1. Gabungkan kedua-dua belah kad.
Ok biasanya pasangan bakal pengantin mesti nak buat belah lelaki lain, belah perempuan lain. So kali ni kita ubah. Buat dua-dua bahagian majlis dalam 1 kad. Kiz nasihatkan anda ambil jenis kad yang lipat dua so bahagian peta majlis nanti takdelah macam terlalu sempit.
Haa yang ni siap gabungkan dua pasangan berbeza tu |
Tapi kalau nak lagi jimat ambil je kad yang jenis sekeping depan belakang tu (biasanya lagi murah around 35sen - 60sen bergantung kepada kuantiti). Incase tema warna anda berbeza sangat untuk belah lelaki dan perempuan boleh je request dengan designer tu nak lain-lain tema warna (biasanya boleh)
Untuk contoh senarai harga korang boleh check yang Kiz Wedding punya kat link ni.
2. Bandingkan harga kad kahwin
Caranya anda buka beberapa website yang ada buat perkhidmatan kad kahwin dan catat berapa harga yang mereka letakkan untuk kuantiti dan jenis kad yang anda nak. Yang mana yang murah tu anda bulat dulu. Kemudian jangan pilih terus ok, check dulu berapa lama dia dapat siapkan, ape free gift mereka akan bagi dan faktor-faktor lain.
Ini kerana setakat pengalaman kami, tempat yang buat kad kahwin terlalu murah biasanya bermasaalah seperti lambat siap, tersalah buat dan sebagainya so kiz nasihatkan korang amek yang average harga macam Kiz Wedding, hihi. So pastikan anda jumpa kad kahwin murah dan berbaloi.
3. Bawak berbincang
Sesetengah perkhidmatan kad kahwin membenarkan anda untuk berunding dengan mereka tentang harga. Biasanya rm10 atau rm20 tu masih boleh kautim, bergantung pada bagaimana anda berunding dengan mereka. Cuba je, kalau tak dapat bukan rezeki la maknanya kan..
Ok sebenarnya ada banyak lagi tips yang Kiz nak kongsikan dengan korang semua tapi memandangkan masa tak mencukupi sebab Kiz ada lagi beberapa design nak kena settlekan ye..So kita bersambung pada tips dapatkan kad kahwin murah pada entri seterusnya ok.
No comments:
Post a Comment