Mar 21, 2016

Contoh kad Kahwin Atiqah dan Nizam

Selamat pagi hari ni ni Cik Kiz nak tunjuk satu lagi contoh design kad kahwin.Client kali ni namanya Atiqah dan Nizam.

Contoh kad kahwin Atiqah dan Nizam

Ok ni gambaran majlis perkahwinan yang akan dibuat nanti..
Tarikh  pada 9 Oktober 2016 bersamaan dengan 7 Muharran 1438 Hijrah
bertempat di Hotel Crystal Crown,Persiaran Raja Muda Musa Port Klang Selangor.
Kad Kahwin Atiqah Dan Nizam

Peta Majlis perkahwinan

Salah satu proses yang terawal sebelum design sepenuhnya kad kahwin adalah membuat lakaran pelan lokasi majlis.Lakaran ni sangat penting supaya Cik Kiz dapat gambaran yang sangat jelas sebelum lukisnya ke dalam photoshop.

Nampak tak macam mana Cik Kiz lukis pelan tu?herot berot suma ada.Jalan besar jalan kecik pun ada.hehe..

Kad Kahwin Atiqah dan Nizam

 Gambar yang kat bawah ni lah pelan lokasi yang Cik Kiz dah siap kan.Dah edit betul2 nampak cantik dan kemas je kan?

      Dalam pelan lokasi ni Cik Kiz sangat menitik beratkan penggunaan gambar yang simple tapi dapat memudahkan tetamu untuk datang ke majlis perkahwinan tu nanti.

Contoh contoh nya adalah :
1)Masjid 
2)Sekolah
3)Hospital
4)Kompleks sukan
5)Polis trafik dan
6)Lampu Isyarat

Kad Kahwin Atiqah Dan Nizam


Jadi ini lah hasilnya contoh kad kahwin yang Cik Kiz telah siapkan.Alhamdulillah Cik Kiz dapat permudahkan urusan Atiqah dan Nizam walaupun majlis mereka akan dibuat pada bulan Oktober nanti.6 bulan je lagi...
Kad Kahwin Atiqah Dan Nizam

Jika ada bakal2 pengantin yang berminat dengan design seperti contoh kad kahwin Atiqah dan Nizam ni boleh lah contact Cki Kiz ya.Click di facebook Kiz wedding untuk bantuan seterusnya..

Bye..



Mar 18, 2016

Pentingnya Buat Pemilihan Doorgift Kahwin.

Setuju tak kalau Cik Kiz cakap yang suma bakal pengantin jadi pening bila nak buat pemilihan doorgift kahwin?
Nampak macam simple je, dan tak sepening jika nak dibandingkan dengan masa nak cari baju pengantin pelamin dan katering kan?

Tapi percaya la bila dah sampai masa nanti pun mesti pening gak nak pilih hadiah apa tuk doorgift kahwin.

Tak Percaya?

Ni Cik kiz nak bagitau sebab sebab nya.

Pentingnya buat pemilihan doorgift kahwin.

1)Pergi kedai doorgift tapi tak ada pilihan.

Pernah tak pergi kedai doorgift kemudian bila kita masuk macam tak ada pape sangat pun kat kedai tu.

Memang nampak macam banyak barang tapi last2 semua barang tu tak berkenan kat hati kita?
Pusiing2 1 kedai 1-2 jam last last kita keluar cakap kat family kita tak cantik la barang barang kat sini.
nampak macam design lama je semua.

2)Dah pergi kedai doorgift tu,tak berkenan,dah tu kena cari masa dan tarikh lain lak untuk wat survey lagi.

Haaa..ni la perkara yang paling banyak berlaku kat bakal pengantin.

survey,survey,survey......

Sebenarnya kan bile kita survey tu pada masa sama kita rambang mata.sebab tu kita susah nak wat pilihan.Dan akhirnya masa
kita spend tuk cari doorgift kahwin tu jadi lama di samping kita kena keluarkan gak duit minyak kereta pusing sana pusing sini.

3)Jimat masa tenaga dan kos di Kiz Wedding

Kat Kiz wedding,Cik Kiz memang tekankan kepentingan service yang cepat dan laju pada bakal pengantin.Semua perbincangan whatsapp
dengan bakal pengantin akan makan masa hanya setengah jam sahaja.

Setelah dapat details yang penting,Cik Kiz akan buat draft dan tunjuk balik pada bakal pengantin untuk elakkkan berlaku kesilapan.

Pastu dah siap Cik Kiz akan tolong pos kan pulak pada bakal pengantin.

Haaa..senang je kan berurusan dengan Kiz Wedding?Jimat masa,wang dan tenaga kan???

OK..so Cik Kiz dah jelaskan betapa pentingya buat pemilihan doorgift kahwin ni.Harap harap bakal pengantin kat sana boleh lah contact Cik Kiz lepas ni tuk uruskan pemilihan doorgift kahwin ya..






Mar 17, 2016

Contoh Yasin Custom Made Puan Sabrina

Cik Kiz nak bagi tau ni..Yang ni contoh Yasin Custom Made terbaru ya.Yasin Custom Made ni telah di order oleh Puan Sabrina bte Haji Mohd Hashim dari Shah Alam Selangor..

Tujuan puan Sabrina tempah Yasin ni adalah untuk diwakafkan sempena memperingati kembalinya Allahyarham ayahanda nya yang tercinta pada tanggal 24 November 2015.

Contoh Yasin Custom Made Puan Sabrina

Muka dalam yasin

Saiz tulisan yang Cik Kiz tekankan selama ni memang agak besar.Tujuannya adalah untuk memudahkan pembaca membaca Yasin ni..

Di samping itu tulisan yang jelas dan tidak kabur juga diberikan keutamaan utama Kiz Wedding agar sentiasa memberikan keselesaan kepada pembaca.

Disertakan sekali terjemahan dalam bahasa melayu pada setiap ayat.Untuk pengetahuan client, terjemahan pada Yasin kami telah disemak setiap kali sebelum dicetak ya.InsyaAllah tiada keraguan pada maksudnya.

 Sekarang ni pun Cik Kiz dah tambah lagi kandungan pada Yasin custom made ni tau.Selepas bacaan doa arwah dan tahlil, disertakan juga sekali Al Mathurat dan terjemahannya.

Jadi setiap pagi dan petang boleh lah pembaca gunakan Yasin ni sepenuhnya.bukan guna pada malam Jumaat sahaja tau..hehe

 Cover luar Yasin

Taraaaaa....

Ni lah design yang telah dipilh oleh puan Sabrina.Nampak kemas dan moden kan?simple je Cik Kiz tengok tapi tetap nampak memberikan satu makna..


Jadi kalau ada client nak tempah Yasin custom made macam ni jugak.....Atau nak tengok design lain boleh lah bukak facebook Kiz wedding dan juga Instagram Kiz Wedding.

Muah..!!!

4 Sebab Kenapa Bakal Pengantin Pilih Yasin sebagai Doorgift Kahwin

Now Cik Kiz nak share lak 5 sebab kenapa bakal pengantin pilih Yasin sebagai doorgift kahwin.Cik Kiz kalau boleh memang nak bagi tau banyak sebab sebabnya.Setiap bakal pengantin ada sebab nya yang tersendiri kenapa mereka pilih Yasin sebagai doorgift kahwin.So Cik Kiz nak memudahkan bakal pengantin yang lain,Cik Kiz list kan 5 sebab UTAMA sahaja ya..

4 Sebab Kenapa Bakal Pengantin Pilih Yasin sebagai Doorgift Kahwin

1)Harga yang lebih menjimatkan

Ada sorang bakal pengantin tu dia datang walk in ke kedai Kiz Wedding.Pada mulanya dia hanya nak buat kad kahwin je.Nak tengok pakej yang kami sediakan.berapa harga semua tu la kan untuk 1000 orang jemputan.

Lepas tu dia tengok kami ada display Yasin kat atas meja tetamu.Cik Kiz perasan yang dia tengok Yasin tu tapi dia tertanya tanya Yasin ni jual untuk apa?Kan ni kedai kad kahwin,jual sekali barang barang islamik ke?Dah tu Cik Kiz pun terus la terangkan tanya kat dia Cik boleh jadikan Yasin sebagai doorgift kahwin.Sekarang ni ramai yang pilih yasin je.Kebetulan pula dia cakap memang tengah pikir lagi nak bagi doorgit apa.Sebab kos kos lain terutamanya pelamin dan katering da semakin meningkat.

So tanpa pikir 2 kali dia terus tempah yasin dan bayar deposit.Syukur katanya dia datang ke Kiz Wedding.Dah lah dapat jimat kad kahwin dapat lagi jimat doorgift.

2)Boleh tambah jadikan pek kombo + sejadah mini + tasbih

Cerita masih lagi kat bakal pengantin tadi tau.Dia cakap macam tak cukup lak kalau setakat bagi Yasin je.Bajet yang sia sediakan dalam rm3.banyak lebih lagi dia cakap.Dia minta cadangan nak tambah apa lagi.Cik Kiz pun cadangkan lagi kalau nak nampak lebih cantik boleh tambah tasbih.Tasbih pun ada banyak colour dan corak.

So nampak la pelbagai juga.ceria tu dah pasti la..hehe..Nak dijadikan ceritanya bakal pengantin ni telah membeli Yasin+tasbih+paper bag semuanya kat Kiz Wedding..

3)Custom Made Yasin pilihan hati.

Antara yang paling mendapat pilihan adalah Yasin custom Made ni.biasanya bakal pengantin decide untuk pilih Yasin custom made sebab nak dipadankan dengan tema majlis perkahwinannya nanti..kalau macam tema bunga2 pink tu,kat cover depan Yasin ni pun dia nak colour bunga2 pink tu..Barulah sedondon kan?Takkan la tema majlis pink tapi doorgift warna biru laut lak.Kan nampak peliknya kat situ nanti..

4)Value Islamik.

Alhamdulillah.Dalam Hadis ada cakap nak dirikan rumah tangga ni macam dirikan masjid gak.jadi bila dirikan masjid,apa salahnya kita bagi Yasin sebagai doorgift kan?orang cakap kalau bagi jajan,petang tu gak habis jajannya.Tapi bukan la Cik Kiz nak cakap bagi jajan tu tak bagus..ok je pada Cik Kiz..cuma lagi afdhal dan bermanfaat kalau Yasin dan barang barang islamik lain seperti sejadah mini dan tasbih jadi doorgift.Boleh lah jadi simpanan tetamu untuk digunakan masa travel ke..balik kampung nak baca dalam bas atau kereta ke..kannnn?

Haa..sekarang Cik kiz dah share kan pada semua 5 sebab utama kenapa bakal pengantin pilih Yasin sebagai doorgift kahwinKalau nak tua lebih lagi boleh je tinggalkan komen kat bawah tau.dengan sepantas kilat cik Kiz akan balas semua komen komen tu..

Atau pun

Boleh je terus contact  number Kiz Wedding ni..


HP : 019-2750165
TEL : 03-55242669

Atau nak jenguk-jenguk boleh jenguk FB Kiz Wedding (klik LINK ini).
Harap-harap client berpuashati dengan hasil design Yasin dari Kiz Wedding ini.

Terima Kasih!!



10 Contoh Kad Kahwin paling laku di Kiz Wedding (Part 2)

Ingat lagi tak bulan lepas Cik Kiz ada share contoh design kad kahwin yang paling laku di Kiz Wedding.Tapi hari tu baru 5 design yang Cik Kiz list kan.Hari ni Cik Kiz nak wat sambungan lagi 5 design nya ok..

Oh ya..!! 5 design yang Cik Kiz nak tunjuk ni pun sudah tentu dapat sambutan yang hangat dari client2 Cik Kiz.

10 Contoh Kad Kahwin Paling Laku Kiz Wedding

6.

7.

8.

9.

10.

Haa..Now ni Cik Kiz dah share lagi 5 kad kahwin paling laku di Kiz Wedding..Mesti selepas Cik Kiz share masing masing pun dah dapat idea dan boleh bayangkan macam mana nak berangan pilih kad kahwin untuk majlis u all nanti kan?

Sebab Cik Kiz tau semuanya mesti pening nak pilih design camne.Untuk client yang datang walk in pun kebanyakannya memang rambang mata bila Cik Kiz tunjuk design2 yang Kiz Wedding ada.

Yang ni baru 10 design tau.Bayangkan kalau ada 30 design nak kena tengok dan pilih dalam satu masa.Sebab tu Cik Kiz list kan 10 design yang paling meletup kebaboom ni..hehe(sorry terlebih excited lak).

Tapi kalau nak tengok design2 lain pun Cik Kiz sangat alu alu kan..Setiap orang citarasa mesti lain lain kan?

Untuk design2 lain,u all tengok kat facebook dan instagram Kiz Wedding.
Facebook (Klik Sini)
Instagram (Klik Sini)

Untuk design2 yang tiba2 meletup pada masa akan datang lak,Cik Kiz akan update dari semasa ke semasa.So semua jangan risau kalau takut takut kad kahwin u all tak up to date ok!!!

Mar 15, 2016

4 Doorgift Kahwin Paling Popular 2016

Selepas sekian lama, kini dah sampai masa nya untuk Kiz dedahkan apa doorgift kahwin paling popular untuk tahun ni. Kiranya ni adalah permintaan paling tinggi yang Kiz dapat ya sepanjang 3 bulan ni. 

Tak percaya? Jom kita tengok .....


4 Doorgift Kahwin Paling Popular 2016

1.Yasin readymade

Yang ni memang dari dulu paling top di antara doorgift kahwin yang lain.Nak tau kenapa yasin sentiasa jadi pilihan?Dan nak tau macam mana Kiz boleh tau sebab2 yasin ni jadi pilihan?
Dah tentu lah Kiz merajinkan diri wat survey dan tanya satu2 client yang pernah beli sebelum ni.

So nak dijadikan cerita ada satu client ni dia pernah dapat surah harian sebagai doorgift kahwin kawan dia.Dan dari situ lah dia mula amalkan surah2 yang ada dalam buku tu.Jadi secara tak langsung dia sangat hargai pemberian kawan dia tu.

Setelah berbincang dengan family,akhirnya Yasin Kiz Wedding jadi pilihan utama sebagai doorgift kahwin.Katanya niat kena betul InsyaAllah akan bermanfaat,orang boleh siman dan hargai malah boleh digunakan untuk kegunaan harian atau pun di kenduri2 tertentu.


Yasin ready made


2. Yasin Custom made.

Yasin custom made lak jadi pilihan ramai kerana dah tentu disebabkan design2 yang boleh di request sendiri oleh client sebelum di print.Memang kiut miut gak la design2 yang client request ni.Lepas tu dengan bangganya mesti lah dapat display nama anak2 kita yang comel tu kannn..Nak lagi best letak je gambar baby kita tu nanti.mesti puas hati dapat buat macam tu.macam kita kahwin gak dulu.Ada gambar kat banner dan bunting..hehe.



3.Sejadah mini.

Yang ni Kiz tak tipu tau.Dalam 2-3 bulan ni permintaan terhadap sejadah mini memang tinggi.Sampai tiap2 minggu Kiz akan order stok baru.Order baru pun semakin banyak.Kalau dulu sebulan sekali je order..hehe..
Sejadah Mini


4.Tasbih.

Sebenarnya ramai yang beli tasbih ni pakej sekali dengan Yasin tau.Mungkin sebab tasbih ni kecik je dan pada masa sama kalau ada Yasin sekali baru lah lengkap doorgift kahwin tu..Untuk tasbih pun sekarang ni Kiz dah pelbagaikan colour dan corak tau.ada yang 3 colour,2 colour.yang colour soft dan colour garang pun ada!!!

Combo Tasbih + Yasin


Ok diharap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang tengah buntu pening kepala nak cari doorgift kahwin nak nak yang dah last minit baru nak cari kan...


Feb 27, 2016

10 Contoh Kad Kahwin paling laku di Kiz Wedding (Part 1)

Ahaa, hari ni cik Kiz nak share sikit 10 contoh design kad kahwin yang paling laku keras di Kiz Wedding Shah Alam. Eh lupa pulak nak bagi salam, terlampau excited agaknya cik Kiz ni.

ASSALAMUALAIKUM.

Ok lets get back to business. Apa yang cik Kiz nak kongsikan ni adalah berdasarkan jumlah tempahan yang paling banyak antara banyak-banyak design kad kahwin yang ada di page fb Kiz Wedding. Ok uoll dah bersedia?


10 CONTOH KAD KAHWIN PALING LAKU KERAS DI KIZ WEDDING


1. KOD KK018

Yang ni team Kiz design ala-ala floral english style gitu. Sesuai sangat kalau anda buat tema perkahwinan ala-ala omputeh english style gitu.


2. KOD KK020

Haa yang ni pun sama, design dia ala-ala english style jugak tapi lebih kepada penggunaan warna design yang gelap-gelap sikit (background hitam), ada bunga-bunga penyeri kat belakang dia tu kan.



3. KOD KK028

Yang ni design dia ala-ala macam minimalist sikit. Supaya kad kahwin tu nampak unik kita tambah macam belang-belang merah putih kat border dia (perasan tak?)


4. KOD KK027

Design kad yang mengambil inspirasi daripada flora dan fauna (cewah) dengan penggunaan warna coklat dan kuning ala-ala pokok dan daun gitu.


5. KOD KK022

Ok yang ni pulak designer Kiz gunakan konsep typography sket. Maksudnya kita banyak gunakan teks dalam design tu. Tapi teks yang cantik la, ala-ala funky gitu. Kot?


Oraite! Bersambung PART 2...... Nanti kan.. Chewah!

Kalau nak tengok full katalog design boleh je layari Facebook page Kiz Wedding (klik sini) atau Instagram Kiz Wedding (klik sini) pun ada ya :)

Itu sahaja sekadar untuk hari ni, kita sambung part 2 pula. Yang part 2 nanti cik Kiz akan kongsikan contoh kad kahwin paling laku untuk yang jenis hitam putih pulak ya.