Mar 17, 2016

Contoh Yasin Custom Made Puan Sabrina

Cik Kiz nak bagi tau ni..Yang ni contoh Yasin Custom Made terbaru ya.Yasin Custom Made ni telah di order oleh Puan Sabrina bte Haji Mohd Hashim dari Shah Alam Selangor..

Tujuan puan Sabrina tempah Yasin ni adalah untuk diwakafkan sempena memperingati kembalinya Allahyarham ayahanda nya yang tercinta pada tanggal 24 November 2015.

Contoh Yasin Custom Made Puan Sabrina

Muka dalam yasin

Saiz tulisan yang Cik Kiz tekankan selama ni memang agak besar.Tujuannya adalah untuk memudahkan pembaca membaca Yasin ni..

Di samping itu tulisan yang jelas dan tidak kabur juga diberikan keutamaan utama Kiz Wedding agar sentiasa memberikan keselesaan kepada pembaca.

Disertakan sekali terjemahan dalam bahasa melayu pada setiap ayat.Untuk pengetahuan client, terjemahan pada Yasin kami telah disemak setiap kali sebelum dicetak ya.InsyaAllah tiada keraguan pada maksudnya.

 Sekarang ni pun Cik Kiz dah tambah lagi kandungan pada Yasin custom made ni tau.Selepas bacaan doa arwah dan tahlil, disertakan juga sekali Al Mathurat dan terjemahannya.

Jadi setiap pagi dan petang boleh lah pembaca gunakan Yasin ni sepenuhnya.bukan guna pada malam Jumaat sahaja tau..hehe

 Cover luar Yasin

Taraaaaa....

Ni lah design yang telah dipilh oleh puan Sabrina.Nampak kemas dan moden kan?simple je Cik Kiz tengok tapi tetap nampak memberikan satu makna..


Jadi kalau ada client nak tempah Yasin custom made macam ni jugak.....Atau nak tengok design lain boleh lah bukak facebook Kiz wedding dan juga Instagram Kiz Wedding.

Muah..!!!

No comments: