Mar 31, 2016

Contoh Kad Kahwin Inno & Ila

Selamat petang kepada bakal pengantin dan pembaca Kiz Wedding :-)

Ok Cik Kiz nak post lagi satu contoh design kad kahwin.Kali ni dari pasangan comel Inno & Ila.(serius memang comel).Rasanya ada darah kacukan diorang ni.tengok je la nama nya pun  ter sangat lah unik.

Contoh Kad Kahwin Inno & Ila


Konsep Dan Design


Masa Inno & Ila datang ke kedai ritu,diorang ni dah dah ada idea sendiri tau.Diorang nak buat yang simple jer..Kalau tengok kat gambar bawah,kat depan kad kahwin Inno & Ila memang nak letak basikal camtu.Bila tengok betul betul gambar basikal tu menunjukkan mereka akan melalui perjalanan alam perkahwinan bersama sama.Sebab tu basikal tu untuk dua orang pengayuh dalam satu basikal.Chewahh.. 

Good Job Inno & Ila!
Contoh Kad Kahwin Inno & Ila

Lakaran Peta


Macam biasa untuk peta Cik Kiz akan lakarkan dulu atas kertas untuk mengelakkan pape kesalahan. Kalau tengok kat gambar bawah ni Cik Kiz dah siap siap kan warna untuk setiap petunjuk. So takde la confuse masa nak photo shop nanti.

Atas kertas pun Cik Kiz wat cantik cantik tau. Baru mood feeling tu datang cantik je masa nak design betul betul nanti. hehe..

Contoh Kad Kahwin Inno & Ila

Taraaa...

Hasil peta yang dah siap jadi la macam gambar yang kat bawah ni. Jauh betul tau masuk ke dalam rumah diorang ni.Tapi jangan risau, Cik Kiz akan bagi muat gak peta nya kat dalam kad kahwin tu. Yang penting takde land mark yang penting tertinggal.Kan...???

Contoh Kad Kahwin Inno & Ila

Detail Pengantin.


Detail asas yang diperlukan adalah seperti berikut:

Nama Pengantin di muka depan kad kahwin : Inno & Ila
Nama pengantin lelaki : Norkeeli Bin Misnan
Nama pengantin perempuan : Kamilah Binti Mat
Tarikh Majlis : 17/4/2016
Nama bapa pengantin : Misnan (waris) Bin Selamat
Nama ibu pengantin : Kemey (Gemi) Binti Kerdiman
Alamat majlis : Lot 15, Jalan Ikan Puyu, Lorong PPRT 3, Kampung Bukit Lanchong, 40400 Shah Alam Selangor
Waktu majlis : 11 pg - 5 ptg
Maklumat turut mengundang : Nama dan no telefon.

Dan lihat hasilnya






Ada yang nak dapatkan design kad kahwin camni gak?Letak basikal kat tengah tengah?Contact Cik Kiz tau kat fb Kiz wedding.Caranya klik kat sini je..(klik Sini)

Mar 29, 2016

Wargh...Meriahnya Banner Dan Bunting Kahwin Tu...!!!

U all rasa best ke tak kalau ada banner dan bunting kahwin kat majlis kahwin u all?Cik Kiz suka sangat...!!!Memang nampak meriah. Masa first time nampak kat tepi jalan otw balik kampung, dah rasa happening sangat majlis tu.

Sampai la untuk majlis kahwin Cik Kiz, dengan petunjuk jalan sekali Cik Kiz buat guna bunting.Bukan 1 je penunjuk jalan tu,tapi lebih kurang 10 ok Cik Kiz buat.Boleh katakan setiap simpang jalan ada bunting Cik Kiz yang warna pink tu..hehe..

Meriahnya Banner Dan Bunting Kahwin Tu...!!!


1)Kegunaan Banner Dan Bunting


Paling bagusnya ada banner dgn bunting ni adalah untuk kesenangan tetamu kita la kan.Cuba bayangkan kawan u all dari terengganu datang kat majlis kahwin u all kat Johor?Dah la johor tu banyak Parit(Nama Jalan).Pastu kadang kadang 1 Parit tu ada 2-3 majlis kahwin.Boleh ke kawan u all tau yang majlis tu confirm u all punya majlis...???

Cik Kiz sendiri pernah tersalah masuk majlis orang tau.Nasib baik hubby Cik Kiz tanya dulu kat penyambut tetamu tu..Kalau tak terpaksa la berlakon buat2 kenal keluarga pengantin.Hahaha..

Masa tu memang confuse giler.Tak ada banner atau bunting,muka pengantin pun tak nampak.Yang paling best warna tema pun sama..:-p

2)Tambahkan Kesempurnaan Majlis.


Ok.Selain dari memudahkan tetamu, banner dan bunting juga menampakkan kesempurnaan majlis kahwin tu nanti.Kat banner tu boleh tulis "SELAMAT DATANG"..nak lagi best kat pintu keluar ada lagi 1 banner tulis "TERIMA KASIH".Wargh.meriah betul kan...???

3)Simpan Sebagai Kenangan.


Haaa...siapa kata banner dan bunting dah jadi takde kegunaan lepas habis majlis kahwin?Cik Kiz sampai sekarang gantung 1 bunting kat dalam bilik tidur.Secara tak langsung boleh hias bilik Cik Kiz. Dan yang paling best nya boleh nampak memori kahwin tu hari hari..

Kalau gambar dan kad kahwin mesti simpan dalam album je kan??? Silap silap 10 tahun lagi baru u all mengimbau kenangan kahwin kalau letak dalam gambar dan kad kahwin dalam album, dan album tu lak simpan dalam laci..hehe...

So sekarang ni u all rasa meriah ke tak kalau majlis u all ada banner dan bunting kahwin nanti?

Boleh btau Cik Kiz jawapan nya ya kat fb Kiz Wedding(Klik sini)

Checklist Barang Keperluan Kahwin.Ibu Bapa Juga Penting!Part 1.

Checklist barang keperluan untuk kahwin sangatlah penting sebenarnya.Bukan sahaja untuk bakal pengantin, tetapi juga pada ibu bapa dan keluarga pengantin.Takut2 dah last minit ada jer keperluan yang tertinggal

So hari ni Cik Kiz nak list kan keperluan lengkap barang keperluan kahwin.Insya Allah dah tak tertinggal lagi.

Checklist Barang Keperluan Kahwin.Ibu Bapa Juga Penting!


1)Barang Hantaran


Ok barang hantaran ni sangat penting untuk standby awal awal.Kalau boleh just spend masa 3-4 hari je untuk decide dan pilih barang apa yang nak dibeli.Untuk bunga dan hiasan kat dulang tu nanti boleh lah beli kat tempat2  murah macam GM Klang dan Nilai 2.

2)Baju Nikah.


Haa..baju nikah ni better beli je kain pasang kat Jakel.Ck Kiz dulu try cari merata gak.last2 g Jakel sebab kat sana ada banyak pilihan,Kalau gedung2 lain tu memang takde pilihan dan kain pun banyak tak cantik.Pastu kalau nak jimat g hantar jahit kat kedai2 yang ada kat kampung.Jangan hantar butik, jahit biasa pun dia boleh charge rm300-rm500 sehelai.

3)Baju Pengantin,Pelamin dan Solekan.


Yang ni Cik Kiz cadangkan buat lah tempahan at least 6 bulan sebelum majlis perkahwinan.Bukan apa..takut2 baju dan pelamin yang cantik2 dah ditempah orang lain lak.Kan rugi kalau kita dapat baju dan pelamin yang lama tapi bayaran nya sama je dengan orang lain.Oh ya,sila lah buat pilihan yang tepat dan cuba untuk negotiate untuk dapatkan design tema majlis yang terbaik untuk anda!

4)Kad Kahwin


Kad kahwin juga sangat penting untuk ditempah awal2.at least 3 bulan sebelum majlis perkahwinan tau!yang ni lak Cik Kiz cadangkan untuk wat tempahan kat Kiz Wedding saja k.takyah susah2 g kedai.Kita whatsapp je dan Cik Kiz akan tunjukkan cara cara nak wat tempahan nanti.yang mana kat Shah Alam Cik Kiz alu alukan juga untuk datang ke kedai Kiz Wedding.

Ok la.Tu saja checklist barang keperluan untuk kahwin yang Cik kiz wat.Cik Kiz janji petang ni atau selewat2 nya esok Cik Kiz akan update barang keperluan untuk kahwin part 2 pula ya..

Stay Tune...

Untuk pertanyaan mengenai tempahan kad kahwin boleh whatsapp Cik Kiz (019-235 4632)

Atau PM je Cik Kiz di fb Kiz wedding(klik sini) :-)





Mar 24, 2016

Kenali Trend Cenderahati Perkahwinan Mengikut Peredaran Masa

Perasan tak dari dulu sampai sekarang kalau kita pergi mana mana majlis perkahwinan pihak pengantin akan bagi cenderahati perkahwinan mengikut trend yang berubah mengikut peredaran masa?

Cik Kiz masih lagi ingat lebih kurang 10 tahun sehingga 5 tahun lepas kebanyakkan tuan rumah pengantin memilih untuk memberi cenderahati berbentuk makanan seperti air kotak dan makanan ringan.Tapi semakin lama dah makin banyak pilihan terbaru yang boleh dijadikan sebagai cenderahati semasa majlis istimewa tu nanti..

 Kenali Trend Cenderahati Perkahwinan Mengikut Peredaran Masa


1)Zaman 90 an.


Zaman ni Cik Kiz masih bersekolah lagi tau..Jadi bila sekolah lagi memang selalu la kena teman mak ngan abah Cik Kiz pergi majlis kahwin sedara mara dan jiran jiran.Terngat lagi memang majoriti akan bagi telur rebus untuk setiap  yang datang.Untuk parent pula dapat la jugak berkat nasi minyak tu..kalau best sikit dapat lak telur pindang..

2)Tahun 2000 hingga 2010.


Haaa...masa ni dah mula berubah dah pilihan cenderahati ni.Bermula dengan air kotak dan makanan ringan dibalut cantik cantik guna plastik warna tu corak bunga bunga tu..Semua pakat beli borong makanan ringan tu dan packing sendiri jer..

Masa ni jugak mana mana keluarga yang ada bajet lebih terutamanya di kawasan bandar dah mula bagi Mug atau pun bowl kaca yang cantik cantik tu.dan tak kurang hebatnya bagi coklat yang eksklusif macam Toblerone.

3)Tahun 2010 hingga sekarang..


Sebenarnya contoh contoh cenderahati yang Cik Kiz bagi tau kat atas masih je lagi pilihan keluarga pengantin.Tetapi pada masa yang sama Cik Kiz tak nafikan trending cenderahati ni sudah berubah.Sejak Cik Kiz bukak Kiz wedding ni,makin lama permintaan terhadap yasin ready made,yasin custom made,tasbih dan sejadah mini semakin banyak.Kadang kadang tu sampai tak menang tangan Cik Kiz nak handle wasap yang masuk berdesup desup kat fon Cik Kiz..

Agak agak semua la kan,berapa Cik Kiz dapat tempahan untuk setiap cenderahati perkahwinan yang ada kat Kiz wedding ni?

Kalau nak tau jangan segan silu ya nak contact Cik Kiz..Comfirm Cik Kiz akan bagi tau jumlah nya.

Oah ya.Nak tanya Cik Kiz contact kat no yang ni tau. 019-235 4632..Tanya hari ni,hari ni gak Cik akan balas!

Mar 23, 2016

Bilakah masa yang sesuai untuk membuat kad jemputan kahwin?

Untuk keluarga yang pertama kali nak buat majlis perkahwinan mesti pening fikir bila kah masa yang sesuai untuk membuat kad jemputan kahwin.Jangan katakan pening je,sampai satu masa tu ada juga bakal2 pengantin yang buat last minute untuk kad kahwin diorang.

Jangan macam tu ya..Cik Kiz sangat tak cadangkan!! Kalau boleh dah dapat tarikh majlis tu terus je buat kad kahwin..tak apa,mulakan dengan kad kahwin dulu, kemudian baru lah siapkan benda2 lain.


Bilakah masa yang sesuai untuk membuat kad jemputan kahwin?


1)Paling Sesuai


Ok..Masa yang paling sesuai adalah 6 bulan sebelum majlis.Kenapa nak 6 bulan sebelum?bukan awal sangat ke?Sebenarnya kad kahwin ni lah paling penting sekali kena siap awal.Maklumlah, banyak yang nak kena check nanti kat kad kahwin tu,

Nak check map..nak check nama betul ke tak..Kadang2 bakal pengantin ambil masa sampai seminggu tau untuk bagi maklum balas pada Cik Kiz untuk betulkan mana mana yang salah..

2)Selewat lewatnya.


Ni lak perhatian yang paling penting perlu bakal pengantin amik tau.Nak buat kad kahwin at least 3 bulan sebelum ya..Ni dah paling lambat tau!!

Kalau tak kelam kabut la nanti..

Bayangkanlah nak buat kad kadang kadang ambil masa sampai sebulan.Dan biasanya sebulan sebelum majlis dah kena bagi kad kahwin pada jemputan terutamanya kepada sedara mara..Sedara mara kena bagi awal tau..jangan paling lambat lak.Kalau jiran jiran tu 2 minggu sebelum pun ok..

Cik Kiz harap dengan post kali ni Cik Kiz dapat bantu bakal pengantin untuk tau bilakah masa yang paling sesuai untuk membuat kad jemputan kahwin.Cik Kiz banyak juga dapat tempahan last minute.Dan tambahan tempahan tu pun perkara biasa..

Last but not least..mana mana yang dah ada tarikh tu boleh je contact Kiz Wedding(Klik Sini).At least kita bincang nak design cmne semua takut bila dah dekat tarikh majlis nanti banyak lagi persiapan nak buat..

Mar 22, 2016

Contoh Yasin Custom Made Tity Dan Afattar Lam



Tak ada idea macam mana nak buat design yasin custom made yang cantik cantik?
Dan tertanya tanya macam mana rupa design yasin custom made dari Kiz Wedding?
Tak apa..Cik Kiz tunjuk kat u all 1 contoh design yasin custom made..

Contoh Yasin Custom Made Titi Dan Afattar Lam.

1)Contoh design yang diminta.

Pasangan pengantin Tity Dan Afattar Lam telah meminta Cik Kiz untuk timbulkan 1 konsep seperti musim bunga pada cover depan yasin.

Dan sudah tentu warna pilihan adalah warna pink dan biru lembut.Disamping itu Cik Kiz telah menambah sedikit daun warna hijau lembut unutk menambah dan menimbulkan lagi suasana bunga bungaan itu..

2)Tulisan pada cover depan Yasin.

Tity Dan Afattar Lam hanya meminta untuk menggunakan perkataaan walimatul urus sahaja.Tujuannya adalah untuk mengekalkan formaliti yang biasa digunakan oleh pengantin pengantin lain.

Di tengah tengah Yasin,Tity dan Afattar Lam meletakkan nama mereka dan dan juga tarikh majlis perkahwinan mereka iaitu pada 26 march 2016.

Contoh Yasin Custom Made Tity Dan Afattar Lam
Nak design macam pasangan pengantin ni juga?

Atau dah ada idea sendiri yang nak ditambah pada yasin custom made u all?

Kalau dah ada jangan la segan silu atau lambat untuk hubungi Cik Kiz di Kiz Wedding Ya!Cik Kiz akan siapkan cepat cepat dan pastikan design yang dihasilkan akan sentiasa mengikut design yang diminta!!!





Tengah Cari Doorgift Kahwin?Kiz Wedding Ada penyelesaiannya.

Ramai tak bakal pengantin kat luar sana tengah cari doorgift kahwin?sekarang kan dah bulan 3.yang mana kahwin bulan 5 tu mesti tengah cari doorgift kahwin kan?

Tak apa..Kiz Wedding ada penyelesaiannya........

Tengah Cari Doorgift kahwin?Kiz Wedding Ada Penyelesaiannya.

Kiz Wedding ada menyediakan beberapa doorgift kahwin yang mendapat pilihan bakal pengantin di Malaysia.Sudah tentu doorgift kahwin yang dipilih menepati cita rasa dan mengikut trend semasa.

1)Yasin Readymade.

Ada 10 jenis design Yasin readymade yang disediakan.Sudah tentu semua design yang available mendapat pilihan ramai sejak dari penubuhan Kiz wedding lagi.Walau bagaimanapun Cik Kiz sentiasa menukar design Yasin readymade dari semasa ke semasa mengikut permintaan dan pandangan client Cik Kiz.So kalau ada sape2 yang nak cadangkan design baru boleh lah wasap Cik Kiz ya!

2)Yasin Custom Made

Kalau tak nak pilih yasin ready made pun takpe.Yasin custom made ada!!!
Dengan memilih yasin ready made,bakal pengantin boleh request design mengikut cita rasa masing masing.nak letak design apa pun boleh..tapi kena tambah masa sikit la ya untuk Cik Kiz siapkan.Tak ama pun....dalam beberapa hari siap la..

3)Tasbih.

Tasbih kat Kiz wedding ada banyak variasi warna tau.Dan tasbih ni ditempah khas dari supplier,bukannya dah beli siap.Biasanya cik Kiz akan gabungkan sendiri kombinasi warna tasbih mengikut kualiti batu tasbih yang dipilih.Jadi biasanya tasbih Kiz Wedding tak akan dapat dijumpai di mana mana kedai doorgift lain.Hanya di Kiz Wedding je ada..

4)Sejadah Mini.

Ok.Sejadah mini ni memang dah beli siap la.Bukannya tempah,tapi dalam harapan untuk buat tempahan juga nanti..boleh lah buat sejadah yang cantik cantik sikit kan...nak sembahyang pun bersemangat nanti.

Owh Ya!! Sejadah mini di Kiz Wedding menggunakan kualiti kain yang bermutu tinggi ya.Kainnya jenis tak nipis dan panas.Sangat selesa bila dipakai di mana mana.

So now ni,bakal bakal pengantin ada terasa nak tengok design  baru doorgift kahwin di Kiz Wedding tak?Kalau ada, boleh hubungi Cik Kiz atau Kiz Wedding(Klik Sini) sekarang ya..

Jangan tunggu lama lama..




Mar 21, 2016

Contoh kad Kahwin Atiqah dan Nizam

Selamat pagi hari ni ni Cik Kiz nak tunjuk satu lagi contoh design kad kahwin.Client kali ni namanya Atiqah dan Nizam.

Contoh kad kahwin Atiqah dan Nizam

Ok ni gambaran majlis perkahwinan yang akan dibuat nanti..
Tarikh  pada 9 Oktober 2016 bersamaan dengan 7 Muharran 1438 Hijrah
bertempat di Hotel Crystal Crown,Persiaran Raja Muda Musa Port Klang Selangor.
Kad Kahwin Atiqah Dan Nizam

Peta Majlis perkahwinan

Salah satu proses yang terawal sebelum design sepenuhnya kad kahwin adalah membuat lakaran pelan lokasi majlis.Lakaran ni sangat penting supaya Cik Kiz dapat gambaran yang sangat jelas sebelum lukisnya ke dalam photoshop.

Nampak tak macam mana Cik Kiz lukis pelan tu?herot berot suma ada.Jalan besar jalan kecik pun ada.hehe..

Kad Kahwin Atiqah dan Nizam

 Gambar yang kat bawah ni lah pelan lokasi yang Cik Kiz dah siap kan.Dah edit betul2 nampak cantik dan kemas je kan?

      Dalam pelan lokasi ni Cik Kiz sangat menitik beratkan penggunaan gambar yang simple tapi dapat memudahkan tetamu untuk datang ke majlis perkahwinan tu nanti.

Contoh contoh nya adalah :
1)Masjid 
2)Sekolah
3)Hospital
4)Kompleks sukan
5)Polis trafik dan
6)Lampu Isyarat

Kad Kahwin Atiqah Dan Nizam


Jadi ini lah hasilnya contoh kad kahwin yang Cik Kiz telah siapkan.Alhamdulillah Cik Kiz dapat permudahkan urusan Atiqah dan Nizam walaupun majlis mereka akan dibuat pada bulan Oktober nanti.6 bulan je lagi...
Kad Kahwin Atiqah Dan Nizam

Jika ada bakal2 pengantin yang berminat dengan design seperti contoh kad kahwin Atiqah dan Nizam ni boleh lah contact Cki Kiz ya.Click di facebook Kiz wedding untuk bantuan seterusnya..

Bye..



Mar 18, 2016

Pentingnya Buat Pemilihan Doorgift Kahwin.

Setuju tak kalau Cik Kiz cakap yang suma bakal pengantin jadi pening bila nak buat pemilihan doorgift kahwin?
Nampak macam simple je, dan tak sepening jika nak dibandingkan dengan masa nak cari baju pengantin pelamin dan katering kan?

Tapi percaya la bila dah sampai masa nanti pun mesti pening gak nak pilih hadiah apa tuk doorgift kahwin.

Tak Percaya?

Ni Cik kiz nak bagitau sebab sebab nya.

Pentingnya buat pemilihan doorgift kahwin.

1)Pergi kedai doorgift tapi tak ada pilihan.

Pernah tak pergi kedai doorgift kemudian bila kita masuk macam tak ada pape sangat pun kat kedai tu.

Memang nampak macam banyak barang tapi last2 semua barang tu tak berkenan kat hati kita?
Pusiing2 1 kedai 1-2 jam last last kita keluar cakap kat family kita tak cantik la barang barang kat sini.
nampak macam design lama je semua.

2)Dah pergi kedai doorgift tu,tak berkenan,dah tu kena cari masa dan tarikh lain lak untuk wat survey lagi.

Haaa..ni la perkara yang paling banyak berlaku kat bakal pengantin.

survey,survey,survey......

Sebenarnya kan bile kita survey tu pada masa sama kita rambang mata.sebab tu kita susah nak wat pilihan.Dan akhirnya masa
kita spend tuk cari doorgift kahwin tu jadi lama di samping kita kena keluarkan gak duit minyak kereta pusing sana pusing sini.

3)Jimat masa tenaga dan kos di Kiz Wedding

Kat Kiz wedding,Cik Kiz memang tekankan kepentingan service yang cepat dan laju pada bakal pengantin.Semua perbincangan whatsapp
dengan bakal pengantin akan makan masa hanya setengah jam sahaja.

Setelah dapat details yang penting,Cik Kiz akan buat draft dan tunjuk balik pada bakal pengantin untuk elakkkan berlaku kesilapan.

Pastu dah siap Cik Kiz akan tolong pos kan pulak pada bakal pengantin.

Haaa..senang je kan berurusan dengan Kiz Wedding?Jimat masa,wang dan tenaga kan???

OK..so Cik Kiz dah jelaskan betapa pentingya buat pemilihan doorgift kahwin ni.Harap harap bakal pengantin kat sana boleh lah contact Cik Kiz lepas ni tuk uruskan pemilihan doorgift kahwin ya..






Mar 17, 2016

Contoh Yasin Custom Made Puan Sabrina

Cik Kiz nak bagi tau ni..Yang ni contoh Yasin Custom Made terbaru ya.Yasin Custom Made ni telah di order oleh Puan Sabrina bte Haji Mohd Hashim dari Shah Alam Selangor..

Tujuan puan Sabrina tempah Yasin ni adalah untuk diwakafkan sempena memperingati kembalinya Allahyarham ayahanda nya yang tercinta pada tanggal 24 November 2015.

Contoh Yasin Custom Made Puan Sabrina

Muka dalam yasin

Saiz tulisan yang Cik Kiz tekankan selama ni memang agak besar.Tujuannya adalah untuk memudahkan pembaca membaca Yasin ni..

Di samping itu tulisan yang jelas dan tidak kabur juga diberikan keutamaan utama Kiz Wedding agar sentiasa memberikan keselesaan kepada pembaca.

Disertakan sekali terjemahan dalam bahasa melayu pada setiap ayat.Untuk pengetahuan client, terjemahan pada Yasin kami telah disemak setiap kali sebelum dicetak ya.InsyaAllah tiada keraguan pada maksudnya.

 Sekarang ni pun Cik Kiz dah tambah lagi kandungan pada Yasin custom made ni tau.Selepas bacaan doa arwah dan tahlil, disertakan juga sekali Al Mathurat dan terjemahannya.

Jadi setiap pagi dan petang boleh lah pembaca gunakan Yasin ni sepenuhnya.bukan guna pada malam Jumaat sahaja tau..hehe

 Cover luar Yasin

Taraaaaa....

Ni lah design yang telah dipilh oleh puan Sabrina.Nampak kemas dan moden kan?simple je Cik Kiz tengok tapi tetap nampak memberikan satu makna..


Jadi kalau ada client nak tempah Yasin custom made macam ni jugak.....Atau nak tengok design lain boleh lah bukak facebook Kiz wedding dan juga Instagram Kiz Wedding.

Muah..!!!

4 Sebab Kenapa Bakal Pengantin Pilih Yasin sebagai Doorgift Kahwin

Now Cik Kiz nak share lak 5 sebab kenapa bakal pengantin pilih Yasin sebagai doorgift kahwin.Cik Kiz kalau boleh memang nak bagi tau banyak sebab sebabnya.Setiap bakal pengantin ada sebab nya yang tersendiri kenapa mereka pilih Yasin sebagai doorgift kahwin.So Cik Kiz nak memudahkan bakal pengantin yang lain,Cik Kiz list kan 5 sebab UTAMA sahaja ya..

4 Sebab Kenapa Bakal Pengantin Pilih Yasin sebagai Doorgift Kahwin

1)Harga yang lebih menjimatkan

Ada sorang bakal pengantin tu dia datang walk in ke kedai Kiz Wedding.Pada mulanya dia hanya nak buat kad kahwin je.Nak tengok pakej yang kami sediakan.berapa harga semua tu la kan untuk 1000 orang jemputan.

Lepas tu dia tengok kami ada display Yasin kat atas meja tetamu.Cik Kiz perasan yang dia tengok Yasin tu tapi dia tertanya tanya Yasin ni jual untuk apa?Kan ni kedai kad kahwin,jual sekali barang barang islamik ke?Dah tu Cik Kiz pun terus la terangkan tanya kat dia Cik boleh jadikan Yasin sebagai doorgift kahwin.Sekarang ni ramai yang pilih yasin je.Kebetulan pula dia cakap memang tengah pikir lagi nak bagi doorgit apa.Sebab kos kos lain terutamanya pelamin dan katering da semakin meningkat.

So tanpa pikir 2 kali dia terus tempah yasin dan bayar deposit.Syukur katanya dia datang ke Kiz Wedding.Dah lah dapat jimat kad kahwin dapat lagi jimat doorgift.

2)Boleh tambah jadikan pek kombo + sejadah mini + tasbih

Cerita masih lagi kat bakal pengantin tadi tau.Dia cakap macam tak cukup lak kalau setakat bagi Yasin je.Bajet yang sia sediakan dalam rm3.banyak lebih lagi dia cakap.Dia minta cadangan nak tambah apa lagi.Cik Kiz pun cadangkan lagi kalau nak nampak lebih cantik boleh tambah tasbih.Tasbih pun ada banyak colour dan corak.

So nampak la pelbagai juga.ceria tu dah pasti la..hehe..Nak dijadikan ceritanya bakal pengantin ni telah membeli Yasin+tasbih+paper bag semuanya kat Kiz Wedding..

3)Custom Made Yasin pilihan hati.

Antara yang paling mendapat pilihan adalah Yasin custom Made ni.biasanya bakal pengantin decide untuk pilih Yasin custom made sebab nak dipadankan dengan tema majlis perkahwinannya nanti..kalau macam tema bunga2 pink tu,kat cover depan Yasin ni pun dia nak colour bunga2 pink tu..Barulah sedondon kan?Takkan la tema majlis pink tapi doorgift warna biru laut lak.Kan nampak peliknya kat situ nanti..

4)Value Islamik.

Alhamdulillah.Dalam Hadis ada cakap nak dirikan rumah tangga ni macam dirikan masjid gak.jadi bila dirikan masjid,apa salahnya kita bagi Yasin sebagai doorgift kan?orang cakap kalau bagi jajan,petang tu gak habis jajannya.Tapi bukan la Cik Kiz nak cakap bagi jajan tu tak bagus..ok je pada Cik Kiz..cuma lagi afdhal dan bermanfaat kalau Yasin dan barang barang islamik lain seperti sejadah mini dan tasbih jadi doorgift.Boleh lah jadi simpanan tetamu untuk digunakan masa travel ke..balik kampung nak baca dalam bas atau kereta ke..kannnn?

Haa..sekarang Cik kiz dah share kan pada semua 5 sebab utama kenapa bakal pengantin pilih Yasin sebagai doorgift kahwinKalau nak tua lebih lagi boleh je tinggalkan komen kat bawah tau.dengan sepantas kilat cik Kiz akan balas semua komen komen tu..

Atau pun

Boleh je terus contact  number Kiz Wedding ni..


HP : 019-2750165
TEL : 03-55242669

Atau nak jenguk-jenguk boleh jenguk FB Kiz Wedding (klik LINK ini).
Harap-harap client berpuashati dengan hasil design Yasin dari Kiz Wedding ini.

Terima Kasih!!



10 Contoh Kad Kahwin paling laku di Kiz Wedding (Part 2)

Ingat lagi tak bulan lepas Cik Kiz ada share contoh design kad kahwin yang paling laku di Kiz Wedding.Tapi hari tu baru 5 design yang Cik Kiz list kan.Hari ni Cik Kiz nak wat sambungan lagi 5 design nya ok..

Oh ya..!! 5 design yang Cik Kiz nak tunjuk ni pun sudah tentu dapat sambutan yang hangat dari client2 Cik Kiz.

10 Contoh Kad Kahwin Paling Laku Kiz Wedding

6.

7.

8.

9.

10.

Haa..Now ni Cik Kiz dah share lagi 5 kad kahwin paling laku di Kiz Wedding..Mesti selepas Cik Kiz share masing masing pun dah dapat idea dan boleh bayangkan macam mana nak berangan pilih kad kahwin untuk majlis u all nanti kan?

Sebab Cik Kiz tau semuanya mesti pening nak pilih design camne.Untuk client yang datang walk in pun kebanyakannya memang rambang mata bila Cik Kiz tunjuk design2 yang Kiz Wedding ada.

Yang ni baru 10 design tau.Bayangkan kalau ada 30 design nak kena tengok dan pilih dalam satu masa.Sebab tu Cik Kiz list kan 10 design yang paling meletup kebaboom ni..hehe(sorry terlebih excited lak).

Tapi kalau nak tengok design2 lain pun Cik Kiz sangat alu alu kan..Setiap orang citarasa mesti lain lain kan?

Untuk design2 lain,u all tengok kat facebook dan instagram Kiz Wedding.
Facebook (Klik Sini)
Instagram (Klik Sini)

Untuk design2 yang tiba2 meletup pada masa akan datang lak,Cik Kiz akan update dari semasa ke semasa.So semua jangan risau kalau takut takut kad kahwin u all tak up to date ok!!!

Mar 15, 2016

4 Doorgift Kahwin Paling Popular 2016

Selepas sekian lama, kini dah sampai masa nya untuk Kiz dedahkan apa doorgift kahwin paling popular untuk tahun ni. Kiranya ni adalah permintaan paling tinggi yang Kiz dapat ya sepanjang 3 bulan ni. 

Tak percaya? Jom kita tengok .....


4 Doorgift Kahwin Paling Popular 2016

1.Yasin readymade

Yang ni memang dari dulu paling top di antara doorgift kahwin yang lain.Nak tau kenapa yasin sentiasa jadi pilihan?Dan nak tau macam mana Kiz boleh tau sebab2 yasin ni jadi pilihan?
Dah tentu lah Kiz merajinkan diri wat survey dan tanya satu2 client yang pernah beli sebelum ni.

So nak dijadikan cerita ada satu client ni dia pernah dapat surah harian sebagai doorgift kahwin kawan dia.Dan dari situ lah dia mula amalkan surah2 yang ada dalam buku tu.Jadi secara tak langsung dia sangat hargai pemberian kawan dia tu.

Setelah berbincang dengan family,akhirnya Yasin Kiz Wedding jadi pilihan utama sebagai doorgift kahwin.Katanya niat kena betul InsyaAllah akan bermanfaat,orang boleh siman dan hargai malah boleh digunakan untuk kegunaan harian atau pun di kenduri2 tertentu.


Yasin ready made


2. Yasin Custom made.

Yasin custom made lak jadi pilihan ramai kerana dah tentu disebabkan design2 yang boleh di request sendiri oleh client sebelum di print.Memang kiut miut gak la design2 yang client request ni.Lepas tu dengan bangganya mesti lah dapat display nama anak2 kita yang comel tu kannn..Nak lagi best letak je gambar baby kita tu nanti.mesti puas hati dapat buat macam tu.macam kita kahwin gak dulu.Ada gambar kat banner dan bunting..hehe.



3.Sejadah mini.

Yang ni Kiz tak tipu tau.Dalam 2-3 bulan ni permintaan terhadap sejadah mini memang tinggi.Sampai tiap2 minggu Kiz akan order stok baru.Order baru pun semakin banyak.Kalau dulu sebulan sekali je order..hehe..
Sejadah Mini


4.Tasbih.

Sebenarnya ramai yang beli tasbih ni pakej sekali dengan Yasin tau.Mungkin sebab tasbih ni kecik je dan pada masa sama kalau ada Yasin sekali baru lah lengkap doorgift kahwin tu..Untuk tasbih pun sekarang ni Kiz dah pelbagaikan colour dan corak tau.ada yang 3 colour,2 colour.yang colour soft dan colour garang pun ada!!!

Combo Tasbih + Yasin


Ok diharap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang tengah buntu pening kepala nak cari doorgift kahwin nak nak yang dah last minit baru nak cari kan...