Mari kita sambung tip-tips seterusnya untuk dapatkan harga kad kahwin murah. Masih ingat lagi? Cari yang murah dan berbaloi bukan murah tapi tak berbaloi? Ahaa, kalau dah lupa boleh klik link di bawah ni,
Tips 1-3 : http://kizwedding.blogspot.com/2014/04/5-tips-untuk-dapatkan-kad-kahwin-murah.html
Dah baca? Baik! Jom kita sambung untuk tips yang seterusnya.
4. Kunjungi pameran-pameran kad kahwin berhampiran lokasi anda
Kebiasaannya, event seperti pameran kad kahwin dan sebagainya akan menyediakan pakej harga kad kahwin yang murah beserta pelbagai free gift untuk anda. Kumpulkan sebanyak mana flyers pakej kad kahwin dari booth-booth yang berbeza dan buat perbandingan harga. Pastikan jika ia berbaloi.
Maksudnya jika harga kad kahwin murah dah, pastikan berapa lama tempoh siap, free gift dan kualiti kad tu memadai untuk anda. Jika ia mahal pula, pastikan kualiti kad memang tip-top seperti ada emboss (kesan timbul), spot uv(kesan berkilat) dan sebagainya. Tak faham? Takpe kami akan terangkan dengan lebih lanjut apa itu emboss, spot uv dan lain-lainnya.
5. Pilih Material kad yang biasa-biasa sahaja.
Ok dalam kad kahwin, biasanya kita akan diberi pilihan 2-3 jenis material pada kad bergantung pada kedai kad kahwin. Contoh macam di Kiz Wedding, kami beri anda pilihan untuk pilih jenis art card atau ivory white card. Ada juga sesetengah kedai yang berikan anda pilihan untuk material jenis simili (kertas biasa yang tak berapa keras).
Untuk pengetahuan anda, jenis kad yang paling biasa orang ambil adalah jenis art card (harga standard) dengan permukaan yang sedikit berkilat dan keras. Jenis-jenis material juga akan dihujahkan (amboi) dengan lebih teliti dalam entri kiz yang seterusnya.
Ok so kiz dah kongsikan pada anda beberapa tips untuk dapatkan harga kad kahwin murah so kiz harap anda dapat sedikit sebanyak idea yang diberikan.
No comments:
Post a Comment