Hari ni Cik Kiz nak bagi idea kat suma pembaca Kiz Wedding yang sebenarnya button badge ni tak la semestinya boleh dipakai untuk majlis perkahwinan sahaja malah boleh juga dipakai untuk majlis majlis lain. Kiranya kalau betul betul u all tau caranya, button badge ni boleh gunakan untuk pelbagai kegunaan tau...
Button Badge Murah Untuk Pelbagai Kegunaan.
Untuk Majlis Perkahwinan
Untuk memperkenalkan Ahli Keluarga.
Kebiasaannya ahli keluarga pengantin akan pakai baju yang warna nya sama ikut tema majlis perkahwinan kan? tapi pernah tak u all terfikir yang kadang2 ada certain ahli keluarga yang tak pakai baju warna sama? Dan kita pun tertanya tanya mana lagi ahli keluarga pengantin ni yang lain? Tak kan tak ada datang kot?
Hah perkara yang macam ni la yang paling tak best kalau terjadi. pastu jadi la bualan dan cerita orang yang mengatakan majlis perkahwinan tu adik beradik pengantin tak de pun datang.. dah tak pasal pasal bawa fitnah pula.
Lagipun biasa lah kat majlis kahwin ni la paling ramai orang mengumpat..hehe :-)
Tapi kan rupa rupa nya yang tak pakai baju sama tu mungkin buat kerja rewang kat sebelah khemah masakan. kalau yang ambik katering tu mungkin la suma pakai baju warna sama. Tapi biasa nya yang rewang ni dan jaga masakan akan pakai t shirt biasa je.. tak pakai cantik2 pun.
So tak salah kan kalau u all beli button badge ni untuk dipakai suma ahli keluarga terutamanya yang tak pakai baju sama ikut warna tema najlis perkahwinan?
Hah nak lagi best u all buatkan button badge tu tuk suma orang yang terlibat tuk majlis tu. Untuk team kompang pun u all buat, untuk team rewang dan juga untuk team silat.hehe..
Untuk Kekemasan Crew Ketika Wat Event.
Cik Kiz pernah pergi majlis satu majlis perasmian yang melibatkan tauke besar produk kecantikan kat Malaysia ni ,Tak silap Cik Kiz masa tu dia sponsor untuk anugerah bintang popular. Tahun ke bila tu Cik Kiz dah lupa.
Yang bestnya suma crew event masa tu pakai button badge untuk memperkenalkan produk baru yang dikeluarkan oleh company produk kecantikan tu. So secara tak langsung, dia pun dapat promote produk baru dia masa tu. Owh ya masa tu semua tetamu yang datang siap dapat free ya button badge tu. Dan yang paling bestnya siap kena pakai lagi kat baju masing masing masa tu..hehe..
Untuk Pemasaran Kempen Kesedaran.
Ada ke pembaca Kiz Wedding ni kerja kat company macam agensi anti dadah kebangsaan ke? U all boleh guna kan button badge sebagai salah satu cara untuk kempen mencegah pengambilan dadah tau. Letak je gambar kesan teruk HIV kat situ dan edarkan pada sekolah seluruh malaysia. Dah tentu dapat cegah mereka yang adik adik kita kat sekolah ni untuk mencuba mengambil dadah.
Untuk Pemberi Semangat Kepada Pelajar Sekolah.
Haaa.. yang mana mana cikgu besar tu lak boleh la gunakan button badge untuk menaikkan semangat student u all terutamanya yang nak amik SPM tahun ni tu.. Tulis lah perkataan "I am 10A Student. bagi free kat diorang dah tentu sumanya suka dan pada masa sama dapat naikkan moral dan semangat mereka untuk dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan..
So dah banyak dah Cik Kiz bebel ni. Tapi pada masa sama u all boleh manfaatkan lagi kan kegunaan button badge ni?
kalau jawapannya boleh marilah beli button badge banyak banyak kat Kiz Wedding(klik sini). Cik Kiz akan design yang cantik cantik kat u all nanti.. :-)
No comments:
Post a Comment