Mar 31, 2016

Contoh Kad Kahwin Inno & Ila

Selamat petang kepada bakal pengantin dan pembaca Kiz Wedding :-)

Ok Cik Kiz nak post lagi satu contoh design kad kahwin.Kali ni dari pasangan comel Inno & Ila.(serius memang comel).Rasanya ada darah kacukan diorang ni.tengok je la nama nya pun  ter sangat lah unik.

Contoh Kad Kahwin Inno & Ila


Konsep Dan Design


Masa Inno & Ila datang ke kedai ritu,diorang ni dah dah ada idea sendiri tau.Diorang nak buat yang simple jer..Kalau tengok kat gambar bawah,kat depan kad kahwin Inno & Ila memang nak letak basikal camtu.Bila tengok betul betul gambar basikal tu menunjukkan mereka akan melalui perjalanan alam perkahwinan bersama sama.Sebab tu basikal tu untuk dua orang pengayuh dalam satu basikal.Chewahh.. 

Good Job Inno & Ila!
Contoh Kad Kahwin Inno & Ila

Lakaran Peta


Macam biasa untuk peta Cik Kiz akan lakarkan dulu atas kertas untuk mengelakkan pape kesalahan. Kalau tengok kat gambar bawah ni Cik Kiz dah siap siap kan warna untuk setiap petunjuk. So takde la confuse masa nak photo shop nanti.

Atas kertas pun Cik Kiz wat cantik cantik tau. Baru mood feeling tu datang cantik je masa nak design betul betul nanti. hehe..

Contoh Kad Kahwin Inno & Ila

Taraaa...

Hasil peta yang dah siap jadi la macam gambar yang kat bawah ni. Jauh betul tau masuk ke dalam rumah diorang ni.Tapi jangan risau, Cik Kiz akan bagi muat gak peta nya kat dalam kad kahwin tu. Yang penting takde land mark yang penting tertinggal.Kan...???

Contoh Kad Kahwin Inno & Ila

Detail Pengantin.


Detail asas yang diperlukan adalah seperti berikut:

Nama Pengantin di muka depan kad kahwin : Inno & Ila
Nama pengantin lelaki : Norkeeli Bin Misnan
Nama pengantin perempuan : Kamilah Binti Mat
Tarikh Majlis : 17/4/2016
Nama bapa pengantin : Misnan (waris) Bin Selamat
Nama ibu pengantin : Kemey (Gemi) Binti Kerdiman
Alamat majlis : Lot 15, Jalan Ikan Puyu, Lorong PPRT 3, Kampung Bukit Lanchong, 40400 Shah Alam Selangor
Waktu majlis : 11 pg - 5 ptg
Maklumat turut mengundang : Nama dan no telefon.

Dan lihat hasilnya






Ada yang nak dapatkan design kad kahwin camni gak?Letak basikal kat tengah tengah?Contact Cik Kiz tau kat fb Kiz wedding.Caranya klik kat sini je..(klik Sini)

No comments: