Dec 11, 2012

5 Tips Membuat Tempahan Kad Kahwin

Kad Kahwin merupakan antara elemen penting dalam suatu majlis perkahwinan. Biarpun teknologi makin maju, makin moden, keistimewaan nya tetap tersendiri. Tetap utuh di hati bakal- bakal pengantin untuk menjemput tetamu istimewa.

Kemunculan rekaan yang unik, cantik dan terkini memang membuatkan pelanggan boleh rambang mata. Jadi sebelum u oll nak beli kad kahwin tu, meh tengok tips best dari Kami sendiri.

1. Saiz dan Bajet 




Saiz dan bajet anda merupakan antara perkara penting yang perlu di titikberatkan. Anda di sarankan  memlih saiz standar kerana ia bukan sahaja menjimatkan wang, malah tidak memerlukan bajet yang tinggi ketika membuat tempahan kad kahwin.

Jika mahir buntu atau konfius kat mana nak cari Kad Kahwin Murah dan berbaloi disamping "tak lari bajet", anda boleh membuat tempahan disini. Harga & Pakej yang diberikan sangat berbaloi.


2. Idea


Sebelum menempah kad kahwin, pastikan anda melakukan sedikit rujukan kad pilihan anda bagi mendapatkan idea dan arah tuju dalam menempah kad kahwin anda. Ada beberapa cara yang bagus untuk membuat rujukan, antaranya :

A. Melakukan kajian di Google Search dengan keyword yang berkaitan dengan Kad Kahwin yang anda mahu. Contohnya jika anda mahukan Kad Kahwin jenis Elegent, anda hanya perlu search di Google Image tadi, "Kad Kahwin Elegent".

B. Kumpulkan kembali semua Kad Jemputan Kahwin yang anda dapat daripada kawan-kawan, saudara dan sebagainya. Kemudian barulah anda boleh jumpa idea-idea menarik untuk Kad Jemputan Kahwin anda.

C. Berhubung dengan designer & beritahu apa konsep & style yang kita mahukan untuk dibuat dengan sedikit upah design (biasanya upah design dalam RM40-RM100).

D. Ataupun anda boleh terus membuat Tempahan Kad Kahwin murah dan mengikut idea anda sendiri tanpa perlu membayar upah design disini.

3. Info / Maklumat

Info, alamat, butiran terkini yang lengkap untuk di masukkan ke dalam kad kahwin haruslah di kumpulkan bagi mengelakkan sebarang kesukaran tetamu yang hadir ke majlis anda. Pastikan info yang diberikan tidak terlalu padat dan tak jugak terlalu ringkas.

4. Tempah Awal

Tempah awal untuk mengelakkan anda kelam kabut. Berbincang dulu dengan keluarga dan pasangan. 3 -4 bulan sebelum majlis seelok-eloknya anda patut berjumpa dengan designer kad kahwin anda.

Sebagai langkah untuk menjaga pelanggan kami, Kiz juga tidak menerima tempahan yang terlalu lambat dari tarikh perkahwinan mereka.

5. Senarai Semak Tetamu

Sebaik-baiknya, buatlah senarai semak tetamu yang bakal hadir bagi mengelakkan pembaziran tempahan kad. Ini kerana bahagian Kad Kahwin adalah antara bahagian yang paling banyak modal perlu dikeluarkan selepas bajet untuk kenduri, pelamin & photography.



Mungkin ada antara anda yang sudah hampir dengan tarikh perkahwinan anda tapi masih belum membuat tempahan? 
Anda Boleh terus membuat tempahan dengan kami.Menyediakan Kad Kahwin Murah lagi berbaloi.
-Elakkan pembaziran

[Lihat Pakej Tempahan Kad Kahwin : disini]

ATAU

Tanya terus kepada Kiz,
017-7323183 (Kiz)
reifhankiz@gmail.com

4 comments:

Icah Banjarmasin said...

Elok sekali tu ka..

BTS said...

bagus checklist ni

percetakan sumber bahagia said...

idenya mantapppp...

cik nur said...

haiii nice tips and nur dah follow blog nie :)and thanks cz drop by kat blog nur ..nnt jemput la datang lagi hehehe