Mar 24, 2016

Kenali Trend Cenderahati Perkahwinan Mengikut Peredaran Masa

Perasan tak dari dulu sampai sekarang kalau kita pergi mana mana majlis perkahwinan pihak pengantin akan bagi cenderahati perkahwinan mengikut trend yang berubah mengikut peredaran masa?

Cik Kiz masih lagi ingat lebih kurang 10 tahun sehingga 5 tahun lepas kebanyakkan tuan rumah pengantin memilih untuk memberi cenderahati berbentuk makanan seperti air kotak dan makanan ringan.Tapi semakin lama dah makin banyak pilihan terbaru yang boleh dijadikan sebagai cenderahati semasa majlis istimewa tu nanti..

 Kenali Trend Cenderahati Perkahwinan Mengikut Peredaran Masa


1)Zaman 90 an.


Zaman ni Cik Kiz masih bersekolah lagi tau..Jadi bila sekolah lagi memang selalu la kena teman mak ngan abah Cik Kiz pergi majlis kahwin sedara mara dan jiran jiran.Terngat lagi memang majoriti akan bagi telur rebus untuk setiap  yang datang.Untuk parent pula dapat la jugak berkat nasi minyak tu..kalau best sikit dapat lak telur pindang..

2)Tahun 2000 hingga 2010.


Haaa...masa ni dah mula berubah dah pilihan cenderahati ni.Bermula dengan air kotak dan makanan ringan dibalut cantik cantik guna plastik warna tu corak bunga bunga tu..Semua pakat beli borong makanan ringan tu dan packing sendiri jer..

Masa ni jugak mana mana keluarga yang ada bajet lebih terutamanya di kawasan bandar dah mula bagi Mug atau pun bowl kaca yang cantik cantik tu.dan tak kurang hebatnya bagi coklat yang eksklusif macam Toblerone.

3)Tahun 2010 hingga sekarang..


Sebenarnya contoh contoh cenderahati yang Cik Kiz bagi tau kat atas masih je lagi pilihan keluarga pengantin.Tetapi pada masa yang sama Cik Kiz tak nafikan trending cenderahati ni sudah berubah.Sejak Cik Kiz bukak Kiz wedding ni,makin lama permintaan terhadap yasin ready made,yasin custom made,tasbih dan sejadah mini semakin banyak.Kadang kadang tu sampai tak menang tangan Cik Kiz nak handle wasap yang masuk berdesup desup kat fon Cik Kiz..

Agak agak semua la kan,berapa Cik Kiz dapat tempahan untuk setiap cenderahati perkahwinan yang ada kat Kiz wedding ni?

Kalau nak tau jangan segan silu ya nak contact Cik Kiz..Comfirm Cik Kiz akan bagi tau jumlah nya.

Oah ya.Nak tanya Cik Kiz contact kat no yang ni tau. 019-235 4632..Tanya hari ni,hari ni gak Cik akan balas!

No comments: