Sebenarnya tiada garis tepat untuk berapa dulang berapa dulang. 

Cuma adat Melayu, bilangan dulang itu dipilih dalam bentuk ganjil.

Lagi banyak dulang lagi banyak kena sponsor baju flower girls


3.Kalau boleh elakkan dulang hantaran yang banyak kerana nanti, anda perlukan lebih ramai 'dulang girls' untuk memegang dulang anda, bermakna makin ramai kawan/sahabat anda perlukan untuk memegang dulang anda. Sekiranya baju-baju dulang girls ini anda kena sponsor, maka bertambahlah bajet yang perlu anda belanjakan

Dulang hantaran kena ada makanan ya!!!


4.Apabila anda membuat keputusan mengenai dulang hantaran, kek, buah-buahan perlu diambil kira juga kerana ahli keluarga akan memakannya.

Pastikan tau size dulang hantaran


5.Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.


Beli barang hantaran yang kecil. taku tak muat nak letak


6.Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kerana kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil.


No comments: