Showing posts with label checklist perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label checklist perkahwinan. Show all posts

Apr 20, 2016

Persiapan Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Majlis Perkahwinan

Yang dah nak kahwin tahun ni tu dah wat persiapan sepenuhnya ke untuk majlis perkahwinan u all? Cik Kiz yakin ramai yang dah wat survey, dah google, tanya kawan kawan tuk tau macam mana nak wat persiapan untuk majlis tu nanti. Ibu bapa u all pun dah tentu banyak main peranan dan beri nasihat perkara apa yang u all perlu lakukan dulu.. Betul tak?

So hari ni Cik Kiz pun nak bagi tips sikit. Tapi.....just nak fokuskan perkara yang u all perlu buat step by step hanya untuk majlis perkahwinan u all sahaja ya. InsyaAllah next entry Cik kiz akan update perkara2 yang lain lak. Contohnya macam mana dan bila waktu yang sesuai untuk wat pernohonan nikah ke pejabat agama, bila dan kat mana nak amik ujian HIV dan juga bila nak submit borang pernikahan. Tapi hari ni kita fokus kat persiapan majlis kahwin u all je dulu. Ok?

Ni Cik Kiz list kan step by step tau. Lau tak wat step by step boleh kelam kabut persiapan u all nanti. The worst case dah sampai esok hari majlis nya pun mesti ada lagi barang yang u all tertinggal atau lupa nak beli :-)

Persiapan Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Majlis Perkahwinan


Step 1 Tentukan Tema Majlis Perkahwinan


Once u all dah tetapkan tarikh majlis tu nanti perkara pertama yang u all perlu buat adalah tetapkan tema majlis tu dulu. Tema ni termasuklah warna baju pengantin, warna pelamin dan warna gubahan hantaran. Pastu konsep nak guna macam mana lak? Nak guna bunga bunga atau pun retro punya style?

Step 2 Buat Tempahan Andaman dan Pelamin.


Hah step ni ramai yang wat silap. Ada yang cari andaman dan pelamin last minit. Sepatutnya u all kena buat step ni betul2 selepas dah dapat idea nak guna tema apa untuk majlis perkahwinan u all.
Nak tau sebab apa? kebanyakkan bakal pengantin sebenarnya tak tau pun nak guna tema macam mana. Dan kebanyakkannya juga u all akan ada 2 atau 3 pilihan kat dalam fkiran untuk tema tu. So macam mana nak decide nak guna tema yang mana satu?

Jawapannya kena pergi kedai wedding planner atau andaman ni la. Tujuan kena pergi jumpa diorang ni sebab nak minta pandangan warna apa yang sesuai untuk tema dan konsep majlis yang u all idamkan tu. Percaya lah Cik Kiz cakap kalau u all fikir betul2 wat konsep sendiri pun, nanti u all dah pergi jumpa wedding planner atau andaman mesti u all akan follow cadangan diorang.. :-)

Cik Kiz suggest at least pergi lima atau enam kedai wedding planner atau andaman ni untuk survey harga dan pakej yang diorang sediakan. Compare betul betul mana yang paling bagus ikut kehendak u all k. Dan yang paling penting kena decide cepat jangan tangguh2. Paling lama pun sebulan je tuk ambil masa nak decide k..

Step 3 Beli Barang Gubahan Hantaran


Dah confirm nak guna tema dan warna apa boleh lah u all cari barang gubahan untuk hantaran pula. Kalau nak buat sendiri tuk jimat kos boleh lah g kedai bunga atau pemborong barang gubahan. Tapi kalau nak senang dan ada lebih bajet boleh je terus wat tempahan kat wedding planner.

Step 4 Buat Tempahan Catering


Kenapa Cik Kiz letak tempahan catering ni kat step no 4? Mesti u all terfikir yang tempah katering ni boleh wat kat step yang last last kan? Sebenarnya jangan wat macam tu. Cik Kiz ada juga beberapa kenalan yang wat bisnes katering ni. Biasanya katering yang murah dan sedap ni memang dah full untuk 4 bulan yang akan datang. So u all kena la wat tempahan awal awal. Kalau wat last minute memang tinggal katering yang mahal je la..

Untuk katering ni kena settlekan pakej apa yang u all nak tau. Biasanya lau bab katering ni bakal pengantin mesti terlupa nak tempah kek potong tingkat tingkat tu. Kalau tak nak ambil dengan katering at least wat remark kat dalam planner supaya jangan terlupa nak tempah.

Step 5 Buat Tempahan Dewan Dan Kanopi


Kalau yang nak guna dewan tu tak perlu lah sewa kanopi lagi. yang mana wat kat rumah sendiri boleh je u all minta no telefon syarikat kanopi kat katering atau wedding planner. Kalau wedding planner tu dah siapada sewa kanopi lagi bagus. Makin banyak pakej yang u ambil kat satu wedding planner makin murah harga yang u all boleh dapat.

Step 6 Buat Kad Kahwin, Doorgift Dan Hiasan Doorgift.


Seterusnya u all kena wat kad kahwin. Tadi u all dah decide nak wat tema camne kan tuk majlis u all nanti. So guna la juga tema tu untuk buat design kad kahwin u all. Selain boleh guna tema majlis tu tuk kad kahwin, u all boleh gak guna kat hiasan doorgift.

Hiasan doorgift yang u all boleh buat dan pada masa sama ada kat Kiz Wedding adalah sticker tuk lekatkan kat doorgift u all tu. Kat sticker tu bolehlah u all ucapkan " Raikan Cinta" Atau " Terima Kasih" sebagai tanda menghargai kehadiran tetamu u all yang datang ke majlis u all nanti.

Hah.. Kalau nak doorgift yang femes dan biasa bakal pengantin bagi kat tetamu pun ada kat Kiz Wedding ni tau. Contohnya macam Yasin dan Doa Zikir Harian, Paper Bag, Sejadah Mini, Tasbih dan lain lain.

Step 7 Beli Kain Untuk baju Nikah, Barang Hantaran Dan Lain lain.


Dah settle tuk kad kahwin dan doorgift boleh lah proceed tuk beli baju nikah, barang hantaran dan baju sedondon untuk fameli u all pula.

Barang hantaran ni jangan cuba cuba untuk beli masa tak de sales pula. Sebaik baiknya buat list dulu nak beli barang apa dan yang paling penting pergi beli masa ada sales hari raya atau pun year end sales. Beli banyak2 terus sekaligus baru puas hati shopping. Hehe..

Untuk kain nak buat baju nikah pula better g beli kat jakel je. kat situ banyak pilihan. Harga pun boleh tawar betul2 tau. Mintak je tawar murah murah mesti diorang bagi. Psiko sikit pekerja dia. Kalau pekerja dia tak nak bagi, g jumpa manager dia. Confirm boleh dapat murah lagi..

So Cik Kiz dah list kan suma perkara yang u all perlu lakukan untuk majlis perkahwinan u all nanti. Yang penting kena ikut step by step tau. Jangan langgar step ni kalau taknak kelam kabut... Cik Kiz dah pernah merasa dah dulu kelam kabut nya.. :-)

Yang mana nak order doorgift dan kad kahwin kat Kiz Wedding pun boleh je pm Cik Kiz sekarang. Klik sini je if nak tengok design2 yang ada kat Kiz Wedding.. Thanks U All.. Love U.. Mmuuahh..!!!





Mar 29, 2016

Checklist Barang Keperluan Kahwin.Ibu Bapa Juga Penting!Part 1.

Checklist barang keperluan untuk kahwin sangatlah penting sebenarnya.Bukan sahaja untuk bakal pengantin, tetapi juga pada ibu bapa dan keluarga pengantin.Takut2 dah last minit ada jer keperluan yang tertinggal

So hari ni Cik Kiz nak list kan keperluan lengkap barang keperluan kahwin.Insya Allah dah tak tertinggal lagi.

Checklist Barang Keperluan Kahwin.Ibu Bapa Juga Penting!


1)Barang Hantaran


Ok barang hantaran ni sangat penting untuk standby awal awal.Kalau boleh just spend masa 3-4 hari je untuk decide dan pilih barang apa yang nak dibeli.Untuk bunga dan hiasan kat dulang tu nanti boleh lah beli kat tempat2  murah macam GM Klang dan Nilai 2.

2)Baju Nikah.


Haa..baju nikah ni better beli je kain pasang kat Jakel.Ck Kiz dulu try cari merata gak.last2 g Jakel sebab kat sana ada banyak pilihan,Kalau gedung2 lain tu memang takde pilihan dan kain pun banyak tak cantik.Pastu kalau nak jimat g hantar jahit kat kedai2 yang ada kat kampung.Jangan hantar butik, jahit biasa pun dia boleh charge rm300-rm500 sehelai.

3)Baju Pengantin,Pelamin dan Solekan.


Yang ni Cik Kiz cadangkan buat lah tempahan at least 6 bulan sebelum majlis perkahwinan.Bukan apa..takut2 baju dan pelamin yang cantik2 dah ditempah orang lain lak.Kan rugi kalau kita dapat baju dan pelamin yang lama tapi bayaran nya sama je dengan orang lain.Oh ya,sila lah buat pilihan yang tepat dan cuba untuk negotiate untuk dapatkan design tema majlis yang terbaik untuk anda!

4)Kad Kahwin


Kad kahwin juga sangat penting untuk ditempah awal2.at least 3 bulan sebelum majlis perkahwinan tau!yang ni lak Cik Kiz cadangkan untuk wat tempahan kat Kiz Wedding saja k.takyah susah2 g kedai.Kita whatsapp je dan Cik Kiz akan tunjukkan cara cara nak wat tempahan nanti.yang mana kat Shah Alam Cik Kiz alu alukan juga untuk datang ke kedai Kiz Wedding.

Ok la.Tu saja checklist barang keperluan untuk kahwin yang Cik kiz wat.Cik Kiz janji petang ni atau selewat2 nya esok Cik Kiz akan update barang keperluan untuk kahwin part 2 pula ya..

Stay Tune...

Untuk pertanyaan mengenai tempahan kad kahwin boleh whatsapp Cik Kiz (019-235 4632)

Atau PM je Cik Kiz di fb Kiz wedding(klik sini) :-)