Showing posts with label design kad kahwin. Show all posts
Showing posts with label design kad kahwin. Show all posts

May 2, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Dan Bunting Raikan Cinta Anas Dan Zulaiha

Walaupun hari ni ramai yang cuti sempena hari buruh semalam tapi Cik Kiz kena kerja tau sebab Cik Kiz nak update lagi contoh design kad kahwin dan buntung yang terbaru. Kali ni Cik Kiz dapat tempahan dari pasangan pengantin Anas dan Zulaikha yang sebenarnya melangsungkan hari perkahwinannya pada hari semalam. 

Special tau kalau u all ambil tarikh hari cuti macam hari buruh ni sebagai hari perkahwinan u all. Nanti nak sambut anniversary senang je.. Takyah amik cuti tuk celebrate.. Dah confirm2 cuti.

Lagipun yang bestnya kalau ambil hari cuti umum ni dan kebetulan pula jatuh pada hari Ahad dah senang dah nak tambah hari cuti kahwin sebab hari Isnin tu dah ditarik cuti hari Ahad. Owh ya utnuk pengetahuan u all hari buruh tahun ni jatu pada hari Ahad. Sebab tu la Cik Kiz cakap hari Isnin cuti..

Ok so Cik Kiz tanak bebel panjang lebar jom la tengok design kad kahwin dan bunting pasangan pengantin ni ya... :-)

Contoh Design Kad Kahwin Dan Bunting Raikan Cinta Anas Dan Zulaikha


Ok jom kita mulakan dulu dengan bunting k..

Konsep Dan Design Bunting


Untuk konsep dan design bunting kali ni Cik Kiz perlu match kan dengan design kad kahwin yang ditempah. Nak tengok  design nya macam mana kena baca sampai ruangan design kad kahwin la ya.

Yang kat bawah ni adalah contoh gambar yang diberikan oleh pengantin. Gambar ni gambar pre wedding diorang tau.


Gambar Asal Yang Diberikan Pengantin
So bila dah dapat gambar tu Cik Kiz terus jer crop masukkan ke dalam design bunting. Since pengantin request tuk letak gambar tu besar besar kat dalam bunting Cik Kiz pun crop sepenuhnya sampai muat dari tepi kiri bunting ke kanan bunting. Cik Kiz tak ada tinggalkan ruang walau sikit pun.

Hasil nya seperti kat gambar bawah ni ya.. :-)

Hasil Akhir Design Bunting YAng Dah Siap

Konsep Dan Design Kad Kahwin


Untuk konsep dan design kad kahwin pula pasangan pengantin Anas dan Zulaiha telah memilih untuk menggunakan design regular yang dah ada di Kiz Wedding. So Cik Kiz hanya perlu tukar beberapa details majlis perkahwinannya dan membuat lakaran peta yang baru sahaja.

Muka Depan Kad Kahwin


So ini lah dia design regular yang jadi pilihan pengantin. Kat muka depan Cik Kiz just tukar nama mereka dan tarikh majlis perkahwinannya sahaja.

Muka Belakang kad Kahwin


Yang gambar bawah ni pula adalah muka belakang kad kahwin. Di seelah kiri adalah details mengenai majlis seperti alamat,tarikh dan atur cara majlis. Selain itu details untuk turut mengundan dan juga no telefon untuk dihubungi juga diletakkan sekali..

Yang sebelah kanan kad kahwin lak adalah ruangan untuk lokasi pelan majlis. yang ni Cik Kiz akan lakar dulu pada kertas la untuk mengelakkan kesilapan berlaku. Jom Cik Kiz tunjuk lakaran peta pula..

Teruskan membaca ya... :-)


Lakaran Peta


Haaa.. ni lah da lakaran peta tu. Eh silap yang ni Cik Kiz tak buat sendiri tau tapi dah disiapkan sepenuhnya oleh pengantin. Best jer Cik Kiz rasa masa ni sebab suma details yang perlu ada dah disiapkan pengantin.

walaubagaimanapun Cik Kiz tak minta pelan yang dah siap tau untuk tempahan kad kahwin ni. Just lukis biasa2 kat atas kertas pun ok. Kalau u all datang walk in ke keai Kiz Wedding, Cik Kiz boleh lukiskan tuk u all pada waktu tu jugak.. :-)



Dan Inilah Dia Design Yang Dah Disiapkannn.. !!! 



Cantik juga kan design regular kad kahwin Kiz Wedding yang ni? kalau tak cantik takkan la ada yang wat tempahan kan?

So kalau u all pun nak tempah kad kahwin macam design kad kahwin dan bunting raikan cinta Anas dan Zalikha ni bolehla view dan pm facebook Kiz Wedding. Tinngalkan saja mesej u all then Cik Kiz akan balas laju2 ya.. ( Klik kat Sini untuk Pm )


Apr 30, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Haikal Dan Amalina

 Jom kita tengok lagi design kad kahwin kali ni dari pasangan pengantin Haikal dan Amalina pula. Alhamdulillah majlis perkahwinan mereka akan dilangsungkan pada hari ini, hari Sabtu 30 April 2016 di Batu Anam Segamat Johor.

Contoh Design Kad Kahwin Haikal Dan Amalina


Konsep Dan Design


Design yang dipilih oleh pasangan pengantin kali ni adalah design retro savers ya.Walau bagaimanapun design retro savers yang ni mempunyai corak sedikit di bahagian atas dan di bawah muka depan kad kahwin.

Jom kita lihat corak yang digunakan pada muka depan kad kahwin retro savers ini :



Muka Dalam Kad Kahwin


Gambar di bawah ini pula adalah design untuk sebelah muka dalam kad kahwin. Di sebelah kiri kad Cik Kiz letak details yang diperlukan untuk majlis manakala di selah kanan pula adalah peta lokasi ke majlis perkahwinan pengantin.

Jika dilihat pada kad kahwin ni, alamat majlis perkahwinan, aturcara majlis perkahwinan dan ruangan turut mengundang di letak kat sebelah kiri sekali ya. Manakala tarikh majlis perkahwinan dan no telefon untuk dihubungi diletak di sebelah tengah kad kahwin bersebelahan dengan peta lokasi majlis perkahwinan.


Lakaran Peta


Seperti biasa Cik Kiz akan membuat lakaran di atas kertas kosong dulu sebelum lukis di photoshop. Nak tau lakaran nya macam mana? lakarannya macam kat bawah ni la. Landmark yang penting dan bentuk jalan yang sebenar akan Cik Kiz pastikan betul sebelum Cik Kiz lukis yang betul2 punya kat dalam photoshop.




 Dan Ini lah Hasil kahir Design Yang Sudah Siap !!!


Cantik dan simple je kan design retro savers yang ni?Alhamdulillah CIk Kiz dapat siapkan design kali ni tepat pada masa yang dijanjikan. 

Di kesempatan ni Cik Kiz juga nak ucapkan terima kasih dan tahniah pada pasangan pengantin Haikal dan Amalina kerana berjaya disatukan cinta mereka dan pada masa sama menggunakan perkhidmatan Kiz Wedding untuk tempahan kad kahwin majlis perkahwinan mereka.

Semoga pengantin hidup bahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak cucu yang comel sentiasa :-)


Jadi kalau u all nak guna design retro savers macam kad kahwin Haikal dan Amalina ni jangan segan silu tuk om Cik Kiz ya. Link di sebelah ni link untuk facebook Kiz Wedding ( Klik Sini )

4 Jenis Kad Jemputan Yang Ada Di Kiz Wedding (Part 1)

Selamat pagi semua hari ni hari sabtu kan tiba masanya untuk Cik Kiz update post mengenai 4 jenis kad jemputan yang ada disediakan di Kiz Wedding. Semua kad jemputan ni Cik Kiz pecahkan kepada kad jemputan regular, kad jemputan retro saver, kad jemputan craft saver dan kad jemputan untuk majlis aqiqah.

Jom kita tengok contoh satu persatu untuk setiap design kad jemputan ni :-)

4 Jenis Kad Jemputan Yang Ada Di Kiz Wedding


Kad Jemputan Regular.


Ada 17 design kesemuanya yang disediakan oleh Cik Kiz untuk design kad jemputan regular ni. Kebanyakkan kad ni semua menggabungkan design yang berkonsepkan bunga taman dan warna background yang ceria dan kemas. Ada juga kad yang tidak menggunakan bunga sebagai design utama contohnya kad seperti di dalam gambar di bawah :

Design Kad Jemputan Regular

Design Kad Jemputan Regular

Design Kad Jemputan Regular

Design Kad Jemputan Regular

Yang di bawah ni pula kad jemputan regular yang sentiasa mendapat pilihan bakal pengantin sebelum ni. Yang ni semuanya Cik Kiz gunakan konsep dan design bunga bunga ya :-)

Design Kad Jemputan Regular

Design Kad Jemputan Regular

Design Kad Jemputan Regular

Design Kad Jemputan Regular
Cik Kiz tunjuk kan 8 design je tau kat post kali ni untuk design kad jemputan regular ni. Balance design yang lain tu u all boleh tengok kat website Kiz Wedding. Caranya klik kat sini (website Kiz Wedding ). Kesemua design kad jemputan regular Cik Kiz dah letak siap siap kat situ..

Kat dalam website Kiz Wedding pun Cik Kiz ada letak design untuk sebelah muka dalam kad jemputan. Selain tu u all juga boleh tengok saiz kad jemputan yang disediakan. Kesemuanya ada 4 saiz tau. Jangan risau ya semua design ni boleh dipilih untuk letak kat mana mana jenis saiz kad jemputan. Nak saiz kecil pun boleh nak saiz besar pun boleh..

Kad Jemputan Retro Saver


Haaaa.. Kad jemputan retro saver ni lah yang paling paling banyak sekali dapat tempahan di Kiz Wedding. Kalau dah dapat paling banyak tempahan maksudnya kad jemputan ni la yang paling trendy sekali di kalangan pengantin sekarang kan?

Ada lagi ke yang masih tak tau kad jemputan retro saver ni macam mana design nya? kalau tak tau tapi nak tau jom kita tengok satu persatu contoh design kad jemputan retro saver ni. Gambar nya di bawah ni ya :

Design Kad Jemputan Retro Saver

Design Kad Jemputan Retro Saver

Design Kad Jemputan Retro Saver

Design Kad Jemputan Retro Saver

Design kad jemputan retro saver ni memang diakui ada tarikannya yang tersendiri. Selain menampilkan konsep yang kemas, design kad jemputan retro saver ni juga sesuai digunakan untuk mana mana tema yang digunakan untuk majlis perkahwinan. 

So tak yah lah pening pening nak matching kan tema majlis perkahwinan dengan warna kad jemputan. Guna je kad jemputan retro saver ni confirm tak ada tetamu yang akan persoalkan tema majlis u all tak sama dengan kad jemputan yang mereka dapat.

Untuk desing kad jemputan retro saver ni Cik Kiz ada listkan 21 design kesemuanya di website Kiz Wedding. Untuk view kesemua design u all klik kat sini ya ( website Kiz Wedding ), Sama juga macam kad jemputan regular di atas. kesemua design kad jemputan retro saver ni boleh digunakan untuk kesemua saiz kad yang telah disediakan.


U all ada sebarang pertanyaan lain tak sekarang ni? Kalau ada pertanyaan boleh terus pm Cik Kiz kat facebook Kiz Wedding. Kalau u all terus pm sekarang Cik Kiz pun akan reply pm u all sekarang juga. Klik ke kat sini untuk pm Cik Kiz( Facebook Kiz Wedding )

Kad jemputan regular dan retro saver Cik Kiz dah bagi tau kat u all macam mana designnya. Untuk kad jemputan craft saver dan aqiqah pula Cik Kiz sambung kat next post ya.Insya Allah petang ni juga Cik Kiz akan update post untuk part 2. Klik sini untuk baca 4 jenis kad jemputan yang ada di Kiz Wedding ( Part 2 )


Apr 29, 2016

Contoh Design Kad Majlis Pernikahan Farah Dan Farid

Maaf ya semua dah seminggu dah Cik Kiz tak update blog ni so hari ni Cik Kiz decide tuk update lagi contoh design kad jemputan majlis pernikahan kali ni dari pasangan pengantin Farah dan Farid pula.

Untuk pasangan pengantin ni mereka buat 2 jenis kad kahwin tau. Yang untuk entry ni Cik Kiz akan tunjuk kad jemputan untuk majlis pernikahan mereka. Manakala untuk next entry, Cik Kiz akan tunjuk kad jemputan untuk majlis perkahwinan pula.

Contoh Design Kad Majlis Pernikahan Farah Dan Farid

Konsep Dan Design


Untuk konsep dan design kad majlis pernikahan kali ni, pasangan pengantin berminat untuk menggunakan design craft saver. U all tau kan kad jenis craft saver ni macam mana? Kalau ada yang tak pasti dan tak tau lagi meh Cik kiz bagi tau dulu ya.

Kad kahwin craft saver ni menggunakan konsep vintage dan menggabungkan warna hitam sebagai warna font dan di cetak di atas kertas warna coklat seperti kulit buku sekolah tau. Tetapi bukan lah kulit buku sekolah yang lembik tu ya. Kat Kiz Wedding ni Cik Kiz gunakan kualiti kertas yang tebal dan tahan lasak. Yang memang khas untuk buat kad kahwin.


Muka Depan Kad Majlis Pernikahan

Di sebelah atas muka depan kad majlis pernikahan ni Cik Kiz hias dengan design kerawang bunga. Cik Kiz guna warna putih sebagai warna kerawang adalah atas permintaan pengantin ya. 

Kebiasaannya untuk design craft saver ni Cik Kiz akan gunakan warna hitam sahaja tetapi atas permintaan pengantin yang inginkan kelainan pada kad kahwin dia maka warna kerawang bunga tu pun ditukar menjadi warna putih..

Di sebelah bawah kerawang pula Cik Kiz design kan sikit font " MAJLIS PERKAHWINAN" tu. U all boleh tengok kat gambar tau design nya macam mana. Manakala details lain seperti hari, tarikh dan tempat majlis pernikahan juga diletak sekali pada muka depan kad majlis pernikahan ni.

Muka Depan Kad Majlis Pernikahan

Muka Dalam Kad Kahwin


Cuba u all tengok pada gambar yang Cik Kiz dah upload kat bawah. U all perasan tak ada kelainan yang banyak pada design kad pernikahan ni? Hehe..Dah dapat kesan kelainannya?

Kalau dah dapat kesan baguslah tapi kalau tak perasan Cik Kiz kiz bagitau ya. Kat kad majlis pernikahan ni tak ada petak ke lokasi majlis pernikahan tau. Pengantin yang request tak nak letak peta sebab tak nak kad nampak serabut pada masa sama nak nampak simple jer..

Details lain yang diletak pada muka dalam kad kahwin adalah alamat majlis pernikahan, aturcara majlis, dan juga nama serta no telefon ayah kepada pengantin dan pengantin tu sendiri.



Muka Dalam Kad Majlis Pernikahan

Taraaaa.. Ini lah Design Nya Yang dah Siap... !!!




Ok tak design craft saver Kiz Wedding ni? kalau ok contact Cik Kiz ya. Cik Kiz bagi harga special je kat u all. Yang penting kena contact Cik Kiz sekarang tuk wat tempahan

Klik Sini tau untuk wat tempahan

Apr 21, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Fatihin Dan Edward

Jangan terkejut tau dengan nama pengantin pada contoh design kad kahwin fatihin dan edward ni. Fatihin tak kahwin dengan Mat Salleh ya.. Nanti kat bawah Cik Kiz  btau nma sebenar Edward ni dan siapa dia. Teruskan membaca tau.

Contoh Design Kad Kahwin Fatihin Dan Edward


Konsep Dan Design


Fatihin pada mulanya survey kad kahwin Kiz Wedding ni dalam intagram tau. Disebabkan tertarik dengan contoh design Nadya Dan Adib yang Cik Kiz buat kan sebelum ni terus je Fatihin contact Cik Kiz. Alhamdulillah semakin lama semakin ramai yang suka dengan design Kiz Wedding ni. "-)

Kalau u all nak tengok design design lain yang ada kat Kiz wedding ni boleh lah tengok gak kat instagram Kiz Wedding. Hari hari Cik Kiz ada update design terbaru yang ditempoah oleh client.

Contoh Design Dari Instagram Kiz Wedding

 Muka Depan Kad Kahwin


Ok kat muka depan kad kahwin ni Cik Kiz just tukar nama pengantin dan tarikh majlis nya sahaja. Jenis font dan warna font juga Cik Kiz kekalkan sama macam sebelum ni ya.

Muka Depan Kad Kahwin



 Muka Belakang Kad Kahwin


Yang muka belakang kad kahwin pun Cik Kiz masih kekalkan design yang sama. Size, warna dan jenis font pun Cik Kiz kekalkan juga. Tapi macam iasa lah ya, details majlis perkahwinan tu Cik Kiz tukar la..hehe..

Alamat majlis pernikahan Fatihin dinuat kat masjid negeri Selangoor tau. Cik Kiz suka idea ni. kalau tak silap Cik Kiz dah ada pakej katering yang disiapkan sekali untuk mana mana pengantin yang nak wat majlis pernikahan dia kat masjid negeri ni.

So takyah susah susah lepas nikah nak kena g rumah pengantin pula untuk menjamu selera. Terus je makan kat masjid tu. Semakin mudah kan nak wat majlis pernikahan kat masjid sekarang ni?

Lakaran Peta


Kalau masjid negeri Shah Alam memang tak susah lah nak cari. Sebab kat tengah tengah bandar kan. Sign board nak ke sana pun banyak dan dari jauh lagi dah nampak masjid tu. walau bagaimana pun Cik Kiz tetap letakkan landmark yang penting sebagai rujukan tetamu yang nak hadir. Antaranya macam mana nak pergi ke masjid tu selepas keluar dari federal highway dan tol batu 3.

Muka Belakang Kad Kahwin

Inilah Hasil Akhir Designnya Yang Dah Siap


Design Yang Dah Siap

Jika ada bakal pengantn yang berminat nak buat design kad kahwin ni sama macam Fatihin dan Edward boleh lah pm Cik Kiz di facebook Kiz Wedding ya.( Klik Sini )

Owh ya lupa lak nak Cik Kiz nak btau nama sebenar pengantin lelaki ni Edward Dareus Lee tau. Jangan tanya Cik Kiz lak dia ni keturunan apa. Tapi rasa rasa nya mesti lah chinese kan? Sebab ada nama family Lee kat situ 

Ok jangan lupa tau pm Cik Kiz lau nak tempah kad kahwin. Insya Allah pakej yang terbaik Cik Kiz bagi kat u all..:-)

Apr 19, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Wan Yushairi Dan Wan Mukminah

Selamat tengah hari kepada suma pembaca Kiz Wedding hari ni cik Kiz berkesempatan nak tunjuk kat u all contoh design kad kahwin Wan Yushairi Dan Wan Mukminah pulak ya.. Alhamdulillah pasangan pengantin ni akan melangsungkan perkahwinannya di Taman Chenderang Kuala Terengganu, Terengganu. 

Jom kita review sama sama design kad kahwin kali ni :-)

Contoh Design Kad Kahwin Wan Yushairi Dan Wan Mukminah


Konsep Dan Design


Lagi sekali design retro ni jadi pilihan pasangan pengantin walaupun majlis kali ni akan dibuat di Terengganu. Nampaknya design retro Kiz wedding ni dah sampai ke pegetahuan irang irang kat pantai timur sana. Alhamdulillah Kiz Wedding dah berjaya tembus pasaran untuk tempah kad kahwin kat sana juga.. 

Kalau u all nak tau wat masa ni Cik Kiz dapat berpuluh puluh tempahan dalam masa seminggu hanya untuk design retro ni tau. Terima kasih Cik Kiz ucapkan kepada client Cik Kiz kerana menggunakan perkhidmatan Kiz Wedding untuk tempahan kad kahwin anda :-)

Ok tanpa buang masa jom kita tengok satu satu gambar design kad kahwin retro kali ni.

Untuk muka depan kad kahwin ni client Kiz minta untuk gunakan warna hitam sebagai background. Manakala untuk muka belakang pula warna putih digunakan sebagai warna background untuk gambaran peta dan lokasi majlis perkahwinan.

U all boleh tengok gambar design nya kat bawah ni ya:

Yang gambar ni untuk majlis sebelah pengantin perempuan tau. Jangan confuse lak dengan gambar yang sebelah di bawah. Yang kat bawah tu untuk design majlis sebelah pengantin lelaki.

Mereka deside tuk gunakan design yang sama cuma tukar details seperti nama bu bapa pengantin, alamat majlis perkahwinan dan tarikh perkahwinan jer.. Yang lain suma sama..

Cantik tak lakaran peta yang Cik Kiz buat? Apa yang specialnya kat lakaran peta kad kahwin Kiz Wedding ni adalah Cik Kiz akan highlightkan dan buat tanda arah besar besar untuk lokasi majlis tu. U all boleh nampak kan macam dalam gambar ni?

Bila dah highlight besar besar camtu senang lah tetamu u all jumap masa nak datang majlis perkahwinan u all nanti.. Kan??? :-)


Yang gambar bawah ni untuk majlis sebelah pengantin lelaki ya. Sama je kan design nya? Nanti masa majlis perkahwinan u all pun Cik Kiz nak suggestkan wat design sama jer.. Senang tak yah pikir pikir nak wat design berlainan. lagipun design style retro ni selamat sikit, boleh match dengan apa apa warna tema majlis perkahwinan u all nanti..

Lagi satu sebab nya adalah Cik Kiz tak nak u all rambang mata bila dah tengok design yang dah ada kat Kiz Wedding ni. Lau dah tengok banyak banyak desing confirm u all susah nak decide nak guna design apa nanti. hehe..



Taraaaaa... Ini Lah Hasil Designnya Yang Dah Siap... :-)



Ada ker yang nak design retro ni? Kemas dan nampak elite je kan design ni? So jangan ragu ragu lagi dengan kualiti Kiz Wedding. pastinya Cik Kiz akan bagi perkhdmatan yang terbaik tuk u all.. 100 % dijamin kualiti terbaik..

pm Cik Kiz kat facebook Kiz Wedding sekarang tau! (klik sini)

Apr 15, 2016

Kad Kahwin Digital Akan Menggantikan Kad Kahwin Tradisional?

Nampaknya dunia digital sekarang dah semakin mendapat perhatian golongan muda dan bukti nya sampai kad kahwin pun dah ada yang digital tau. Hmmm Macam mana rupa kad kahwin digital ni? Cik Kiz bet mesti ramai yang tak tau kan? Sebenanr nya sama la ngan kita.. Cik Kiz pun baru tau gak pasal kad lahwin digital ni.. Hikhikhik.. :-)

Kad Kahwin Digital Akan Menggantikan Kad Kahwin Tradisional?


Meh Cik Kiz terangkan serba sikit pasal kad kahwin digital ni dulu. Kad kahwin ni kira nya digunakan untuk menjemput tetamu melalui aplikasi fon. Antara keunikan dan kelainan yang ada kat kad kahwin digital ni adalah ia mempunyai slider gambar, boleh countdown tarikh majlis perkahwinan u all dan juga ada guest book tetamu yang akan hadir. Yang guest book ni link ngan facebook gak tau macam kita biasa wat event RSVP tu..

Selain tu kad kahwin digital ni dah siap siap letak peta lokasi ke majlis perkahwinan. So u all takyah susah2 nak search atau taip alamat dan kordinat peta, Just click je kat situ dan dia akan automatik pergi ke google maps atau pun waze. Mudah kan?

Contoh kad kahwin digital ni u all boleh tengok kat gambar bawah ni ya :

Kad Kahwin Digital

Kad Kahwin Digital

Kelebihan Kad Kahwin Digital


Well....bila sekali tengok memang nampak gempak giler kan kad kahwin macam ni. Cik Kiz gerenti kalau u all wat kad kahwin macam ni memang femes la u all.. nak tau sebab apa? Ya la.. kan tak ramai lagi yang wat macam ni.. Biasanya kalau invite kawan kawan tuk zaman sekarang ni just guna facebook atau whatsapp group jer.. Takde nak yang canggih canggih camni.. Tapi kalau u all guna kad kahwin digital ni komfem2 tindakan u all akan jadi perbuakn hebat di antara kawan sekolah dan tempat keje u all..

Pada masa sama fungsi auto gps tuk terus guna kat google maps dan waze tu memang jadi kelebihan kad kahwin digital ni. Cik Kiz suka juga sebab dapat memudahkan tetamu datang ke majlis yang dijemput.. Sebab kadang kadang Cik Kiz pun terpusing pusing sampai 5-6 kali nak cari umah kawan Cik Kiz masa diorang kahwin..

Kesimpulannya siapa yang menjadi di antara pertama yang pakai kad kahwin digital ni mesti rasa bangga dan megah.. tapi jangan sampai terlebih eksen lak ya.. Silap2 lau advance sangat ni jadi bualan tak elok lak dari orang lain :-)

Kelemahan Kad Kahwin Digital


Kelemahan kad kahwin ni adalah yang pertamanya dari segi kesopanan dan etika tuan rumah tu sendiri. Walaupun dah guna kad kahwin ni jangan lah lupa... adalah lebih baik guna kad kahwin yang biasa untuk menjemput saudara mara, jiran jiran dan kawan baik u all. Kalau untuk kawan kawan yang jauh tu ok je pakai kad kahwin digital. tapi yang mana dekat dekat tu lebih elok la kalau diserah sendiri kad kahwin anda dengan menggunakan tangan anda sendiri.

Macam tuk sedara mara dan jiran lagi lah memang tak boleh terus guna kad kahwin digital ni. Risau jadi bualan teruk nanti dari diorang, Sebab lau untuk orang terdekat ni kita kena ada adab sopan masa jemput diorang. Kalau zaman 90 an dulu memang tuan rumah kena pergi dari satu ke satu rumah yang hendak dijemput. So jangan ambil risiko ya nak jemput sedara mara dan jiran terdekat tapi tak pakai kad kahwin yang macam biasa jer....

Selain tu kelemahan kad kahwin ni adalah dari segi kosnya.. Macam yang Cik Kiz cakap lau u all wat kahwin digital ni u all still kena wat gak kad kahwin yang biasa. So kat situ dah ada double kos. kahwin2 ni tak le membazir kan? hehe..

Tapi nanti lau Cik Kiz pun dah jual kad kahwin digital ni boleh je tempah dengan Kiz Wedding. Wat masa sekarang ni jangan pakai kad kahwin digital. pakai yang macam biasa je.. Ok?

Kalau ok... Meh wasap atau pm Cik Kiz ya.. caranya klik kat sini je.. Cik Kiz akan cepat cepat respon kat u all. :-)

Apr 14, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Khalis Dan Hajar

Selamat petang semua Cik Kiz ucapkan ni Cik Kiz update lagi contoh design kad kahwin kali ni untuk pasangan pengantin Khalis dan hajar pula. Majlis perkahwinan  mereka akan dilangsungkan di Jementah Segamat Johor. yang ni majlis sebelah pihak pengantin lelaki tau. Walaupun sebelah pengantin lelaki, design yang diminta pun bukan calang calang tau.

Ok jom kita review design kad kahwin yang ni lak.....

Contoh Design Kad Kahwin Khalis Dan Hajar

Konsep Dan Design

Agak agak u all design yang macam mana jadi pilihan pasangan pengantin ni? jangan terkezut kalau design hitam dan putih ni lagi sekali mendapat tempat di hati mereka. Trend kad kahwin retro saver ni memang paling ramai gler r orang tempah sekarang. Cuma design kad muka depan kad kahwin tu je yang beza beza. Contohnya macam kat gambar bawah ni :

Design Muka Depan Kad Kahwin

Haaa.. yang ni lagi la unik sebab kerawang tu memang macam kerabat diraja sikit. hehe.. Nama pengantin pun hanya diletak huruf depan nama jer.. Macam khalis tu letak huruf "K" dan nama Siti Hajar diletak huruf "S'.

Manakala ucapan "Raikan Cinta" dilatak di selah atas dan tarikh majlis pula di sebelah bawah kad kahwin.

Muka Dalam Kad Kahwin

Yeah.. happy Cik kiz lau dapat peta yang simple simple ni. Macam semalam punya design kat Puchong memang agak berselirat la. Tapi yang ni memang best, Senang je nak cari rumah pengantin nya. Landmark yang ada pun tak susah nak cari.

Untuk details lain u all boleh refer pada gambar kat bawah ya. Macam biasa susunan details Cik Kiz letak kat sebelah tepi kiri dan peta kat sebelah kanan.




Design Muka Dalam Kad Kahwin

Design Stamp Yang Di Tempah.


U all dah tau kan apa fungsi stamp ni.. Ok yang tak tau tu Cik kiz terangkan sekali lagi. Stamp ni kegunaannya adalah untuk mencantikkan dan menghiaskan lagi sampul kad kahwin tu nanti. 

Sampul yang biasa tu kosong je kan takde pape design? So kalau dah cop guna stamp ni nampak cantik lagi la sampul kad kawhwin tu. Tetamu yang terima kad kahwin ni pun akn rasa excited tuk datang majlis u all :-)

Design Stamp

 Dan... Ini Lah Hasilnya......!!!


 So ini lah design yang Kiz dah siapkan untuk pasangan Khalis Dan Hajar. nampak elite je kakn guna kerawang dan jata ala ala kerabat diraja ni?


If u all nak Cik Kiz designkan kad kahwin u all macam design ni gak bolehlah pm Cik Kiz sekarang kat Kiz Wedding. U all pm je sekarang dan terus je CIk Kiz siapkan. Hehe

Tuk Pm Cik Kiz klik kat sini ya ! ( Klik Sini )

Apr 13, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Raikan Cinta Nabilla & Haziq

Maaf ya semua dah 3 hari juga Cik Kiz tak update contoh design terbaru tuk kak kahwin. Cik Kiz busy sikit nak kejar masa tuk siapakan order kad kahwin yang lain dengan yasin custome made sekali. Yela sekarang kan dah masuk bulan april memang ramai yang berpusu pusu nak wat tempahan terutamanya kat doorgift yasin custom made tu.

Ok berbalik pada contoh kad kahwin la ya. kalau tak melalut la Cik Kiz cakap benda lain lak.
Kali ni kad kahwin ni ditempah oleh pasangan pengantin Nabilla dan Haziq yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada hari Ahad 31 July 2016.

Contoh Design Kad Kahwin Raikan Cinta Nabilla & Haziq


Konsep dan Design


Haaaa... lagi sekali konsep hitam dan putih menjadi pilihan pasangan pengantin ni. Memang orang orang bandar sukakan idea kombinasi warna macam ni eh? :-)

So Cik Kiz pun buat la dua contoh design untuk muka depan kad kahwin tu.. yang design 1 kat bawah ni Cik Kiz guna konsep bunga bunga sikit. Yang ni bunga tulip tau. Tapi tak ada warna warni ya. Semua warna bunga ni warna putih. manakala warna background dia lak warna hitam.


Yang kat bawah ni design kedua lak Cik Kiz wat untuk muka depan kad kahwin tu. So still ada corak bunga cuma Cik Kiz just hightlight kan line kat bunga tu je dengan warna hitam/kelabu. Background nya Cik Kiz pilih untuk kekalkan warna putih.

Manakala untuk warna font "Majlis perkahwinan", Nama pengantin, dan tarikh majlis perkahwinan pula ditetapkan dengan warna hitam.



Lakaran Peta


Lagi satu tugas yang mencabar telah diberikan kepada Cik Kiz :-)

Maklum lah kalau duk kat kawasan bandar memang macam kat bawah ni la petanya. Jarak antara landmark dengan rumah memang jauh. So dengan hati yang tenang Cik kiz tarik nafas dan mulakan cubaan untuk resize balik peta ni untuk diletak dalam muka dalam kad kahwin tu nanti.


1st step yang Cik kiz buat sebelum letakkan peta ni adalah lengkapkan dulu details yang penting masuk kat muka dalam kad kahwin. U all boleh tengok kat gambar tu. ni dah siap masuk suma details macam alamat, nama pengantin dan juga atur cara majlis.

Pastu Cik Kiz cuba cari ruang yang sebesar mungkin kat sebelah kanan tu.

Taraaaaa.. Alhamdulillah muat pun peta nya bila dimasukkan. Cuma maaflah nama landmark tu suma Cik kiz terpaksa kecikkan sikit supaya nampak kemas dan tersusun. Tapi u all masih boleh baca je kan nama landmark nya?


Design Yang Menjadi Pilihan Pengantin.


Hehehe.. design 1 la for sure menjadi pilihan Nabilla & Haziq. Sebab lau guna warna hitam sebagai warna background memang smart. Nampak kad kahwin ni ekslusif dan penuh dengan warna.


So lau ada bakal pengantin yang kat bandar dan pada masa sama peta nak pergi rumah u all tu besar macam contoh design kad kahwin raikan cinta Nabilla & Haziq ni, jangan malu segan untuk contact Cik kiz ya ( Klik Sini )

Yang nak kahwin bulan November ngan Disembar pun dah boleh start usha usha design yang ada kat Kiz Wedding.. ok??!!! :-)



Apr 8, 2016

Koleksi Kad Kahwin Artis Yang Paling Glamour

Sape pernah tengok koleksi kad kahwin artis yang popular?U all rasa gempak tak kad kahwin diorang?Mesti lah gempak kan.. Cik Kiz pernah pergi satu ekspo perkahwinan kat SACC Mall. Tak ingat dah tahun bila.. Ada la satu booth tu pamerkan contoh kad kahwin yang artis buat. kalau tak silap Cik Kiz masa tu Nabil Ahmad baru je lepas wat majlis persandingan kat ICT Shah Alam.. Memang terkejut la tengok kad kahwin Nabil wey.. Siap ada hard cover bagai.. :-p

Koleksi Kad Kahwin Artis Yang Paling Glamour


1)Rozita Che Wan Dan Zain Saidin


Che Ta Dan Zain ada buat 2 jenis kad kahwin tau. Satu jemputan untuk majlis pernikahan dan satu lagi kad untuk majlis resepsi. Siap asing2 tau.. Class sangatttt Che Ta dengan Zain.. yang kat bawah ni Cik Kiz ambil gambar rujukan dari budiey.com ya. 


2) Nabil Ahmad Dan Nazira Ayub


Hahaha.. Menarik tak kad kahwin Nabil dan Nazira? NI kalau Cik Kiz yang dapat jemputan ni memang menangis Cik Kiz. Cantik sangatttt... Macam Cinderella dah Nazirah.. Mesti Nabil ni sorang yang romantik kan?


3) Hanez Suraya


Walaupun Hanez banyak mengundang kontoversi sebelum majlis perkahwinan dia, Cik Kiz tetap nak pilih kad kahwin Hanez jugak. Sebab apa? U all tengok kat kad kahwin dia. Siap bunga lagi tau.. dan diletak kemas dalam kotak lagi.. Penggunaan warna dan font juga sangat bersesuaian untuk majlis perkahwinan.


4) Sam Dan Syatilla


Kad kahwin Sam dan Syatilla pun tak kurang hebatnya. Sangat eksklusif sebab kat tengah tengah tu hanya khas untuk letak gambar mereka. Pemilihan warna kad juga sangat bagus, tidak terlalu menyerlah dan menampakkan kesesuaian dengan baju yang dipakai. Secara tak langsung sangat menonjolkan gambar mereka. Tapi macam banyak je yang ditulis kat lipatan sebelah kanan tu? Agak agak u all apa ya? Syair cinta ker???


Yang penting Cik Kiz memang sangat kagum dengan rekaan dan design koleksi kad kahwin artis yang glamour kat Malaysia macam mereka ni. Satu hari nanti Cik Kiz nak dapatkan at least satu tempahan kad kahwin dari artis setiap minggu.

Artis artis yang baca post Cik Kiz ni boleh whatsapp dan pm Cik kiz kat facebook Kiz Wedding Tau!






Apr 7, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Terbaru Untuk 2 Pasangan Pengantin Serentak

Hari ni Cik Kiz nak tunjuk contoh design kad kahwin khas untuk bakal pengantin yang nak wat serentak dengan adik beradik yang lain. Kira nya dalam majlis tu nanti ada 2 pasangan pengantin la kan? Best kan wat camni.. Banyak tau leh jimat. Kira kos nak wat majlis tu dapat jimat 2 kali ganda la kan. Fuhhh,, Jimat jimat.. :-)

Contoh Design Kad Kahwin Terbaru Untuk 2 Pasangan Pengantin Serentak


Konsep Dan Design


Wargh.. kali ni corak urat pada katu pula jadi pilihan buat pasangan pengantin ni. Cik Kiz suka ngan nama pengantin perempuan Fazella da Fadella. Sangat unik nama nya. Mesti ramai kawan yang senang ingat bila dapat nama macam ni..

Kat muka depan kad kahwin pengantin pilih untuk memudahkan tetamu yang nak datang nanti dengan letak alamat lengkap terus, paling best perkataan negeri " SELANGOR"  tu dibesarkan.. ni mesti sayang sangak kat negeri selangor ni..Siapa yang tak sayang negeri sendiri kan?

Nak lagi best tarikh majlis ngan hari majlis pun diletak kat tepi alamat dengan menggunakan saiz font yang besar juga. Ni kalau ada tetamu yang boleh lupa tarikh nya pun Cik Kiz tak tau la nak cakap apa.. dah cukup besar dah pada Cik Kiz Saiz font nya tu..

Owh ya. Masa untuk atur cara majlis pun diletak kat depan.. Cik Kiz suspect family pengantin ni mesti dah biasa buat event. Sebab tu perkara yang penting mengenai majlis ni di letak kat depan suma..

Untuk gambar simbol cinta, pengantin pilih tuk letak sepasang cincin, Satu ada berlian satu cincin tak ada berlian.. Yang penting cincin ni kalau u all perasan diikat bersama untuk menandakan pasangan ini akan disatukan pada hari yang penuh bermakna tu nanti.. huish..sweet sangat kannnn..


Design Muka Depan kad Kahwin

Lakaran Peta


Peta kali ni memang mencabar Cik Kiz. Sebab sample peta yang dibawa oleh pengantin besar sangat.. landmark jauh jauh gak sumanya. Tapi takpe yang penting arah jalan tu Cik Kz settle kan dulu.. Nampak kan yang mana? Alaaa.. yang Cik Kiz tanda dengan pen biru tu..

Lakaran Peta

So akhirnya Cik Kiz minimize kan sikit lakaran peta tu. Lau tengook kat gambar bawah Cik Kiz kemas kan dan ambil landmark yang berdekatan. Landmark yang berdekatan ada Aeon Jusco Insya Allah dengan berpandukan Aeon Jusco ni je tetamu dah senang cari lokasi majlis pengantin..

Muka Belakang Kad Kahwin

Dan Lihat hasilnya


Cantik tak design kali ni? Simple tapi kemas kan?


Nak dapatkan contoh design kad kahwin untuk 2 pasangan serentak pun dah ada kat Kiz Wedding. Cara nya just pm Cik Kiz (Klik Sini tau)