Showing posts with label yasin ready made. Show all posts
Showing posts with label yasin ready made. Show all posts

Apr 8, 2016

Contoh Design Yasin Ready Made Jadi Custom Made

"Kalau saya nak design yasin yang ready made tu buat jadi custom made boleh tak Cik Kiz?". Tanya client Cik Kiz. Ya. Sudah tentu boleh. Tuk client Cik Kiz suma nya Insay Allah boleh. Tak sangka ramai gak yang minat design ready made ni. Walaupun design tu dah ready made tapi client nak gak guna design tu jadi kan custom made.

Contoh Design Yasin Ready Made Jadi Custom Made


Design yang jadi pilihan client Cik Kiz adalah Ariana dan Alexandra. Yasin ni ditempah untuk majlis tahlil ayahanda yang tercinta pada 4 March yang lepas.  Semoga Allahyarham Sheikh Said bin Syeikh Hussain sentiasa mendapat rahmat yang baik dari Allah s.w.t.

 Untuk setiap design ni client Cik Kiz order sebanyak 100 keping.

Contoh Design Yang Disediakan


Cik kiz wat 2 design. U all boleh tengok kat design Ariana Cik Kiz letak " Majlis Tahlil" , nama Allahyarham, sedikit ucapan " Mengenang Pemergian Ayahanda Tercinta " dan tarikh pemergian Allahyarham.


Design Ariana

Kemudian untuk design Alexandra pula, Cik Kiz hanya menggunakan " Majlis Tahlil", "Ayahanda", nama Allahyarham dan tarikh pemergian Allahyarham

Design Alexandra

Design Yang Menjadi Pilihan


Macam yang Cik Kiz cakap tadi setiap design ni client nak 100 keping. Dan client nak juga ditambah ucapan macam yang kat design Ariana kat gambar atas tu..


Cik Kiz janji Cik Kiz akan update design yasin ready made yang client nak tukar jadi custom made ya pasni..

So ada lagi ke yang just nak guna design yasin ready made ni sebagai wakaf untuk majlis tahlil yang u all akan buat? Kalau ada contact la Cik Kiz sekarang..Pm Cik Kiz kat facebook Kiz Wedding tau (Klik Sini)

Apr 5, 2016

Contoh Design Yasin Custom Made Puan Lidya


Lagi contoh design yasin custom made dari Kiz Wedding. Kali ni client tempah  yasin custom made ni untuk diwakafkan kepada surau berdekatan sempena memperingati mepergian Allahyarhan Sahrizal Bin Ibrahim abang kepada Puan lidya dan Allahyarhamah Hajah Fatimah Binti Haji Mahmud ibu kepada Puan Lidya.

Contoh Design Yasin Custom Made Puan Lidya


Design gambar muka depan Yasin


Puan Lidya request kat Cik Kiz nak wat gambar masjid kat muka depan yasin. Ada beberapa gambar kubah masjid yang Cik Kiz cadangkan dan dah tentu gambar yang comel sentiasa jadi pilihan. Kubah masjid yang diletak menampakan kesenian secara halus dan keindahan pada masjid tu...

Selain tu Puan Lidya minta Cik Kiz letak nama allahyarham abang dan allahyarhamah ibu nya di bahagian atas muka belakang yasin. Insya Allah dengan meletak nama pada muka luar macam ni akan ada pembaca yang mensedekahkan doa dan fatihah kepada nama tersebut.

Contoh design yasin custom made Puan Lidya

Pemilihan warna tulisan dan background


Warna background yang dipilih adalah warna biru lembut manakala warna masjid pula menggunakan warna hijau. Untuk tulisan pula Puan Lidya ingin menggunakan biru touqouise dan untuk tulisan di bawah gambar pula menggunakan tulisan warna putih.

Contoh design yasin custom made Puan Lidya

Cantik tak design camni? Boleh bagi tau Cik Kiz tak? Kalau boleh bagi tau Cik Kiz Kat Kiz Wedding ya (Klik Sini). Kalau cantik dan nak order design camni pun boleh btau Ck Kiz gak (klik Sini)

Mar 17, 2016

Contoh Yasin Custom Made Puan Sabrina

Cik Kiz nak bagi tau ni..Yang ni contoh Yasin Custom Made terbaru ya.Yasin Custom Made ni telah di order oleh Puan Sabrina bte Haji Mohd Hashim dari Shah Alam Selangor..

Tujuan puan Sabrina tempah Yasin ni adalah untuk diwakafkan sempena memperingati kembalinya Allahyarham ayahanda nya yang tercinta pada tanggal 24 November 2015.

Contoh Yasin Custom Made Puan Sabrina

Muka dalam yasin

Saiz tulisan yang Cik Kiz tekankan selama ni memang agak besar.Tujuannya adalah untuk memudahkan pembaca membaca Yasin ni..

Di samping itu tulisan yang jelas dan tidak kabur juga diberikan keutamaan utama Kiz Wedding agar sentiasa memberikan keselesaan kepada pembaca.

Disertakan sekali terjemahan dalam bahasa melayu pada setiap ayat.Untuk pengetahuan client, terjemahan pada Yasin kami telah disemak setiap kali sebelum dicetak ya.InsyaAllah tiada keraguan pada maksudnya.

 Sekarang ni pun Cik Kiz dah tambah lagi kandungan pada Yasin custom made ni tau.Selepas bacaan doa arwah dan tahlil, disertakan juga sekali Al Mathurat dan terjemahannya.

Jadi setiap pagi dan petang boleh lah pembaca gunakan Yasin ni sepenuhnya.bukan guna pada malam Jumaat sahaja tau..hehe

 Cover luar Yasin

Taraaaaa....

Ni lah design yang telah dipilh oleh puan Sabrina.Nampak kemas dan moden kan?simple je Cik Kiz tengok tapi tetap nampak memberikan satu makna..


Jadi kalau ada client nak tempah Yasin custom made macam ni jugak.....Atau nak tengok design lain boleh lah bukak facebook Kiz wedding dan juga Instagram Kiz Wedding.

Muah..!!!

4 Sebab Kenapa Bakal Pengantin Pilih Yasin sebagai Doorgift Kahwin

Now Cik Kiz nak share lak 5 sebab kenapa bakal pengantin pilih Yasin sebagai doorgift kahwin.Cik Kiz kalau boleh memang nak bagi tau banyak sebab sebabnya.Setiap bakal pengantin ada sebab nya yang tersendiri kenapa mereka pilih Yasin sebagai doorgift kahwin.So Cik Kiz nak memudahkan bakal pengantin yang lain,Cik Kiz list kan 5 sebab UTAMA sahaja ya..

4 Sebab Kenapa Bakal Pengantin Pilih Yasin sebagai Doorgift Kahwin

1)Harga yang lebih menjimatkan

Ada sorang bakal pengantin tu dia datang walk in ke kedai Kiz Wedding.Pada mulanya dia hanya nak buat kad kahwin je.Nak tengok pakej yang kami sediakan.berapa harga semua tu la kan untuk 1000 orang jemputan.

Lepas tu dia tengok kami ada display Yasin kat atas meja tetamu.Cik Kiz perasan yang dia tengok Yasin tu tapi dia tertanya tanya Yasin ni jual untuk apa?Kan ni kedai kad kahwin,jual sekali barang barang islamik ke?Dah tu Cik Kiz pun terus la terangkan tanya kat dia Cik boleh jadikan Yasin sebagai doorgift kahwin.Sekarang ni ramai yang pilih yasin je.Kebetulan pula dia cakap memang tengah pikir lagi nak bagi doorgit apa.Sebab kos kos lain terutamanya pelamin dan katering da semakin meningkat.

So tanpa pikir 2 kali dia terus tempah yasin dan bayar deposit.Syukur katanya dia datang ke Kiz Wedding.Dah lah dapat jimat kad kahwin dapat lagi jimat doorgift.

2)Boleh tambah jadikan pek kombo + sejadah mini + tasbih

Cerita masih lagi kat bakal pengantin tadi tau.Dia cakap macam tak cukup lak kalau setakat bagi Yasin je.Bajet yang sia sediakan dalam rm3.banyak lebih lagi dia cakap.Dia minta cadangan nak tambah apa lagi.Cik Kiz pun cadangkan lagi kalau nak nampak lebih cantik boleh tambah tasbih.Tasbih pun ada banyak colour dan corak.

So nampak la pelbagai juga.ceria tu dah pasti la..hehe..Nak dijadikan ceritanya bakal pengantin ni telah membeli Yasin+tasbih+paper bag semuanya kat Kiz Wedding..

3)Custom Made Yasin pilihan hati.

Antara yang paling mendapat pilihan adalah Yasin custom Made ni.biasanya bakal pengantin decide untuk pilih Yasin custom made sebab nak dipadankan dengan tema majlis perkahwinannya nanti..kalau macam tema bunga2 pink tu,kat cover depan Yasin ni pun dia nak colour bunga2 pink tu..Barulah sedondon kan?Takkan la tema majlis pink tapi doorgift warna biru laut lak.Kan nampak peliknya kat situ nanti..

4)Value Islamik.

Alhamdulillah.Dalam Hadis ada cakap nak dirikan rumah tangga ni macam dirikan masjid gak.jadi bila dirikan masjid,apa salahnya kita bagi Yasin sebagai doorgift kan?orang cakap kalau bagi jajan,petang tu gak habis jajannya.Tapi bukan la Cik Kiz nak cakap bagi jajan tu tak bagus..ok je pada Cik Kiz..cuma lagi afdhal dan bermanfaat kalau Yasin dan barang barang islamik lain seperti sejadah mini dan tasbih jadi doorgift.Boleh lah jadi simpanan tetamu untuk digunakan masa travel ke..balik kampung nak baca dalam bas atau kereta ke..kannnn?

Haa..sekarang Cik kiz dah share kan pada semua 5 sebab utama kenapa bakal pengantin pilih Yasin sebagai doorgift kahwinKalau nak tua lebih lagi boleh je tinggalkan komen kat bawah tau.dengan sepantas kilat cik Kiz akan balas semua komen komen tu..

Atau pun

Boleh je terus contact  number Kiz Wedding ni..


HP : 019-2750165
TEL : 03-55242669

Atau nak jenguk-jenguk boleh jenguk FB Kiz Wedding (klik LINK ini).
Harap-harap client berpuashati dengan hasil design Yasin dari Kiz Wedding ini.

Terima Kasih!!