Apr 7, 2016

Tips Dan Cara Untuk Cuci Sejadah Mini

U all biasa tak cuci sejadah yang ada kat rumah tu? Mesti tak selalu cuci kan.. Tak apa, pagi ni Cik kiz nak bitau tips dan cara yang betul untuk cuci sejadah. Tak suma sejadah boleh di cuci macam tu  je tau. Kalau salah cara nya boleh rosakkkan kualiti fabrik sejadah tu. Pastu kalau jadi luntur dah tak cantik lak sejadah tu nanti..

Tips Dan Cara Untuk Cuci Sejadah Mini


Sebelum Mencuci


Ok yang pertama sebelum cuci pastikan u all kena tau fabrik jenis apa sejadah tu dibuat. Ada certain sejadah tak dapat boleh dicuci dengan air tau. Jangan ingat suma sejadah boleh dicuci dengan air!

Macam mana nak tau fabrik tu boleh basuh ngan air atau tak? Cara nya senang je. Boleh check kat label kat situ ada tulis boleh dicuci guna air atau hanya boleh cuci dengan dry clean je..

Yang kedua u all boleh lah siapkan peralatan tuk cuci. Boleh guna barang yang Cik Kiz list kan kat bawah ni ya :

-Tisu
-Cuka
-Vacuum Cleaner
-Baking Soda
-Sabun dan pewangi pakaian.

Tak semestinga nak kena guna baing soda dengan cuka tu tau. Boleh je guna sabun biasa.. yang penting tak digalakkan guna mesin basuh sebab lau guna mesin basuh helaian benang kat sejadah tu nudah tercabut nanti. Dah tak pasal sejadah tu ada tompok tompok kosong nanti..

Semasa Mencuci


Kegunaan sebenar baking soda.


Baking soda ni boleh guna lau nak hilangkan bau busuk kat sejadah tu tanpa perlu cuci. Taburkan je baking soda kat sejadah tu dan tunggu lebih kurang 1 jam kemudian baru bersihkan dengan menggunakan vacuum cleaner.

Kegunaan sebenar cuka.


Cuka digunakan khas untuk cuci sejadah yang gunakan fabrik sutera. Kalau sejadah tu dibuat guna sutera seelok elok nya guna lah campuran larutan cuka dan air. Jangan guna air sahaja ya. Caranya dengan melembapkan dan membasahi permukaan sejadah tu je. pastu gunakan kain kering yang bersih untk dialas kat bawah permukaan sejadah.

Kenapa perlu gunakan cuka? Sebab sebenarnya adalah cuka ni dapat membantu menghilangkan bau dan juga kuman..


Untuk sejadah yang boleh dicuci dengan air lak, yang first sekali kena buat adalah rendam sejadah tu dengan air sabun. Tunggu dalam 15 minit je. lepas tu gosok pada bahagian yang terkena kotor dengan lembut. Jangan uat kuat tau masa gosok tu. kalau boleh jangan gunakan berus sebab berus dapat merosakkan permukaan sejadah. Pada masa yang sama jika nak menggunakan sikat sejadah kena la sikat searah dengan serat benang/ kain sejadah tu..


Pastu bila dah siap bersihkan permukaan yang kotor boleh lah rendam lagi sekali kat dalam air sabun. Owh ya sabun yang digunakan mesti lah yang berformula ringan sepeti sabun bayi atau pun shampoo. Supaya dapat elakkan warna sejadah tu jadi luntur nanti..


Dah biar dalam 10 minit boleh lah bilas sejadah dengan air bersih sampai tak ada lagi buih sabun yang melekat. masa ni kalau nak tambah pewangi tuk bilasan terakhir pun boleh.. Kalau Cik Kiz guna Downy yang botol warna hitam tu. Wangi sangat bau nya tau. U all cuba la try pewangi tu..

Selepas Mencuci.



Yang pertama kena buat adalah gulung sejadah tu dulu. pada masa yang sama jangan perah sejadah tu dengan terlalu kuat. Setakat nak hilangkan air tu boleh je.. jangan perah sampai fikir nak keringkan habis tau.


Dan yang terakhir jemur lah di ampaian dan juga tidak boleh jemur secara direct bawah matahari untuk menjaga warna dan kelembutan sejadah tu..

So itu lah tips dan cara untuk mencuci sejadah. kalau u all basuh guna cara macam ni confirm2 kualiti dan warna sejadah dapat di jaga dengan baik. Lepas dah cuci dan dah wangi baru lah selesa nak sembahyang.. kan???



Tapi lau dah rosak dan nak beli yang baru boleh lah contact Cik iz kat Kiz Wedding ya! nak tengok design2 nya boleh tengok kat sini (klik sini)
 

No comments: