Apr 27, 2014

5 Tips untuk dapatkan harga kad kahwin murah (sambungan)

Mari kita sambung tip-tips seterusnya untuk dapatkan harga kad kahwin murah. Masih ingat lagi? Cari yang murah dan berbaloi bukan murah tapi tak berbaloi? Ahaa, kalau dah lupa boleh klik link di bawah ni,

Tips 1-3 : http://kizwedding.blogspot.com/2014/04/5-tips-untuk-dapatkan-kad-kahwin-murah.html

Dah baca? Baik! Jom kita sambung untuk tips yang seterusnya.

4. Kunjungi pameran-pameran kad kahwin berhampiran lokasi anda

Kebiasaannya, event seperti pameran kad kahwin dan sebagainya akan menyediakan pakej harga kad kahwin yang murah beserta pelbagai free gift untuk anda. Kumpulkan sebanyak mana flyers pakej kad kahwin dari booth-booth yang berbeza dan buat perbandingan harga. Pastikan jika ia berbaloi.

Maksudnya jika harga kad kahwin murah dah, pastikan berapa lama tempoh siap, free gift dan kualiti kad tu memadai untuk anda. Jika ia mahal pula, pastikan kualiti kad memang tip-top seperti ada emboss (kesan timbul), spot uv(kesan berkilat) dan sebagainya. Tak faham? Takpe kami akan terangkan dengan lebih lanjut apa itu emboss, spot uv dan lain-lainnya.


5. Pilih Material kad yang biasa-biasa sahaja.

Ok dalam kad kahwin, biasanya kita akan diberi pilihan 2-3 jenis material pada kad bergantung pada kedai kad kahwin. Contoh macam di Kiz Wedding, kami beri anda pilihan untuk pilih jenis art card atau ivory white card. Ada juga sesetengah kedai yang berikan anda pilihan untuk material jenis simili (kertas biasa yang tak berapa keras).

Untuk pengetahuan anda, jenis kad yang paling biasa orang ambil adalah jenis art card (harga standard) dengan permukaan yang sedikit berkilat dan keras. Jenis-jenis material juga akan dihujahkan (amboi) dengan lebih teliti dalam entri kiz yang seterusnya.


Ok so kiz dah kongsikan pada anda beberapa tips untuk dapatkan harga kad kahwin murah so kiz harap anda dapat sedikit sebanyak idea yang diberikan.

Apr 26, 2014

5 Tips untuk dapatkan kad kahwin murah

Ok hari ni Kiz akan kongsikan pada anda semua tips untuk korang dapatkan kad kahwin murah termurah di pasaran. Semoga tips yang tak seberapa dari Kiz Wedding ni sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah korang untuk  ye dak.

1. Gabungkan kedua-dua belah kad.

Ok biasanya pasangan bakal pengantin mesti nak buat belah lelaki lain, belah perempuan lain. So kali ni kita ubah. Buat dua-dua bahagian majlis dalam 1 kad. Kiz nasihatkan anda ambil jenis kad yang lipat dua so bahagian peta majlis nanti takdelah macam terlalu sempit.

Haa yang ni siap gabungkan dua pasangan berbeza tu


Tapi kalau nak lagi jimat ambil je kad yang jenis sekeping depan belakang tu (biasanya lagi murah around 35sen - 60sen bergantung kepada kuantiti). Incase tema warna anda berbeza sangat untuk belah lelaki dan perempuan boleh je request dengan designer tu nak lain-lain tema warna (biasanya boleh)

Untuk contoh senarai harga korang boleh check yang Kiz Wedding punya kat link ni.


2. Bandingkan harga kad kahwin

Caranya anda buka beberapa website yang ada buat perkhidmatan kad kahwin dan catat berapa harga yang mereka letakkan untuk kuantiti dan jenis kad yang anda nak. Yang mana yang murah tu anda bulat dulu. Kemudian jangan pilih terus ok, check dulu berapa lama dia dapat siapkan, ape free gift mereka akan bagi dan faktor-faktor lain.

Ini kerana setakat pengalaman kami, tempat yang buat kad kahwin terlalu murah biasanya bermasaalah seperti lambat siap, tersalah buat dan sebagainya so kiz nasihatkan korang amek yang average harga macam Kiz Wedding, hihi. So pastikan anda jumpa kad kahwin murah dan berbaloi.


3. Bawak berbincang

Sesetengah perkhidmatan kad kahwin membenarkan anda untuk berunding dengan mereka tentang harga. Biasanya rm10 atau rm20 tu masih boleh kautim, bergantung pada bagaimana anda berunding dengan mereka. Cuba je, kalau tak dapat bukan rezeki la maknanya kan..


Ok sebenarnya ada banyak lagi tips yang Kiz nak kongsikan dengan korang semua tapi memandangkan masa tak mencukupi sebab Kiz ada lagi beberapa design nak kena settlekan ye..So kita bersambung pada tips dapatkan kad kahwin murah pada entri seterusnya ok.

Apr 23, 2014

Kiz Wedding sedia dengan tawaran harga kad kahwin murah, cantik dan berbaloi.

Kad kahwin murah? Ok tarikh perkahwinan dah ada, baju pengantin dah survey, doorgift pun dah decide. Apa lagi yang belum saya prepare ye? Ahah Kad Kahwin!!! Betul tak?

Jadi kat mana tempat yang sesuai untuk saya nak cari kad kahwin ye? Nak cari yang paling dekat dengan rumah ke? Nak cari tempat yang boleh buat kad kahwin yang havoc-havoc kah? atau nak cari Kad Kahwin yang murah dan berbaloi macam di Kiz Wedding ni?

Kiz meet with the happy customer


Ok itu sebenarnya terpulang pada anda, bergantung pada keadaan semasa jugak la kan. Kalau kita rasa bajet kita banyak bolehlah cari tempat yang boleh buat kad kahwin yang gempak-gempak sket tu. Tapi pendapat kiz lebih baik kita jimatkan duit sikit untuk kad kahwin kan sebab kalau ikut yang biasanya customer kiz akan cakap "kad kahwin ni orang baca skali je pastu dah letak kat mana-mana", tapi tu orang kata la, terpulang pada anda jugak..

Tapi jika korang buat pilihan yang jimat dan berjaya(?), jemput-jemputlah buat kad jemputan kahwin dengan kiz ye sebab kami memang dah sedia dengan harga kad kahwin murah lagi berbaloi lagi comel dan cepat seawal 10 hari boleh siap untuk diambil.

Apr 22, 2014

Kad Kahwin Murah dari Kiz Wedding

Haa siapa kat sini nak kad kahwin murah dari Kiz Wedding angkat tangan!! Haa memang semua angkat tangan lah kan. Takpe-takpe boleh turun tangan dulu. Sebab Kiz memang sedia nak bagi harga murah ni kat semua yang buat kad jemputan kahwin dengan kiz wedding.

Kiz Wedding menyediakan pelbagai jenis kad kahwin pada harga yang sangat istimewa untuk anda. Kami memahami keadaan ekonomi di negara kita yang memerlukan kita untuk menjimatkan setiap  sen yang ada dalam poket kita. Untuk senarai harga kad dan lain-lain tambahan seperti button badges, arrowsign, bunting dan doorgift yasin.

Untuk senarai harga boleh klik pada link sini 

Antara design kad Kiz Wedding

Antara design kad Kiz Wedding

Antara design kad Kiz Wedding



Apa Kelebihan lain yang anda boleh dapat jika buat tempahan kad kahwin dengan Kiz Wedding? Di Kiz Wedding, kami mampu menyiapkan design draft kad anda dalam masa 1 hari untuk ready made design dan 3 hari untuk custom made design. Selain dari harga kad kahwin murah kami, anda juga akan mendapat pelbagai hadiah percuma bergantung kepada promosi semasa kami ok.

NAK LAGI??

Baik! Kami akan siapkan kad jemputan kahwin anda dalam masa 1 minggu sahaja selepas anda sudah membuat bayaran deposit dan comfirmkan artwork dah boleh sedia untuk printing.

So, kepada siapa yang dah teruja nak buat tempahan kad dengan Kiz Wedding boleh klik link sini untuk lihat proses atau cara buat tempahan ok..Buat tempahan anda hari ini sebab susah nak dapat tawaran Kad Kahwin murah macam ni kat tempat lain.

Mar 28, 2014

Kad Jemputan Kahwin dari Kiz Wedding

Kad Jemputan Kahwin dari Kiz Wedding yang menarik untuk anda!

Hai hai semua. Dok belek-belek entry,rupanya kad kahwin yang merupakan produk utama kami belum lagi di review.

Sebenarnya Kiz Wedding menawarkan 7 size kad dan dua jenis material kad untuk pilihan bakal pengantin.
Dan yang paling istimewa, kami punya specialize adalah boleh design ikut citarasa anda dan siap seawal 7 hari saja untuk proses pencetakan. Design custom made adalah PERCUMA!


Inilah antara hasil kerja kami. Kalau nak tengok lebih banyak lagi boleh datang ke galeri kecil kami di :

Untuk tempahan :

 Hubungi Yan di 017 - 7323 183 ( call / text / Whatsapp)
 Email : reifhankiz@gmail.com

Atau,

datang terus ke showroom kami di

25b, Jalan Keluli AM7/AM Seksyen 7 Shah Alam Selangor
                 ( shoplot bersebelahan kilang Tamco )







Mar 23, 2014

Jenis Design Kad Kahwin


#htmlcaption1 Go UP! Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption2 Stay Connected


kad kahwin kk001

kad kahwin kk002

kad kahwin kk003

kad kahwin kk004

kad kahwin kk005

kad kahwin kk006

Mar 14, 2014

Sticker untuk pelbagai majlis istimewa dari Kiz Wedding

                                 Sticker untuk pelbagai majlis istimewa dari Kiz Wedding.

                Assalamualaikum, ok semalam dah cerita pasal personalized yassin dan button badges kan? So hari ini nak cerita pasal sticker pulak. Takpun melayu panggil pelekat. hehe. Jomm.

               Sticker dari Kiz Wedding ni memang best sebab siap di potong mengikut bentuk sticker. Die Cut bahasa saintifiknya. Ada bentuk bulat, scallop, petak dan love. Terpulang kepada anda suka yang mana. Sticker standard size dengan diameter 5cm.

              Sticker ini sesuai untuk pelbagai majlis keraian seperti Majlis perkahwinan, majlis kesyukuran, majlis hari jadi, majlis aqiqah dan sebagainya. 

             Jadi, mari tempah sekarang dengan Kiz Wedding sticker idaman untuk majlis istimewa anda. Insyallah, kami akan menjanjikan yang terbaik.

Untuk tempahan :

 Hubungi Yan di 017 - 7323 183 ( call / text / Whatsapp)
 Email : reifhankiz@gmail.com

Atau,

datang terus ke showroom kami di

25b, Jalan Keluli AM7/AM Seksyen 7 Shah Alam Selangor
                                                                   ( shoplot bersebelahan kilang Tamco )








Sticker die cut untuk majlis aqiqah

Sticker die cut boleh di lekat di balang

Sticker untuk semua majlis
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       

Mar 13, 2014

Tempahan Button Badges

Tempahan button badges untuk majlis anda sentiasa terbuka dari Kiz Wedding.

               Kiz Wedding sememangnya bersedia menerima tempahan button badges untuk sebarang majlis keraian atau korporat. Samada majlis perkahwinan, majlis hari jadi, majlis aqiqah dan sebagainya.

              Button badges juga boleh di jadikan cenderama atau atau doorgift kepada tetamu.Selain itu boleh di pakai ketika majlis berlangsung menggantikan bunga korset. Selepas majlis, button badges tetap di simpan tanda kenang-kenangan dari pasangan pengantin.

              Tempahan button badges di terima serendah 10 pcs dan harga yang di tawarkan serendah RM2 sahaja. Sangat berbaloi dan berpatutan.





Untuk tempahan :

 Hubungi Yan di 017 - 7323 183 ( call / text / Whatsapp)
 Email : reifhankiz@gmail.com

Atau,

datang terus ke showroom kami di

25b, Jalan Keluli AM7/AM Seksyen 7 Shah Alam Selangor
                                                                   ( shoplot bersebelahan kilang Tamco )

Mar 5, 2014

Personalized Yassin istimewa dari Kiz Wedding

PERSONALIZED YASSIN yang istimewa menarik kebaboom dari KIZ WEDDING!!

Personalized Yassin dari Kiz Wedding adalah produk paling laris kami. Sesuai untuk majlis perkahwinan, pernikahan, aqiqah dan juga majlis kesyukuran.

Yassin kami mengandungi terjemahan yassin, tahlil, doa dan paling istimewa ada ASMAULHUSNA di dalamnya. Sangat berguna dan bermanfaat jika di jadikan hadiah kepada para tetamu anda.

Selain memcetak Personalized Yassin, kami juga sedia menerima tempahan kad kahwin , sticker, button badges dan thank you tag. Design boleh di custom mengikut citarasa sendiri atau readymade design boleh ditukar warna mengikut tema majlis anda.

Jadi, apa tunggu lagi, hubungi kami sekarang untuk menempah.

Facebook : Kiz Wedding
Instagram : Kiz Wedding

Untuk tempahan :

 Hubungi Yan di 017 - 7323 183 ( call / text / Whatsapp)
 Email : reifhankiz@gmail.com

Atau,

datang terus ke showroom kami di

25b, Jalan Keluli AM7/AM Seksyen 7 Shah Alam Selangor
                                                   ( shoplot bersebelahan kilang Tamco )
Personalized Yassin untuk Majlis Aqiqah dan cukur jambul

Personalized Yassin untuk Majlis Perkahwinan

Personalized Yassin dari Kiz Wedding untuk majlis persandingan