Showing posts with label kad kahwin terbaru. Show all posts
Showing posts with label kad kahwin terbaru. Show all posts

Apr 13, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Raikan Cinta Nabilla & Haziq

Maaf ya semua dah 3 hari juga Cik Kiz tak update contoh design terbaru tuk kak kahwin. Cik Kiz busy sikit nak kejar masa tuk siapakan order kad kahwin yang lain dengan yasin custome made sekali. Yela sekarang kan dah masuk bulan april memang ramai yang berpusu pusu nak wat tempahan terutamanya kat doorgift yasin custom made tu.

Ok berbalik pada contoh kad kahwin la ya. kalau tak melalut la Cik Kiz cakap benda lain lak.
Kali ni kad kahwin ni ditempah oleh pasangan pengantin Nabilla dan Haziq yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada hari Ahad 31 July 2016.

Contoh Design Kad Kahwin Raikan Cinta Nabilla & Haziq


Konsep dan Design


Haaaa... lagi sekali konsep hitam dan putih menjadi pilihan pasangan pengantin ni. Memang orang orang bandar sukakan idea kombinasi warna macam ni eh? :-)

So Cik Kiz pun buat la dua contoh design untuk muka depan kad kahwin tu.. yang design 1 kat bawah ni Cik Kiz guna konsep bunga bunga sikit. Yang ni bunga tulip tau. Tapi tak ada warna warni ya. Semua warna bunga ni warna putih. manakala warna background dia lak warna hitam.


Yang kat bawah ni design kedua lak Cik Kiz wat untuk muka depan kad kahwin tu. So still ada corak bunga cuma Cik Kiz just hightlight kan line kat bunga tu je dengan warna hitam/kelabu. Background nya Cik Kiz pilih untuk kekalkan warna putih.

Manakala untuk warna font "Majlis perkahwinan", Nama pengantin, dan tarikh majlis perkahwinan pula ditetapkan dengan warna hitam.



Lakaran Peta


Lagi satu tugas yang mencabar telah diberikan kepada Cik Kiz :-)

Maklum lah kalau duk kat kawasan bandar memang macam kat bawah ni la petanya. Jarak antara landmark dengan rumah memang jauh. So dengan hati yang tenang Cik kiz tarik nafas dan mulakan cubaan untuk resize balik peta ni untuk diletak dalam muka dalam kad kahwin tu nanti.


1st step yang Cik kiz buat sebelum letakkan peta ni adalah lengkapkan dulu details yang penting masuk kat muka dalam kad kahwin. U all boleh tengok kat gambar tu. ni dah siap masuk suma details macam alamat, nama pengantin dan juga atur cara majlis.

Pastu Cik Kiz cuba cari ruang yang sebesar mungkin kat sebelah kanan tu.

Taraaaaa.. Alhamdulillah muat pun peta nya bila dimasukkan. Cuma maaflah nama landmark tu suma Cik kiz terpaksa kecikkan sikit supaya nampak kemas dan tersusun. Tapi u all masih boleh baca je kan nama landmark nya?


Design Yang Menjadi Pilihan Pengantin.


Hehehe.. design 1 la for sure menjadi pilihan Nabilla & Haziq. Sebab lau guna warna hitam sebagai warna background memang smart. Nampak kad kahwin ni ekslusif dan penuh dengan warna.


So lau ada bakal pengantin yang kat bandar dan pada masa sama peta nak pergi rumah u all tu besar macam contoh design kad kahwin raikan cinta Nabilla & Haziq ni, jangan malu segan untuk contact Cik kiz ya ( Klik Sini )

Yang nak kahwin bulan November ngan Disembar pun dah boleh start usha usha design yang ada kat Kiz Wedding.. ok??!!! :-)



Apr 7, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Terbaru Untuk 2 Pasangan Pengantin Serentak

Hari ni Cik Kiz nak tunjuk contoh design kad kahwin khas untuk bakal pengantin yang nak wat serentak dengan adik beradik yang lain. Kira nya dalam majlis tu nanti ada 2 pasangan pengantin la kan? Best kan wat camni.. Banyak tau leh jimat. Kira kos nak wat majlis tu dapat jimat 2 kali ganda la kan. Fuhhh,, Jimat jimat.. :-)

Contoh Design Kad Kahwin Terbaru Untuk 2 Pasangan Pengantin Serentak


Konsep Dan Design


Wargh.. kali ni corak urat pada katu pula jadi pilihan buat pasangan pengantin ni. Cik Kiz suka ngan nama pengantin perempuan Fazella da Fadella. Sangat unik nama nya. Mesti ramai kawan yang senang ingat bila dapat nama macam ni..

Kat muka depan kad kahwin pengantin pilih untuk memudahkan tetamu yang nak datang nanti dengan letak alamat lengkap terus, paling best perkataan negeri " SELANGOR"  tu dibesarkan.. ni mesti sayang sangak kat negeri selangor ni..Siapa yang tak sayang negeri sendiri kan?

Nak lagi best tarikh majlis ngan hari majlis pun diletak kat tepi alamat dengan menggunakan saiz font yang besar juga. Ni kalau ada tetamu yang boleh lupa tarikh nya pun Cik Kiz tak tau la nak cakap apa.. dah cukup besar dah pada Cik Kiz Saiz font nya tu..

Owh ya. Masa untuk atur cara majlis pun diletak kat depan.. Cik Kiz suspect family pengantin ni mesti dah biasa buat event. Sebab tu perkara yang penting mengenai majlis ni di letak kat depan suma..

Untuk gambar simbol cinta, pengantin pilih tuk letak sepasang cincin, Satu ada berlian satu cincin tak ada berlian.. Yang penting cincin ni kalau u all perasan diikat bersama untuk menandakan pasangan ini akan disatukan pada hari yang penuh bermakna tu nanti.. huish..sweet sangat kannnn..


Design Muka Depan kad Kahwin

Lakaran Peta


Peta kali ni memang mencabar Cik Kiz. Sebab sample peta yang dibawa oleh pengantin besar sangat.. landmark jauh jauh gak sumanya. Tapi takpe yang penting arah jalan tu Cik Kz settle kan dulu.. Nampak kan yang mana? Alaaa.. yang Cik Kiz tanda dengan pen biru tu..

Lakaran Peta

So akhirnya Cik Kiz minimize kan sikit lakaran peta tu. Lau tengook kat gambar bawah Cik Kiz kemas kan dan ambil landmark yang berdekatan. Landmark yang berdekatan ada Aeon Jusco Insya Allah dengan berpandukan Aeon Jusco ni je tetamu dah senang cari lokasi majlis pengantin..

Muka Belakang Kad Kahwin

Dan Lihat hasilnya


Cantik tak design kali ni? Simple tapi kemas kan?


Nak dapatkan contoh design kad kahwin untuk 2 pasangan serentak pun dah ada kat Kiz Wedding. Cara nya just pm Cik Kiz (Klik Sini tau)










Apr 6, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Terbaru Siti Dan Zamani

Petang petang ni ada yang tengah cari contoh design kad kahwin terbaru tuk tahun 2016 ni tak? Ni cik kiz nak tunjuk design nya. Nama bakal pengantin ni Siti dan Zamani tau. Alhamdulillah majlis nya akan berlangsung pada 9 Julai nanti..

Contoh Design Kad Kahwin Terbaru Siti Dan Zamani


Konsep Dan Design


Kali ni design tuk pasangan Siti dan Zamani memang best. Pernah dengar ungkapan merpati dua sejoli? tengok kat gambar muka depan kad kahwin mereka ni. Nampak burung merpati kan? Seekor burung yang besar tu untuk Zamani dan yang burung yang kecil tu lak untuk Siti..hehe..

Siap ada love tau kat tengah tengah tu.. Dan sudah tentu bila cakap pasal love, kita akan terbayang bunga bunga lak ada kat situ gak. Sebab tu kat keliling bulatan Cik Kiz guna kan bunga tuk romantik kan kisah cinta pasangan Siti dan Zamani..

Tema dan warna background lak pasangan Siti dan Zamani decide tuk gunakan warna hitam putih je. baru la style kan.. Even tulisan pun memang warna putih..


Lakaran Peta.


Tuk peta kad kahwin ni Cik kiz tak lakar. Terus masuk je kat photoshop sebab lokasi majlis perkahwinan mereka memang senang nak jumpa. Nampak tak jalan tegak tegak je lepas dua tiga simpang dah sampai dah ke rumah pengantin..

Tema dan warna background 


Tema dan warna background lak pasangan Siti dan Zamani decide tuk gunakan warna hitam putih je. baru la style kan.. Even tulisan pun memang warna putih kat muka depan dan kat muka belakang lak warna hitam.


So ada lagi yang nak tempah kad kahwin stylo macam contoh kad kahwin design Siti dan Zaman ni?
Kalau ada pm Cik Kiz sekarang kat fb ki wedding! (klik sini)