Showing posts with label sticker kahwin. Show all posts
Showing posts with label sticker kahwin. Show all posts

Apr 9, 2016

Design Yasin Alexandra Terus Jadi Pilihan Untuk Sticker Kahwin Pula

Boleh tahan ramai gak yang minat ngan yasin ready made design Alexandra Kiz Wedding ni rupanya. Percaya tak suma? kalau tak percaya ni Cik Kiz nak tunjuk lagi sorang client yang nak guna design Alexandra je untuk letak kat yasin custom made dan juga tuk sticker kahwin majlis perkahwinan mereka nanti..

Design Yasin Alexandra Terus Jadi Pilihan Untuk Sticker Kahwin Pula


Adik Anis dan Alif bakal melangsungkan perkahwinannya pada 30 April 2016 nanti. Lau tak silap Cik Kiz design ni dipilih oleh Alif. Nak tau sebab apa? Sebab Anis masa tu rambang mata.  Hehe.. Kalau dah datang Kiz wedding memang rambang mata tau. Ye la, kan dah banyak design yang cik Kiz bat mestilah rambang mata nak pilih mana satu kan... 

Last2 Alif relax jer cakap " kita pilih design Alexandra ni jela yunk.. Macam cantik lak..". Lepas seminit Anis tenung design Alexandra ni Anis pun cakap. " Ok la, kita ambil design ni je la. Pandai awak pilih..". Hehe.. nampak sangat anis ni memang jenis ramnbang mata dan susah nak wat keputusan. Nasib baik ada cik abang yang le wat keputusan ;-)

Konsep Dan Design


Untuk design kali ni Anis just nak letak tulisan "Majlis Perkahwinan", "Anis & Alif " dan tarikh majlis perkahwinannya nanti. Untuk saiz tulisan Anis request untuk besar sikit dan guna font yang biasa je.. Tak nak pelik pelik sangat katanya.. 

Untuk tengok contoh font nya kat gambar bawah ni ya..



Bentuk Sticker


Jangan salah sangka ngan gambar kat atas tau. Tu Cik Kiz just crop untuk letak tulsan kat tengah tengah sticker tu je.. Bentuk sticker yang diminta bulat saiz diameter 4 cm. gambar nya kat bawah ni ya


Cantik kan bila dah dipotong bulat? Pandai Alif pilih.. Tadi bile kotak macam tak cantik sangat. Bila dah potong bulat terus je jadi cantik.

Hasil Design Yang Dah Siap Sepenuhnya.



Kalau ada lagi bakal pengantin yang nak guna design Alexandra ni tuk dijadikan sticker kahwin boleh la whatsapp Cik Kiz atau pm di facebook ya! (klik sini)




Apr 6, 2016

Best Nya Dapat Sticker Kahwin Dari Kiz Wedding

Nak tau kenapa best sangat bila dapat sticker kahwin dari Kiz Wedding?Ni Cik Kiz nak btau. Cik Kiz sangat mementingkan review dari customer. Setiap hari Cik Kiz akan cuba tanya respon kat customer tanya la ok ke tak Kiz wedding punya service suma. Alhamdulillah setakat ni suma suka berurusan dengan Kiz Wedding. Yang paling suka bila customer datang kat walk in kat kedai la.Bila berurusan secara depan depan ni banyak yang Cik Kiz boleh tolong dapatkan permintaan yang macam mana customer nak..

Best Nya Dapat Sticker Kahwin Dari Kiz Wedding


Keistimewaan kepada u all bila walk in ke Kiz Wedding


Bila masuk je kat dalam kedai Kiz wedding, perkara pertama yang Kiz tekan kan ada lah greeting kepada u all. Sudah tentu ucapan " Selamat Datang " ada lah perkataan yang pertama yang keluar dari mulut Kiz. Cik Kiz suka bila lepas greet then u all akan terus senyum tersimpul malu.... ;-p

Lepas tu boleh la mula berbincang dengan Kiz sticker kahwin yang macam mana yang u all nak. Kiz tak akan ambil masa yang lama. Semua design ready made even custom made pun Kiz dah siap kan tools nya. Bila kita dah siap bincang suma terus isi form details yang u all nak order.

Ada bawak anak senang ke berurusan dengan Kiz Wedding?


Ada ramai yang tak sempat walk in sebab risau nak kena tunggu lama kat kedai Kiz. Jangan risau!! Kiz ada sediakan sofa special beli dari Ikea lagi tuk anak anak u all duduk sementara kita berbincang. Jangan kata anak kadang kadang ngan suami u all pun boleh lelapkan mata jap kalau dah duk kat sofa Ikea tu.

Air minuman dan gula gula pun ada !


Haaa... bila dah masuk tu mesti haus kan? Kita leh minum sambil berbincang. Air minuman Cik Kiz yang akan sediakan. Tuk anak anak u all lak Cik Kiz ada sediakan gula gula tuk diorang. jangan risau mesti hepi je la kan anak anak kita bila dapat gula gula..

Bincang sampai jadi !


Keselesaan dan permintaan dari customer memang Cik Kiz sentiasa utamakan. Kalau ada customer yang cerewet lagi cik Kiz suka. Sebab apa? kan customer cerewet ni lagi susah nak handle takut dah bincang lama lama tapi last last tak jadi order lak.

Eh tak pe.. Cik Kiz suka kan cabaran macam ni. Sebenarnya bila Cik Kiz dapat customer yang macam ni, Cik Kiz akan anggap ni adalah satu pengalaman yang berharga yang susah nak dapat kat mana mana. Ada orang cakap kalau kita dapat close sales dengan golongan elite tu maknanya sevice kita bagus..

Lagipun bila berhadapan dengan customer macam ni seronok gak tau, sebab mereka  ni sebenarnya agak details da teliti... So bila Cik kiz dapat jumpa ngan mereka Cik Kiz dapat belajar ilmu yang baru dan dapat improve kan lagi service Cik Kiz...

Customer always right kan?

Di Kiz Wedding, Cik Kiz akan utamakan perkara yang penting dalam tempahan yang dibuat tu. Details macam saiz sticker, warna sticker dan design sticker tu Cik Kiz akan confirmkan betul betul ngan u all dulu. At least Cik Kiz akan minta u all semak semula details tu betul ke tak. Kang kalau salah sedih lak masa hari kahwin nanti tu kan.. Dah la kawin sekali jer tapi info kat dalam sticker kahwin tu tak betul lak.. Lain la kalau dapat kahwin banyak kali kan? :-)

So best tak kalau dapat sticker kahwin dari Kiz wedding?Kalau rasa best pm Cik Kiz sekarang tau. jangan tangguh tangguh lak. Pm Kat fb Kiz wedding( Klik Sini) ya!