Apr 29, 2016

Contoh Design Kad Majlis Pernikahan Farah Dan Farid

Maaf ya semua dah seminggu dah Cik Kiz tak update blog ni so hari ni Cik Kiz decide tuk update lagi contoh design kad jemputan majlis pernikahan kali ni dari pasangan pengantin Farah dan Farid pula.

Untuk pasangan pengantin ni mereka buat 2 jenis kad kahwin tau. Yang untuk entry ni Cik Kiz akan tunjuk kad jemputan untuk majlis pernikahan mereka. Manakala untuk next entry, Cik Kiz akan tunjuk kad jemputan untuk majlis perkahwinan pula.

Contoh Design Kad Majlis Pernikahan Farah Dan Farid

Konsep Dan Design


Untuk konsep dan design kad majlis pernikahan kali ni, pasangan pengantin berminat untuk menggunakan design craft saver. U all tau kan kad jenis craft saver ni macam mana? Kalau ada yang tak pasti dan tak tau lagi meh Cik kiz bagi tau dulu ya.

Kad kahwin craft saver ni menggunakan konsep vintage dan menggabungkan warna hitam sebagai warna font dan di cetak di atas kertas warna coklat seperti kulit buku sekolah tau. Tetapi bukan lah kulit buku sekolah yang lembik tu ya. Kat Kiz Wedding ni Cik Kiz gunakan kualiti kertas yang tebal dan tahan lasak. Yang memang khas untuk buat kad kahwin.


Muka Depan Kad Majlis Pernikahan

Di sebelah atas muka depan kad majlis pernikahan ni Cik Kiz hias dengan design kerawang bunga. Cik Kiz guna warna putih sebagai warna kerawang adalah atas permintaan pengantin ya. 

Kebiasaannya untuk design craft saver ni Cik Kiz akan gunakan warna hitam sahaja tetapi atas permintaan pengantin yang inginkan kelainan pada kad kahwin dia maka warna kerawang bunga tu pun ditukar menjadi warna putih..

Di sebelah bawah kerawang pula Cik Kiz design kan sikit font " MAJLIS PERKAHWINAN" tu. U all boleh tengok kat gambar tau design nya macam mana. Manakala details lain seperti hari, tarikh dan tempat majlis pernikahan juga diletak sekali pada muka depan kad majlis pernikahan ni.

Muka Depan Kad Majlis Pernikahan

Muka Dalam Kad Kahwin


Cuba u all tengok pada gambar yang Cik Kiz dah upload kat bawah. U all perasan tak ada kelainan yang banyak pada design kad pernikahan ni? Hehe..Dah dapat kesan kelainannya?

Kalau dah dapat kesan baguslah tapi kalau tak perasan Cik Kiz kiz bagitau ya. Kat kad majlis pernikahan ni tak ada petak ke lokasi majlis pernikahan tau. Pengantin yang request tak nak letak peta sebab tak nak kad nampak serabut pada masa sama nak nampak simple jer..

Details lain yang diletak pada muka dalam kad kahwin adalah alamat majlis pernikahan, aturcara majlis, dan juga nama serta no telefon ayah kepada pengantin dan pengantin tu sendiri.



Muka Dalam Kad Majlis Pernikahan

Taraaaa.. Ini lah Design Nya Yang dah Siap... !!!




Ok tak design craft saver Kiz Wedding ni? kalau ok contact Cik Kiz ya. Cik Kiz bagi harga special je kat u all. Yang penting kena contact Cik Kiz sekarang tuk wat tempahan

Klik Sini tau untuk wat tempahan

No comments: