Showing posts with label design kad pernikahan. Show all posts
Showing posts with label design kad pernikahan. Show all posts

Apr 30, 2016

4 Jenis Kad Jemputan Yang Ada Di Kiz Wedding (Part 1)

Selamat pagi semua hari ni hari sabtu kan tiba masanya untuk Cik Kiz update post mengenai 4 jenis kad jemputan yang ada disediakan di Kiz Wedding. Semua kad jemputan ni Cik Kiz pecahkan kepada kad jemputan regular, kad jemputan retro saver, kad jemputan craft saver dan kad jemputan untuk majlis aqiqah.

Jom kita tengok contoh satu persatu untuk setiap design kad jemputan ni :-)

4 Jenis Kad Jemputan Yang Ada Di Kiz Wedding


Kad Jemputan Regular.


Ada 17 design kesemuanya yang disediakan oleh Cik Kiz untuk design kad jemputan regular ni. Kebanyakkan kad ni semua menggabungkan design yang berkonsepkan bunga taman dan warna background yang ceria dan kemas. Ada juga kad yang tidak menggunakan bunga sebagai design utama contohnya kad seperti di dalam gambar di bawah :

Design Kad Jemputan Regular

Design Kad Jemputan Regular

Design Kad Jemputan Regular

Design Kad Jemputan Regular

Yang di bawah ni pula kad jemputan regular yang sentiasa mendapat pilihan bakal pengantin sebelum ni. Yang ni semuanya Cik Kiz gunakan konsep dan design bunga bunga ya :-)

Design Kad Jemputan Regular

Design Kad Jemputan Regular

Design Kad Jemputan Regular

Design Kad Jemputan Regular
Cik Kiz tunjuk kan 8 design je tau kat post kali ni untuk design kad jemputan regular ni. Balance design yang lain tu u all boleh tengok kat website Kiz Wedding. Caranya klik kat sini (website Kiz Wedding ). Kesemua design kad jemputan regular Cik Kiz dah letak siap siap kat situ..

Kat dalam website Kiz Wedding pun Cik Kiz ada letak design untuk sebelah muka dalam kad jemputan. Selain tu u all juga boleh tengok saiz kad jemputan yang disediakan. Kesemuanya ada 4 saiz tau. Jangan risau ya semua design ni boleh dipilih untuk letak kat mana mana jenis saiz kad jemputan. Nak saiz kecil pun boleh nak saiz besar pun boleh..

Kad Jemputan Retro Saver


Haaaa.. Kad jemputan retro saver ni lah yang paling paling banyak sekali dapat tempahan di Kiz Wedding. Kalau dah dapat paling banyak tempahan maksudnya kad jemputan ni la yang paling trendy sekali di kalangan pengantin sekarang kan?

Ada lagi ke yang masih tak tau kad jemputan retro saver ni macam mana design nya? kalau tak tau tapi nak tau jom kita tengok satu persatu contoh design kad jemputan retro saver ni. Gambar nya di bawah ni ya :

Design Kad Jemputan Retro Saver

Design Kad Jemputan Retro Saver

Design Kad Jemputan Retro Saver

Design Kad Jemputan Retro Saver

Design kad jemputan retro saver ni memang diakui ada tarikannya yang tersendiri. Selain menampilkan konsep yang kemas, design kad jemputan retro saver ni juga sesuai digunakan untuk mana mana tema yang digunakan untuk majlis perkahwinan. 

So tak yah lah pening pening nak matching kan tema majlis perkahwinan dengan warna kad jemputan. Guna je kad jemputan retro saver ni confirm tak ada tetamu yang akan persoalkan tema majlis u all tak sama dengan kad jemputan yang mereka dapat.

Untuk desing kad jemputan retro saver ni Cik Kiz ada listkan 21 design kesemuanya di website Kiz Wedding. Untuk view kesemua design u all klik kat sini ya ( website Kiz Wedding ), Sama juga macam kad jemputan regular di atas. kesemua design kad jemputan retro saver ni boleh digunakan untuk kesemua saiz kad yang telah disediakan.


U all ada sebarang pertanyaan lain tak sekarang ni? Kalau ada pertanyaan boleh terus pm Cik Kiz kat facebook Kiz Wedding. Kalau u all terus pm sekarang Cik Kiz pun akan reply pm u all sekarang juga. Klik ke kat sini untuk pm Cik Kiz( Facebook Kiz Wedding )

Kad jemputan regular dan retro saver Cik Kiz dah bagi tau kat u all macam mana designnya. Untuk kad jemputan craft saver dan aqiqah pula Cik Kiz sambung kat next post ya.Insya Allah petang ni juga Cik Kiz akan update post untuk part 2. Klik sini untuk baca 4 jenis kad jemputan yang ada di Kiz Wedding ( Part 2 )


Apr 29, 2016

Contoh Design Kad Majlis Pernikahan Farah Dan Farid

Maaf ya semua dah seminggu dah Cik Kiz tak update blog ni so hari ni Cik Kiz decide tuk update lagi contoh design kad jemputan majlis pernikahan kali ni dari pasangan pengantin Farah dan Farid pula.

Untuk pasangan pengantin ni mereka buat 2 jenis kad kahwin tau. Yang untuk entry ni Cik Kiz akan tunjuk kad jemputan untuk majlis pernikahan mereka. Manakala untuk next entry, Cik Kiz akan tunjuk kad jemputan untuk majlis perkahwinan pula.

Contoh Design Kad Majlis Pernikahan Farah Dan Farid

Konsep Dan Design


Untuk konsep dan design kad majlis pernikahan kali ni, pasangan pengantin berminat untuk menggunakan design craft saver. U all tau kan kad jenis craft saver ni macam mana? Kalau ada yang tak pasti dan tak tau lagi meh Cik kiz bagi tau dulu ya.

Kad kahwin craft saver ni menggunakan konsep vintage dan menggabungkan warna hitam sebagai warna font dan di cetak di atas kertas warna coklat seperti kulit buku sekolah tau. Tetapi bukan lah kulit buku sekolah yang lembik tu ya. Kat Kiz Wedding ni Cik Kiz gunakan kualiti kertas yang tebal dan tahan lasak. Yang memang khas untuk buat kad kahwin.


Muka Depan Kad Majlis Pernikahan

Di sebelah atas muka depan kad majlis pernikahan ni Cik Kiz hias dengan design kerawang bunga. Cik Kiz guna warna putih sebagai warna kerawang adalah atas permintaan pengantin ya. 

Kebiasaannya untuk design craft saver ni Cik Kiz akan gunakan warna hitam sahaja tetapi atas permintaan pengantin yang inginkan kelainan pada kad kahwin dia maka warna kerawang bunga tu pun ditukar menjadi warna putih..

Di sebelah bawah kerawang pula Cik Kiz design kan sikit font " MAJLIS PERKAHWINAN" tu. U all boleh tengok kat gambar tau design nya macam mana. Manakala details lain seperti hari, tarikh dan tempat majlis pernikahan juga diletak sekali pada muka depan kad majlis pernikahan ni.

Muka Depan Kad Majlis Pernikahan

Muka Dalam Kad Kahwin


Cuba u all tengok pada gambar yang Cik Kiz dah upload kat bawah. U all perasan tak ada kelainan yang banyak pada design kad pernikahan ni? Hehe..Dah dapat kesan kelainannya?

Kalau dah dapat kesan baguslah tapi kalau tak perasan Cik Kiz kiz bagitau ya. Kat kad majlis pernikahan ni tak ada petak ke lokasi majlis pernikahan tau. Pengantin yang request tak nak letak peta sebab tak nak kad nampak serabut pada masa sama nak nampak simple jer..

Details lain yang diletak pada muka dalam kad kahwin adalah alamat majlis pernikahan, aturcara majlis, dan juga nama serta no telefon ayah kepada pengantin dan pengantin tu sendiri.



Muka Dalam Kad Majlis Pernikahan

Taraaaa.. Ini lah Design Nya Yang dah Siap... !!!




Ok tak design craft saver Kiz Wedding ni? kalau ok contact Cik Kiz ya. Cik Kiz bagi harga special je kat u all. Yang penting kena contact Cik Kiz sekarang tuk wat tempahan

Klik Sini tau untuk wat tempahan