Showing posts with label kad kahwin shah alam. Show all posts
Showing posts with label kad kahwin shah alam. Show all posts

Apr 19, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Wan Yushairi Dan Wan Mukminah

Selamat tengah hari kepada suma pembaca Kiz Wedding hari ni cik Kiz berkesempatan nak tunjuk kat u all contoh design kad kahwin Wan Yushairi Dan Wan Mukminah pulak ya.. Alhamdulillah pasangan pengantin ni akan melangsungkan perkahwinannya di Taman Chenderang Kuala Terengganu, Terengganu. 

Jom kita review sama sama design kad kahwin kali ni :-)

Contoh Design Kad Kahwin Wan Yushairi Dan Wan Mukminah


Konsep Dan Design


Lagi sekali design retro ni jadi pilihan pasangan pengantin walaupun majlis kali ni akan dibuat di Terengganu. Nampaknya design retro Kiz wedding ni dah sampai ke pegetahuan irang irang kat pantai timur sana. Alhamdulillah Kiz Wedding dah berjaya tembus pasaran untuk tempah kad kahwin kat sana juga.. 

Kalau u all nak tau wat masa ni Cik Kiz dapat berpuluh puluh tempahan dalam masa seminggu hanya untuk design retro ni tau. Terima kasih Cik Kiz ucapkan kepada client Cik Kiz kerana menggunakan perkhidmatan Kiz Wedding untuk tempahan kad kahwin anda :-)

Ok tanpa buang masa jom kita tengok satu satu gambar design kad kahwin retro kali ni.

Untuk muka depan kad kahwin ni client Kiz minta untuk gunakan warna hitam sebagai background. Manakala untuk muka belakang pula warna putih digunakan sebagai warna background untuk gambaran peta dan lokasi majlis perkahwinan.

U all boleh tengok gambar design nya kat bawah ni ya:

Yang gambar ni untuk majlis sebelah pengantin perempuan tau. Jangan confuse lak dengan gambar yang sebelah di bawah. Yang kat bawah tu untuk design majlis sebelah pengantin lelaki.

Mereka deside tuk gunakan design yang sama cuma tukar details seperti nama bu bapa pengantin, alamat majlis perkahwinan dan tarikh perkahwinan jer.. Yang lain suma sama..

Cantik tak lakaran peta yang Cik Kiz buat? Apa yang specialnya kat lakaran peta kad kahwin Kiz Wedding ni adalah Cik Kiz akan highlightkan dan buat tanda arah besar besar untuk lokasi majlis tu. U all boleh nampak kan macam dalam gambar ni?

Bila dah highlight besar besar camtu senang lah tetamu u all jumap masa nak datang majlis perkahwinan u all nanti.. Kan??? :-)


Yang gambar bawah ni untuk majlis sebelah pengantin lelaki ya. Sama je kan design nya? Nanti masa majlis perkahwinan u all pun Cik Kiz nak suggestkan wat design sama jer.. Senang tak yah pikir pikir nak wat design berlainan. lagipun design style retro ni selamat sikit, boleh match dengan apa apa warna tema majlis perkahwinan u all nanti..

Lagi satu sebab nya adalah Cik Kiz tak nak u all rambang mata bila dah tengok design yang dah ada kat Kiz Wedding ni. Lau dah tengok banyak banyak desing confirm u all susah nak decide nak guna design apa nanti. hehe..



Taraaaaa... Ini Lah Hasil Designnya Yang Dah Siap... :-)



Ada ker yang nak design retro ni? Kemas dan nampak elite je kan design ni? So jangan ragu ragu lagi dengan kualiti Kiz Wedding. pastinya Cik Kiz akan bagi perkhdmatan yang terbaik tuk u all.. 100 % dijamin kualiti terbaik..

pm Cik Kiz kat facebook Kiz Wedding sekarang tau! (klik sini)

Apr 15, 2016

Kad Kahwin Digital Akan Menggantikan Kad Kahwin Tradisional?

Nampaknya dunia digital sekarang dah semakin mendapat perhatian golongan muda dan bukti nya sampai kad kahwin pun dah ada yang digital tau. Hmmm Macam mana rupa kad kahwin digital ni? Cik Kiz bet mesti ramai yang tak tau kan? Sebenanr nya sama la ngan kita.. Cik Kiz pun baru tau gak pasal kad lahwin digital ni.. Hikhikhik.. :-)

Kad Kahwin Digital Akan Menggantikan Kad Kahwin Tradisional?


Meh Cik Kiz terangkan serba sikit pasal kad kahwin digital ni dulu. Kad kahwin ni kira nya digunakan untuk menjemput tetamu melalui aplikasi fon. Antara keunikan dan kelainan yang ada kat kad kahwin digital ni adalah ia mempunyai slider gambar, boleh countdown tarikh majlis perkahwinan u all dan juga ada guest book tetamu yang akan hadir. Yang guest book ni link ngan facebook gak tau macam kita biasa wat event RSVP tu..

Selain tu kad kahwin digital ni dah siap siap letak peta lokasi ke majlis perkahwinan. So u all takyah susah2 nak search atau taip alamat dan kordinat peta, Just click je kat situ dan dia akan automatik pergi ke google maps atau pun waze. Mudah kan?

Contoh kad kahwin digital ni u all boleh tengok kat gambar bawah ni ya :

Kad Kahwin Digital

Kad Kahwin Digital

Kelebihan Kad Kahwin Digital


Well....bila sekali tengok memang nampak gempak giler kan kad kahwin macam ni. Cik Kiz gerenti kalau u all wat kad kahwin macam ni memang femes la u all.. nak tau sebab apa? Ya la.. kan tak ramai lagi yang wat macam ni.. Biasanya kalau invite kawan kawan tuk zaman sekarang ni just guna facebook atau whatsapp group jer.. Takde nak yang canggih canggih camni.. Tapi kalau u all guna kad kahwin digital ni komfem2 tindakan u all akan jadi perbuakn hebat di antara kawan sekolah dan tempat keje u all..

Pada masa sama fungsi auto gps tuk terus guna kat google maps dan waze tu memang jadi kelebihan kad kahwin digital ni. Cik Kiz suka juga sebab dapat memudahkan tetamu datang ke majlis yang dijemput.. Sebab kadang kadang Cik Kiz pun terpusing pusing sampai 5-6 kali nak cari umah kawan Cik Kiz masa diorang kahwin..

Kesimpulannya siapa yang menjadi di antara pertama yang pakai kad kahwin digital ni mesti rasa bangga dan megah.. tapi jangan sampai terlebih eksen lak ya.. Silap2 lau advance sangat ni jadi bualan tak elok lak dari orang lain :-)

Kelemahan Kad Kahwin Digital


Kelemahan kad kahwin ni adalah yang pertamanya dari segi kesopanan dan etika tuan rumah tu sendiri. Walaupun dah guna kad kahwin ni jangan lah lupa... adalah lebih baik guna kad kahwin yang biasa untuk menjemput saudara mara, jiran jiran dan kawan baik u all. Kalau untuk kawan kawan yang jauh tu ok je pakai kad kahwin digital. tapi yang mana dekat dekat tu lebih elok la kalau diserah sendiri kad kahwin anda dengan menggunakan tangan anda sendiri.

Macam tuk sedara mara dan jiran lagi lah memang tak boleh terus guna kad kahwin digital ni. Risau jadi bualan teruk nanti dari diorang, Sebab lau untuk orang terdekat ni kita kena ada adab sopan masa jemput diorang. Kalau zaman 90 an dulu memang tuan rumah kena pergi dari satu ke satu rumah yang hendak dijemput. So jangan ambil risiko ya nak jemput sedara mara dan jiran terdekat tapi tak pakai kad kahwin yang macam biasa jer....

Selain tu kelemahan kad kahwin ni adalah dari segi kosnya.. Macam yang Cik Kiz cakap lau u all wat kahwin digital ni u all still kena wat gak kad kahwin yang biasa. So kat situ dah ada double kos. kahwin2 ni tak le membazir kan? hehe..

Tapi nanti lau Cik Kiz pun dah jual kad kahwin digital ni boleh je tempah dengan Kiz Wedding. Wat masa sekarang ni jangan pakai kad kahwin digital. pakai yang macam biasa je.. Ok?

Kalau ok... Meh wasap atau pm Cik Kiz ya.. caranya klik kat sini je.. Cik Kiz akan cepat cepat respon kat u all. :-)

Apr 14, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Khalis Dan Hajar

Selamat petang semua Cik Kiz ucapkan ni Cik Kiz update lagi contoh design kad kahwin kali ni untuk pasangan pengantin Khalis dan hajar pula. Majlis perkahwinan  mereka akan dilangsungkan di Jementah Segamat Johor. yang ni majlis sebelah pihak pengantin lelaki tau. Walaupun sebelah pengantin lelaki, design yang diminta pun bukan calang calang tau.

Ok jom kita review design kad kahwin yang ni lak.....

Contoh Design Kad Kahwin Khalis Dan Hajar

Konsep Dan Design

Agak agak u all design yang macam mana jadi pilihan pasangan pengantin ni? jangan terkezut kalau design hitam dan putih ni lagi sekali mendapat tempat di hati mereka. Trend kad kahwin retro saver ni memang paling ramai gler r orang tempah sekarang. Cuma design kad muka depan kad kahwin tu je yang beza beza. Contohnya macam kat gambar bawah ni :

Design Muka Depan Kad Kahwin

Haaa.. yang ni lagi la unik sebab kerawang tu memang macam kerabat diraja sikit. hehe.. Nama pengantin pun hanya diletak huruf depan nama jer.. Macam khalis tu letak huruf "K" dan nama Siti Hajar diletak huruf "S'.

Manakala ucapan "Raikan Cinta" dilatak di selah atas dan tarikh majlis pula di sebelah bawah kad kahwin.

Muka Dalam Kad Kahwin

Yeah.. happy Cik kiz lau dapat peta yang simple simple ni. Macam semalam punya design kat Puchong memang agak berselirat la. Tapi yang ni memang best, Senang je nak cari rumah pengantin nya. Landmark yang ada pun tak susah nak cari.

Untuk details lain u all boleh refer pada gambar kat bawah ya. Macam biasa susunan details Cik Kiz letak kat sebelah tepi kiri dan peta kat sebelah kanan.




Design Muka Dalam Kad Kahwin

Design Stamp Yang Di Tempah.


U all dah tau kan apa fungsi stamp ni.. Ok yang tak tau tu Cik kiz terangkan sekali lagi. Stamp ni kegunaannya adalah untuk mencantikkan dan menghiaskan lagi sampul kad kahwin tu nanti. 

Sampul yang biasa tu kosong je kan takde pape design? So kalau dah cop guna stamp ni nampak cantik lagi la sampul kad kawhwin tu. Tetamu yang terima kad kahwin ni pun akn rasa excited tuk datang majlis u all :-)

Design Stamp

 Dan... Ini Lah Hasilnya......!!!


 So ini lah design yang Kiz dah siapkan untuk pasangan Khalis Dan Hajar. nampak elite je kakn guna kerawang dan jata ala ala kerabat diraja ni?


If u all nak Cik Kiz designkan kad kahwin u all macam design ni gak bolehlah pm Cik Kiz sekarang kat Kiz Wedding. U all pm je sekarang dan terus je CIk Kiz siapkan. Hehe

Tuk Pm Cik Kiz klik kat sini ya ! ( Klik Sini )

Apr 13, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Raikan Cinta Nabilla & Haziq

Maaf ya semua dah 3 hari juga Cik Kiz tak update contoh design terbaru tuk kak kahwin. Cik Kiz busy sikit nak kejar masa tuk siapakan order kad kahwin yang lain dengan yasin custome made sekali. Yela sekarang kan dah masuk bulan april memang ramai yang berpusu pusu nak wat tempahan terutamanya kat doorgift yasin custom made tu.

Ok berbalik pada contoh kad kahwin la ya. kalau tak melalut la Cik Kiz cakap benda lain lak.
Kali ni kad kahwin ni ditempah oleh pasangan pengantin Nabilla dan Haziq yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada hari Ahad 31 July 2016.

Contoh Design Kad Kahwin Raikan Cinta Nabilla & Haziq


Konsep dan Design


Haaaa... lagi sekali konsep hitam dan putih menjadi pilihan pasangan pengantin ni. Memang orang orang bandar sukakan idea kombinasi warna macam ni eh? :-)

So Cik Kiz pun buat la dua contoh design untuk muka depan kad kahwin tu.. yang design 1 kat bawah ni Cik Kiz guna konsep bunga bunga sikit. Yang ni bunga tulip tau. Tapi tak ada warna warni ya. Semua warna bunga ni warna putih. manakala warna background dia lak warna hitam.


Yang kat bawah ni design kedua lak Cik Kiz wat untuk muka depan kad kahwin tu. So still ada corak bunga cuma Cik Kiz just hightlight kan line kat bunga tu je dengan warna hitam/kelabu. Background nya Cik Kiz pilih untuk kekalkan warna putih.

Manakala untuk warna font "Majlis perkahwinan", Nama pengantin, dan tarikh majlis perkahwinan pula ditetapkan dengan warna hitam.



Lakaran Peta


Lagi satu tugas yang mencabar telah diberikan kepada Cik Kiz :-)

Maklum lah kalau duk kat kawasan bandar memang macam kat bawah ni la petanya. Jarak antara landmark dengan rumah memang jauh. So dengan hati yang tenang Cik kiz tarik nafas dan mulakan cubaan untuk resize balik peta ni untuk diletak dalam muka dalam kad kahwin tu nanti.


1st step yang Cik kiz buat sebelum letakkan peta ni adalah lengkapkan dulu details yang penting masuk kat muka dalam kad kahwin. U all boleh tengok kat gambar tu. ni dah siap masuk suma details macam alamat, nama pengantin dan juga atur cara majlis.

Pastu Cik Kiz cuba cari ruang yang sebesar mungkin kat sebelah kanan tu.

Taraaaaa.. Alhamdulillah muat pun peta nya bila dimasukkan. Cuma maaflah nama landmark tu suma Cik kiz terpaksa kecikkan sikit supaya nampak kemas dan tersusun. Tapi u all masih boleh baca je kan nama landmark nya?


Design Yang Menjadi Pilihan Pengantin.


Hehehe.. design 1 la for sure menjadi pilihan Nabilla & Haziq. Sebab lau guna warna hitam sebagai warna background memang smart. Nampak kad kahwin ni ekslusif dan penuh dengan warna.


So lau ada bakal pengantin yang kat bandar dan pada masa sama peta nak pergi rumah u all tu besar macam contoh design kad kahwin raikan cinta Nabilla & Haziq ni, jangan malu segan untuk contact Cik kiz ya ( Klik Sini )

Yang nak kahwin bulan November ngan Disembar pun dah boleh start usha usha design yang ada kat Kiz Wedding.. ok??!!! :-)



Apr 8, 2016

Koleksi Kad Kahwin Artis Yang Paling Glamour

Sape pernah tengok koleksi kad kahwin artis yang popular?U all rasa gempak tak kad kahwin diorang?Mesti lah gempak kan.. Cik Kiz pernah pergi satu ekspo perkahwinan kat SACC Mall. Tak ingat dah tahun bila.. Ada la satu booth tu pamerkan contoh kad kahwin yang artis buat. kalau tak silap Cik Kiz masa tu Nabil Ahmad baru je lepas wat majlis persandingan kat ICT Shah Alam.. Memang terkejut la tengok kad kahwin Nabil wey.. Siap ada hard cover bagai.. :-p

Koleksi Kad Kahwin Artis Yang Paling Glamour


1)Rozita Che Wan Dan Zain Saidin


Che Ta Dan Zain ada buat 2 jenis kad kahwin tau. Satu jemputan untuk majlis pernikahan dan satu lagi kad untuk majlis resepsi. Siap asing2 tau.. Class sangatttt Che Ta dengan Zain.. yang kat bawah ni Cik Kiz ambil gambar rujukan dari budiey.com ya. 


2) Nabil Ahmad Dan Nazira Ayub


Hahaha.. Menarik tak kad kahwin Nabil dan Nazira? NI kalau Cik Kiz yang dapat jemputan ni memang menangis Cik Kiz. Cantik sangatttt... Macam Cinderella dah Nazirah.. Mesti Nabil ni sorang yang romantik kan?


3) Hanez Suraya


Walaupun Hanez banyak mengundang kontoversi sebelum majlis perkahwinan dia, Cik Kiz tetap nak pilih kad kahwin Hanez jugak. Sebab apa? U all tengok kat kad kahwin dia. Siap bunga lagi tau.. dan diletak kemas dalam kotak lagi.. Penggunaan warna dan font juga sangat bersesuaian untuk majlis perkahwinan.


4) Sam Dan Syatilla


Kad kahwin Sam dan Syatilla pun tak kurang hebatnya. Sangat eksklusif sebab kat tengah tengah tu hanya khas untuk letak gambar mereka. Pemilihan warna kad juga sangat bagus, tidak terlalu menyerlah dan menampakkan kesesuaian dengan baju yang dipakai. Secara tak langsung sangat menonjolkan gambar mereka. Tapi macam banyak je yang ditulis kat lipatan sebelah kanan tu? Agak agak u all apa ya? Syair cinta ker???


Yang penting Cik Kiz memang sangat kagum dengan rekaan dan design koleksi kad kahwin artis yang glamour kat Malaysia macam mereka ni. Satu hari nanti Cik Kiz nak dapatkan at least satu tempahan kad kahwin dari artis setiap minggu.

Artis artis yang baca post Cik Kiz ni boleh whatsapp dan pm Cik kiz kat facebook Kiz Wedding Tau!






Apr 7, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Terbaru Untuk 2 Pasangan Pengantin Serentak

Hari ni Cik Kiz nak tunjuk contoh design kad kahwin khas untuk bakal pengantin yang nak wat serentak dengan adik beradik yang lain. Kira nya dalam majlis tu nanti ada 2 pasangan pengantin la kan? Best kan wat camni.. Banyak tau leh jimat. Kira kos nak wat majlis tu dapat jimat 2 kali ganda la kan. Fuhhh,, Jimat jimat.. :-)

Contoh Design Kad Kahwin Terbaru Untuk 2 Pasangan Pengantin Serentak


Konsep Dan Design


Wargh.. kali ni corak urat pada katu pula jadi pilihan buat pasangan pengantin ni. Cik Kiz suka ngan nama pengantin perempuan Fazella da Fadella. Sangat unik nama nya. Mesti ramai kawan yang senang ingat bila dapat nama macam ni..

Kat muka depan kad kahwin pengantin pilih untuk memudahkan tetamu yang nak datang nanti dengan letak alamat lengkap terus, paling best perkataan negeri " SELANGOR"  tu dibesarkan.. ni mesti sayang sangak kat negeri selangor ni..Siapa yang tak sayang negeri sendiri kan?

Nak lagi best tarikh majlis ngan hari majlis pun diletak kat tepi alamat dengan menggunakan saiz font yang besar juga. Ni kalau ada tetamu yang boleh lupa tarikh nya pun Cik Kiz tak tau la nak cakap apa.. dah cukup besar dah pada Cik Kiz Saiz font nya tu..

Owh ya. Masa untuk atur cara majlis pun diletak kat depan.. Cik Kiz suspect family pengantin ni mesti dah biasa buat event. Sebab tu perkara yang penting mengenai majlis ni di letak kat depan suma..

Untuk gambar simbol cinta, pengantin pilih tuk letak sepasang cincin, Satu ada berlian satu cincin tak ada berlian.. Yang penting cincin ni kalau u all perasan diikat bersama untuk menandakan pasangan ini akan disatukan pada hari yang penuh bermakna tu nanti.. huish..sweet sangat kannnn..


Design Muka Depan kad Kahwin

Lakaran Peta


Peta kali ni memang mencabar Cik Kiz. Sebab sample peta yang dibawa oleh pengantin besar sangat.. landmark jauh jauh gak sumanya. Tapi takpe yang penting arah jalan tu Cik Kz settle kan dulu.. Nampak kan yang mana? Alaaa.. yang Cik Kiz tanda dengan pen biru tu..

Lakaran Peta

So akhirnya Cik Kiz minimize kan sikit lakaran peta tu. Lau tengook kat gambar bawah Cik Kiz kemas kan dan ambil landmark yang berdekatan. Landmark yang berdekatan ada Aeon Jusco Insya Allah dengan berpandukan Aeon Jusco ni je tetamu dah senang cari lokasi majlis pengantin..

Muka Belakang Kad Kahwin

Dan Lihat hasilnya


Cantik tak design kali ni? Simple tapi kemas kan?


Nak dapatkan contoh design kad kahwin untuk 2 pasangan serentak pun dah ada kat Kiz Wedding. Cara nya just pm Cik Kiz (Klik Sini tau)










Apr 6, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Terbaru Siti Dan Zamani

Petang petang ni ada yang tengah cari contoh design kad kahwin terbaru tuk tahun 2016 ni tak? Ni cik kiz nak tunjuk design nya. Nama bakal pengantin ni Siti dan Zamani tau. Alhamdulillah majlis nya akan berlangsung pada 9 Julai nanti..

Contoh Design Kad Kahwin Terbaru Siti Dan Zamani


Konsep Dan Design


Kali ni design tuk pasangan Siti dan Zamani memang best. Pernah dengar ungkapan merpati dua sejoli? tengok kat gambar muka depan kad kahwin mereka ni. Nampak burung merpati kan? Seekor burung yang besar tu untuk Zamani dan yang burung yang kecil tu lak untuk Siti..hehe..

Siap ada love tau kat tengah tengah tu.. Dan sudah tentu bila cakap pasal love, kita akan terbayang bunga bunga lak ada kat situ gak. Sebab tu kat keliling bulatan Cik Kiz guna kan bunga tuk romantik kan kisah cinta pasangan Siti dan Zamani..

Tema dan warna background lak pasangan Siti dan Zamani decide tuk gunakan warna hitam putih je. baru la style kan.. Even tulisan pun memang warna putih..


Lakaran Peta.


Tuk peta kad kahwin ni Cik kiz tak lakar. Terus masuk je kat photoshop sebab lokasi majlis perkahwinan mereka memang senang nak jumpa. Nampak tak jalan tegak tegak je lepas dua tiga simpang dah sampai dah ke rumah pengantin..

Tema dan warna background 


Tema dan warna background lak pasangan Siti dan Zamani decide tuk gunakan warna hitam putih je. baru la style kan.. Even tulisan pun memang warna putih kat muka depan dan kat muka belakang lak warna hitam.


So ada lagi yang nak tempah kad kahwin stylo macam contoh kad kahwin design Siti dan Zaman ni?
Kalau ada pm Cik Kiz sekarang kat fb ki wedding! (klik sini)











Mar 31, 2016

Contoh Kad Kahwin Inno & Ila

Selamat petang kepada bakal pengantin dan pembaca Kiz Wedding :-)

Ok Cik Kiz nak post lagi satu contoh design kad kahwin.Kali ni dari pasangan comel Inno & Ila.(serius memang comel).Rasanya ada darah kacukan diorang ni.tengok je la nama nya pun  ter sangat lah unik.

Contoh Kad Kahwin Inno & Ila


Konsep Dan Design


Masa Inno & Ila datang ke kedai ritu,diorang ni dah dah ada idea sendiri tau.Diorang nak buat yang simple jer..Kalau tengok kat gambar bawah,kat depan kad kahwin Inno & Ila memang nak letak basikal camtu.Bila tengok betul betul gambar basikal tu menunjukkan mereka akan melalui perjalanan alam perkahwinan bersama sama.Sebab tu basikal tu untuk dua orang pengayuh dalam satu basikal.Chewahh.. 

Good Job Inno & Ila!
Contoh Kad Kahwin Inno & Ila

Lakaran Peta


Macam biasa untuk peta Cik Kiz akan lakarkan dulu atas kertas untuk mengelakkan pape kesalahan. Kalau tengok kat gambar bawah ni Cik Kiz dah siap siap kan warna untuk setiap petunjuk. So takde la confuse masa nak photo shop nanti.

Atas kertas pun Cik Kiz wat cantik cantik tau. Baru mood feeling tu datang cantik je masa nak design betul betul nanti. hehe..

Contoh Kad Kahwin Inno & Ila

Taraaa...

Hasil peta yang dah siap jadi la macam gambar yang kat bawah ni. Jauh betul tau masuk ke dalam rumah diorang ni.Tapi jangan risau, Cik Kiz akan bagi muat gak peta nya kat dalam kad kahwin tu. Yang penting takde land mark yang penting tertinggal.Kan...???

Contoh Kad Kahwin Inno & Ila

Detail Pengantin.


Detail asas yang diperlukan adalah seperti berikut:

Nama Pengantin di muka depan kad kahwin : Inno & Ila
Nama pengantin lelaki : Norkeeli Bin Misnan
Nama pengantin perempuan : Kamilah Binti Mat
Tarikh Majlis : 17/4/2016
Nama bapa pengantin : Misnan (waris) Bin Selamat
Nama ibu pengantin : Kemey (Gemi) Binti Kerdiman
Alamat majlis : Lot 15, Jalan Ikan Puyu, Lorong PPRT 3, Kampung Bukit Lanchong, 40400 Shah Alam Selangor
Waktu majlis : 11 pg - 5 ptg
Maklumat turut mengundang : Nama dan no telefon.

Dan lihat hasilnya






Ada yang nak dapatkan design kad kahwin camni gak?Letak basikal kat tengah tengah?Contact Cik Kiz tau kat fb Kiz wedding.Caranya klik kat sini je..(klik Sini)

Mar 21, 2016

Contoh kad Kahwin Atiqah dan Nizam

Selamat pagi hari ni ni Cik Kiz nak tunjuk satu lagi contoh design kad kahwin.Client kali ni namanya Atiqah dan Nizam.

Contoh kad kahwin Atiqah dan Nizam

Ok ni gambaran majlis perkahwinan yang akan dibuat nanti..
Tarikh  pada 9 Oktober 2016 bersamaan dengan 7 Muharran 1438 Hijrah
bertempat di Hotel Crystal Crown,Persiaran Raja Muda Musa Port Klang Selangor.
Kad Kahwin Atiqah Dan Nizam

Peta Majlis perkahwinan

Salah satu proses yang terawal sebelum design sepenuhnya kad kahwin adalah membuat lakaran pelan lokasi majlis.Lakaran ni sangat penting supaya Cik Kiz dapat gambaran yang sangat jelas sebelum lukisnya ke dalam photoshop.

Nampak tak macam mana Cik Kiz lukis pelan tu?herot berot suma ada.Jalan besar jalan kecik pun ada.hehe..

Kad Kahwin Atiqah dan Nizam

 Gambar yang kat bawah ni lah pelan lokasi yang Cik Kiz dah siap kan.Dah edit betul2 nampak cantik dan kemas je kan?

      Dalam pelan lokasi ni Cik Kiz sangat menitik beratkan penggunaan gambar yang simple tapi dapat memudahkan tetamu untuk datang ke majlis perkahwinan tu nanti.

Contoh contoh nya adalah :
1)Masjid 
2)Sekolah
3)Hospital
4)Kompleks sukan
5)Polis trafik dan
6)Lampu Isyarat

Kad Kahwin Atiqah Dan Nizam


Jadi ini lah hasilnya contoh kad kahwin yang Cik Kiz telah siapkan.Alhamdulillah Cik Kiz dapat permudahkan urusan Atiqah dan Nizam walaupun majlis mereka akan dibuat pada bulan Oktober nanti.6 bulan je lagi...
Kad Kahwin Atiqah Dan Nizam

Jika ada bakal2 pengantin yang berminat dengan design seperti contoh kad kahwin Atiqah dan Nizam ni boleh lah contact Cki Kiz ya.Click di facebook Kiz wedding untuk bantuan seterusnya..

Bye..



Mar 17, 2016

10 Contoh Kad Kahwin paling laku di Kiz Wedding (Part 2)

Ingat lagi tak bulan lepas Cik Kiz ada share contoh design kad kahwin yang paling laku di Kiz Wedding.Tapi hari tu baru 5 design yang Cik Kiz list kan.Hari ni Cik Kiz nak wat sambungan lagi 5 design nya ok..

Oh ya..!! 5 design yang Cik Kiz nak tunjuk ni pun sudah tentu dapat sambutan yang hangat dari client2 Cik Kiz.

10 Contoh Kad Kahwin Paling Laku Kiz Wedding

6.

7.

8.

9.

10.

Haa..Now ni Cik Kiz dah share lagi 5 kad kahwin paling laku di Kiz Wedding..Mesti selepas Cik Kiz share masing masing pun dah dapat idea dan boleh bayangkan macam mana nak berangan pilih kad kahwin untuk majlis u all nanti kan?

Sebab Cik Kiz tau semuanya mesti pening nak pilih design camne.Untuk client yang datang walk in pun kebanyakannya memang rambang mata bila Cik Kiz tunjuk design2 yang Kiz Wedding ada.

Yang ni baru 10 design tau.Bayangkan kalau ada 30 design nak kena tengok dan pilih dalam satu masa.Sebab tu Cik Kiz list kan 10 design yang paling meletup kebaboom ni..hehe(sorry terlebih excited lak).

Tapi kalau nak tengok design2 lain pun Cik Kiz sangat alu alu kan..Setiap orang citarasa mesti lain lain kan?

Untuk design2 lain,u all tengok kat facebook dan instagram Kiz Wedding.
Facebook (Klik Sini)
Instagram (Klik Sini)

Untuk design2 yang tiba2 meletup pada masa akan datang lak,Cik Kiz akan update dari semasa ke semasa.So semua jangan risau kalau takut takut kad kahwin u all tak up to date ok!!!

Feb 27, 2016

10 Contoh Kad Kahwin paling laku di Kiz Wedding (Part 1)

Ahaa, hari ni cik Kiz nak share sikit 10 contoh design kad kahwin yang paling laku keras di Kiz Wedding Shah Alam. Eh lupa pulak nak bagi salam, terlampau excited agaknya cik Kiz ni.

ASSALAMUALAIKUM.

Ok lets get back to business. Apa yang cik Kiz nak kongsikan ni adalah berdasarkan jumlah tempahan yang paling banyak antara banyak-banyak design kad kahwin yang ada di page fb Kiz Wedding. Ok uoll dah bersedia?


10 CONTOH KAD KAHWIN PALING LAKU KERAS DI KIZ WEDDING


1. KOD KK018

Yang ni team Kiz design ala-ala floral english style gitu. Sesuai sangat kalau anda buat tema perkahwinan ala-ala omputeh english style gitu.


2. KOD KK020

Haa yang ni pun sama, design dia ala-ala english style jugak tapi lebih kepada penggunaan warna design yang gelap-gelap sikit (background hitam), ada bunga-bunga penyeri kat belakang dia tu kan.



3. KOD KK028

Yang ni design dia ala-ala macam minimalist sikit. Supaya kad kahwin tu nampak unik kita tambah macam belang-belang merah putih kat border dia (perasan tak?)


4. KOD KK027

Design kad yang mengambil inspirasi daripada flora dan fauna (cewah) dengan penggunaan warna coklat dan kuning ala-ala pokok dan daun gitu.


5. KOD KK022

Ok yang ni pulak designer Kiz gunakan konsep typography sket. Maksudnya kita banyak gunakan teks dalam design tu. Tapi teks yang cantik la, ala-ala funky gitu. Kot?


Oraite! Bersambung PART 2...... Nanti kan.. Chewah!

Kalau nak tengok full katalog design boleh je layari Facebook page Kiz Wedding (klik sini) atau Instagram Kiz Wedding (klik sini) pun ada ya :)

Itu sahaja sekadar untuk hari ni, kita sambung part 2 pula. Yang part 2 nanti cik Kiz akan kongsikan contoh kad kahwin paling laku untuk yang jenis hitam putih pulak ya.