Apr 6, 2016

Best Nya Dapat Sticker Kahwin Dari Kiz Wedding

Nak tau kenapa best sangat bila dapat sticker kahwin dari Kiz Wedding?Ni Cik Kiz nak btau. Cik Kiz sangat mementingkan review dari customer. Setiap hari Cik Kiz akan cuba tanya respon kat customer tanya la ok ke tak Kiz wedding punya service suma. Alhamdulillah setakat ni suma suka berurusan dengan Kiz Wedding. Yang paling suka bila customer datang kat walk in kat kedai la.Bila berurusan secara depan depan ni banyak yang Cik Kiz boleh tolong dapatkan permintaan yang macam mana customer nak..

Best Nya Dapat Sticker Kahwin Dari Kiz Wedding


Keistimewaan kepada u all bila walk in ke Kiz Wedding


Bila masuk je kat dalam kedai Kiz wedding, perkara pertama yang Kiz tekan kan ada lah greeting kepada u all. Sudah tentu ucapan " Selamat Datang " ada lah perkataan yang pertama yang keluar dari mulut Kiz. Cik Kiz suka bila lepas greet then u all akan terus senyum tersimpul malu.... ;-p

Lepas tu boleh la mula berbincang dengan Kiz sticker kahwin yang macam mana yang u all nak. Kiz tak akan ambil masa yang lama. Semua design ready made even custom made pun Kiz dah siap kan tools nya. Bila kita dah siap bincang suma terus isi form details yang u all nak order.

Ada bawak anak senang ke berurusan dengan Kiz Wedding?


Ada ramai yang tak sempat walk in sebab risau nak kena tunggu lama kat kedai Kiz. Jangan risau!! Kiz ada sediakan sofa special beli dari Ikea lagi tuk anak anak u all duduk sementara kita berbincang. Jangan kata anak kadang kadang ngan suami u all pun boleh lelapkan mata jap kalau dah duk kat sofa Ikea tu.

Air minuman dan gula gula pun ada !


Haaa... bila dah masuk tu mesti haus kan? Kita leh minum sambil berbincang. Air minuman Cik Kiz yang akan sediakan. Tuk anak anak u all lak Cik Kiz ada sediakan gula gula tuk diorang. jangan risau mesti hepi je la kan anak anak kita bila dapat gula gula..

Bincang sampai jadi !


Keselesaan dan permintaan dari customer memang Cik Kiz sentiasa utamakan. Kalau ada customer yang cerewet lagi cik Kiz suka. Sebab apa? kan customer cerewet ni lagi susah nak handle takut dah bincang lama lama tapi last last tak jadi order lak.

Eh tak pe.. Cik Kiz suka kan cabaran macam ni. Sebenarnya bila Cik Kiz dapat customer yang macam ni, Cik Kiz akan anggap ni adalah satu pengalaman yang berharga yang susah nak dapat kat mana mana. Ada orang cakap kalau kita dapat close sales dengan golongan elite tu maknanya sevice kita bagus..

Lagipun bila berhadapan dengan customer macam ni seronok gak tau, sebab mereka  ni sebenarnya agak details da teliti... So bila Cik kiz dapat jumpa ngan mereka Cik Kiz dapat belajar ilmu yang baru dan dapat improve kan lagi service Cik Kiz...

Customer always right kan?

Di Kiz Wedding, Cik Kiz akan utamakan perkara yang penting dalam tempahan yang dibuat tu. Details macam saiz sticker, warna sticker dan design sticker tu Cik Kiz akan confirmkan betul betul ngan u all dulu. At least Cik Kiz akan minta u all semak semula details tu betul ke tak. Kang kalau salah sedih lak masa hari kahwin nanti tu kan.. Dah la kawin sekali jer tapi info kat dalam sticker kahwin tu tak betul lak.. Lain la kalau dapat kahwin banyak kali kan? :-)

So best tak kalau dapat sticker kahwin dari Kiz wedding?Kalau rasa best pm Cik Kiz sekarang tau. jangan tangguh tangguh lak. Pm Kat fb Kiz wedding( Klik Sini) ya!




Apr 5, 2016

Contoh Design Yasin Custom Made Puan Lidya


Lagi contoh design yasin custom made dari Kiz Wedding. Kali ni client tempah  yasin custom made ni untuk diwakafkan kepada surau berdekatan sempena memperingati mepergian Allahyarhan Sahrizal Bin Ibrahim abang kepada Puan lidya dan Allahyarhamah Hajah Fatimah Binti Haji Mahmud ibu kepada Puan Lidya.

Contoh Design Yasin Custom Made Puan Lidya


Design gambar muka depan Yasin


Puan Lidya request kat Cik Kiz nak wat gambar masjid kat muka depan yasin. Ada beberapa gambar kubah masjid yang Cik Kiz cadangkan dan dah tentu gambar yang comel sentiasa jadi pilihan. Kubah masjid yang diletak menampakan kesenian secara halus dan keindahan pada masjid tu...

Selain tu Puan Lidya minta Cik Kiz letak nama allahyarham abang dan allahyarhamah ibu nya di bahagian atas muka belakang yasin. Insya Allah dengan meletak nama pada muka luar macam ni akan ada pembaca yang mensedekahkan doa dan fatihah kepada nama tersebut.

Contoh design yasin custom made Puan Lidya

Pemilihan warna tulisan dan background


Warna background yang dipilih adalah warna biru lembut manakala warna masjid pula menggunakan warna hijau. Untuk tulisan pula Puan Lidya ingin menggunakan biru touqouise dan untuk tulisan di bawah gambar pula menggunakan tulisan warna putih.

Contoh design yasin custom made Puan Lidya

Cantik tak design camni? Boleh bagi tau Cik Kiz tak? Kalau boleh bagi tau Cik Kiz Kat Kiz Wedding ya (Klik Sini). Kalau cantik dan nak order design camni pun boleh btau Ck Kiz gak (klik Sini)

Trend Terbaru Sejadah Mini Sebagai Doorgift Hari Perkahwinan

Kalau u all nak tau trend yang paling meningkat naik sekarang ni tuk hari perkahwinan adalah sejadah mini tau. Cik Kiz perasan sangat kalau sebelum ni Cik Kiz order stok baru dalam sebulan sekali tapi dalam 2 bulan lepas dua minggu sekali Cik Kiz dah restock baru.Yang paling tak sangka ada gak seminggu je dah habis stok. Agak agak sebab kenapa ya sejadah mini ni makin ramai lak yang nak beli dan jadi pilihan sebagai doorgift diorang?

Trend Terbaru Sejadah Mini Sebagai Doorgift Hari Perkahwinan


Saiz doorgift yang lebih besar dari doorgift lain


Cuba u all tanya kat pasangan masing masing lagi lagi perempuan mesti semua nak bagi doorgift yang special. Kalau boleh nak yang cantik yang nampak mahal tapi pada masa nak yang murah kan? Kalau bajet dalam dua ringgit biasanya boleh dapat mug, atau letak sikit air kotak dan makanan.

Cuba tanya lagi kat pasangan u all, agak agak cukup lagi atau nak tambah lagi tak doorgift ni?Cik Kiz yakin jawapannya mesti nak.. Sebab nya nak penuhkan lagi beg kertas doorgift tu nanti. Baru la style dan lain dari yang pengantin lain wat......

So dengan saiz sejadah mini ni la akhirnya dapat menampung kekosongan beg kertas tu nanti. Memang nampak banyak giler la doorgift yang u all akan bagi nanti..

Idea yang lain daripada yang lain.


Ramai bakal pengantin mesti g survey at least 2 atau 3 tempat tuk cari doorgift kahwin..biasanya makan masa seminggu gak la.Tu baru survey kedai lum survey kat google lagi kan? Cik  Kiz sangat faham sumanya nak cuci mata sambil sambil fikir idea apa nak bagi kat tetamu. Sampai ada yang berbulan bulan fikir nakbagi apa kat tetamu kita ni nanti..

Dan sebab tu jugak la sejak dua menjak ni ramai lak yang order sejadah mini dengan Cik Kiz. Suma nya beerkejar kejar nak cari doorgift yang lain dari yang lain.. Cik Kiz pun suka dan tumpang hepi sebab dapat sediakan doorgift yang special kat diorang..

Makna dan simbol sejadah yang unik.


Cik Kiz risik risik gak tau. Ada sorang tu duk kat Shah Alam gak. Dia datang walk in je kat Kiz wedding . Cik Kiz tanya boleh tak bagi tau Cik Kiz apa sebab yang sebenar yang buat kan dia pilih sejadah. Sebab ada gak yang cakap bagi sejadah ni macam bosan, tak moden, tak style. So kiz nak tau gak la jawapannya kan..

Nak tau apa jawapannya? Dia cakap bagus bagi sejadah ni sebenarnya. Sebab kalau bagi makanan habis masa tu gak. Kalau bagi mug atau cenderahati lain pun nanti jadi hiasan je kat umah.. Dia cakap lagi cuba banyangkan kalau kita bagi sejadah ni mana tau kot kot ada yang tak sembahyang tu last las jadi sembahyang. Dan pada masa sama kan kita memudahkan orang lain tuk sembahyang...Untung untung je dapat pahala free dia cakap..

Hehehe.. tersengih sengih je Cik Kiz masa tu. Eh, lau macam tu Cik Kiz pun le dapat pahala free kan?

Lau u all nak pahala free pun boleh gak Contack je Cik Kiz kat Kiz wedding ya.(klik sini). Cik Kiz akan cuba sebaik mungkin untuk layan dan beri perkhidmatan yang sebaik mungkin pada u all..

Itu janji Cik Kiz. Mengenai pahala free ni kalau Cik Kiz ada tersalah cakap, sorry ya.Boleh je tegur kat komen bawah tau. Mana la tau kalau kalau Cik Kiz tersalah cakap...



Apr 1, 2016

Contoh Bunting Selamat Hari Jadi Kepada Suami Tercinta.

Jangan terkejut kalau ada isteri yang sangat lah romantik sampai ingin wat yang terbaik dan sempurna unutk majlis hari jadi suami dia ya.kalau kat majlis hari jadi anak tu dah biasa tengok kan?Sekarang ni untuk majlis suami dan isteri pun dah jadi trend.

So Cik Kiz pun ingat nak contohi isteri kepada Encik Ardian.Walaupun dah berumur 30 tahun tapi sangat la tak salah kalau sntiasa dapat menzahirkan kasih sayang dan cinta kepada suami.

Contoh Bunting Selamat Hari Jadi Kepada Suami Tercinta.


Contoh design bunting yang diberi


Nama isteri Encik Ardian ni Nur Saidatul tau. Mula mula dia tak ada idea sangat nak buat design macam mana.Puan Nur Saidatul bagi tau tak kisah je camne..dia ikut je design yang Cik Kiz akan wat kan. 

Tapi Cik Kiz x le camtu, sebab kadang kadang kalau ikut je design Cik Kiz takut takut tak menepati cita rasa client lak. Jadi solution nya adalah Cik Kiz suh puan Nur Saidatul at least cari contoh 1 buntingyang puan Nur Saidatul rasa suka dan tertarik.

Gambar yang kat bawah ni la contoh nya.......


Contoh bunting yang dipilih.

Proses Edit dan Crop gambar pilihan.


Ok so now Cik Kiz dah dapat contoh bunting yang diminta puan Nur Saidatul. Kerja seterusnya adalah crop gambar yang nak diletak kat bunting tu lak.


Setelah 5 minit dapat la hasil macam kat bawah ni..sekejap je tau Cik Kiz wat...


4 design yang siap yang perlu dipilih puan Nur Saidatul


Dengan menggunakan kepakaran yang ada Cik Kiz pun terulah sediakan at least 4 design yang boleh dipiih puan Nur Saidatul. Boleh tengok keempat empat design kat gambar ya..

Contoh design pertama

contoh design kedua

contoh design ketiga

contoh design ke empat

Akhirnya... Design yang dipilih..


Dan design yang dipilih adalah desgnyang ke empat.Design yang ke empat ni sama macam sontoh bunting yang puan Nur Saidatul bagi kat Cik Kiz kan?

Sebab tu walau macam mana client tak ada idea sekalipun nak bagi idea, Cik Kiz tetap akan mintak beri contoh nak design cmne.Sebab kita suma kan ada taste lain lain kan?Kalau Cik Kiz yang wat kat hubby ni mesti la wajib suma pink.hehe..

Design bunting yang dipilih

Cantik kan kalau nak buat bunting selamat hari jadi kepada suami yang tercinta macam ni?Lepas baca post Cik Kiz kali ni mesti ramai yang kat luar sana pun nak buat camni jugak.

betul tak?

kalau betul weh pm Cik Kiz kat fb Kiz wedding ya(klik sini)..Cik Kiz tunggu....

Mar 31, 2016

Contoh Kad Kahwin Inno & Ila

Selamat petang kepada bakal pengantin dan pembaca Kiz Wedding :-)

Ok Cik Kiz nak post lagi satu contoh design kad kahwin.Kali ni dari pasangan comel Inno & Ila.(serius memang comel).Rasanya ada darah kacukan diorang ni.tengok je la nama nya pun  ter sangat lah unik.

Contoh Kad Kahwin Inno & Ila


Konsep Dan Design


Masa Inno & Ila datang ke kedai ritu,diorang ni dah dah ada idea sendiri tau.Diorang nak buat yang simple jer..Kalau tengok kat gambar bawah,kat depan kad kahwin Inno & Ila memang nak letak basikal camtu.Bila tengok betul betul gambar basikal tu menunjukkan mereka akan melalui perjalanan alam perkahwinan bersama sama.Sebab tu basikal tu untuk dua orang pengayuh dalam satu basikal.Chewahh.. 

Good Job Inno & Ila!
Contoh Kad Kahwin Inno & Ila

Lakaran Peta


Macam biasa untuk peta Cik Kiz akan lakarkan dulu atas kertas untuk mengelakkan pape kesalahan. Kalau tengok kat gambar bawah ni Cik Kiz dah siap siap kan warna untuk setiap petunjuk. So takde la confuse masa nak photo shop nanti.

Atas kertas pun Cik Kiz wat cantik cantik tau. Baru mood feeling tu datang cantik je masa nak design betul betul nanti. hehe..

Contoh Kad Kahwin Inno & Ila

Taraaa...

Hasil peta yang dah siap jadi la macam gambar yang kat bawah ni. Jauh betul tau masuk ke dalam rumah diorang ni.Tapi jangan risau, Cik Kiz akan bagi muat gak peta nya kat dalam kad kahwin tu. Yang penting takde land mark yang penting tertinggal.Kan...???

Contoh Kad Kahwin Inno & Ila

Detail Pengantin.


Detail asas yang diperlukan adalah seperti berikut:

Nama Pengantin di muka depan kad kahwin : Inno & Ila
Nama pengantin lelaki : Norkeeli Bin Misnan
Nama pengantin perempuan : Kamilah Binti Mat
Tarikh Majlis : 17/4/2016
Nama bapa pengantin : Misnan (waris) Bin Selamat
Nama ibu pengantin : Kemey (Gemi) Binti Kerdiman
Alamat majlis : Lot 15, Jalan Ikan Puyu, Lorong PPRT 3, Kampung Bukit Lanchong, 40400 Shah Alam Selangor
Waktu majlis : 11 pg - 5 ptg
Maklumat turut mengundang : Nama dan no telefon.

Dan lihat hasilnya






Ada yang nak dapatkan design kad kahwin camni gak?Letak basikal kat tengah tengah?Contact Cik Kiz tau kat fb Kiz wedding.Caranya klik kat sini je..(klik Sini)

Mar 29, 2016

Wargh...Meriahnya Banner Dan Bunting Kahwin Tu...!!!

U all rasa best ke tak kalau ada banner dan bunting kahwin kat majlis kahwin u all?Cik Kiz suka sangat...!!!Memang nampak meriah. Masa first time nampak kat tepi jalan otw balik kampung, dah rasa happening sangat majlis tu.

Sampai la untuk majlis kahwin Cik Kiz, dengan petunjuk jalan sekali Cik Kiz buat guna bunting.Bukan 1 je penunjuk jalan tu,tapi lebih kurang 10 ok Cik Kiz buat.Boleh katakan setiap simpang jalan ada bunting Cik Kiz yang warna pink tu..hehe..

Meriahnya Banner Dan Bunting Kahwin Tu...!!!


1)Kegunaan Banner Dan Bunting


Paling bagusnya ada banner dgn bunting ni adalah untuk kesenangan tetamu kita la kan.Cuba bayangkan kawan u all dari terengganu datang kat majlis kahwin u all kat Johor?Dah la johor tu banyak Parit(Nama Jalan).Pastu kadang kadang 1 Parit tu ada 2-3 majlis kahwin.Boleh ke kawan u all tau yang majlis tu confirm u all punya majlis...???

Cik Kiz sendiri pernah tersalah masuk majlis orang tau.Nasib baik hubby Cik Kiz tanya dulu kat penyambut tetamu tu..Kalau tak terpaksa la berlakon buat2 kenal keluarga pengantin.Hahaha..

Masa tu memang confuse giler.Tak ada banner atau bunting,muka pengantin pun tak nampak.Yang paling best warna tema pun sama..:-p

2)Tambahkan Kesempurnaan Majlis.


Ok.Selain dari memudahkan tetamu, banner dan bunting juga menampakkan kesempurnaan majlis kahwin tu nanti.Kat banner tu boleh tulis "SELAMAT DATANG"..nak lagi best kat pintu keluar ada lagi 1 banner tulis "TERIMA KASIH".Wargh.meriah betul kan...???

3)Simpan Sebagai Kenangan.


Haaa...siapa kata banner dan bunting dah jadi takde kegunaan lepas habis majlis kahwin?Cik Kiz sampai sekarang gantung 1 bunting kat dalam bilik tidur.Secara tak langsung boleh hias bilik Cik Kiz. Dan yang paling best nya boleh nampak memori kahwin tu hari hari..

Kalau gambar dan kad kahwin mesti simpan dalam album je kan??? Silap silap 10 tahun lagi baru u all mengimbau kenangan kahwin kalau letak dalam gambar dan kad kahwin dalam album, dan album tu lak simpan dalam laci..hehe...

So sekarang ni u all rasa meriah ke tak kalau majlis u all ada banner dan bunting kahwin nanti?

Boleh btau Cik Kiz jawapan nya ya kat fb Kiz Wedding(Klik sini)

Checklist Barang Keperluan Kahwin.Ibu Bapa Juga Penting!Part 1.

Checklist barang keperluan untuk kahwin sangatlah penting sebenarnya.Bukan sahaja untuk bakal pengantin, tetapi juga pada ibu bapa dan keluarga pengantin.Takut2 dah last minit ada jer keperluan yang tertinggal

So hari ni Cik Kiz nak list kan keperluan lengkap barang keperluan kahwin.Insya Allah dah tak tertinggal lagi.

Checklist Barang Keperluan Kahwin.Ibu Bapa Juga Penting!


1)Barang Hantaran


Ok barang hantaran ni sangat penting untuk standby awal awal.Kalau boleh just spend masa 3-4 hari je untuk decide dan pilih barang apa yang nak dibeli.Untuk bunga dan hiasan kat dulang tu nanti boleh lah beli kat tempat2  murah macam GM Klang dan Nilai 2.

2)Baju Nikah.


Haa..baju nikah ni better beli je kain pasang kat Jakel.Ck Kiz dulu try cari merata gak.last2 g Jakel sebab kat sana ada banyak pilihan,Kalau gedung2 lain tu memang takde pilihan dan kain pun banyak tak cantik.Pastu kalau nak jimat g hantar jahit kat kedai2 yang ada kat kampung.Jangan hantar butik, jahit biasa pun dia boleh charge rm300-rm500 sehelai.

3)Baju Pengantin,Pelamin dan Solekan.


Yang ni Cik Kiz cadangkan buat lah tempahan at least 6 bulan sebelum majlis perkahwinan.Bukan apa..takut2 baju dan pelamin yang cantik2 dah ditempah orang lain lak.Kan rugi kalau kita dapat baju dan pelamin yang lama tapi bayaran nya sama je dengan orang lain.Oh ya,sila lah buat pilihan yang tepat dan cuba untuk negotiate untuk dapatkan design tema majlis yang terbaik untuk anda!

4)Kad Kahwin


Kad kahwin juga sangat penting untuk ditempah awal2.at least 3 bulan sebelum majlis perkahwinan tau!yang ni lak Cik Kiz cadangkan untuk wat tempahan kat Kiz Wedding saja k.takyah susah2 g kedai.Kita whatsapp je dan Cik Kiz akan tunjukkan cara cara nak wat tempahan nanti.yang mana kat Shah Alam Cik Kiz alu alukan juga untuk datang ke kedai Kiz Wedding.

Ok la.Tu saja checklist barang keperluan untuk kahwin yang Cik kiz wat.Cik Kiz janji petang ni atau selewat2 nya esok Cik Kiz akan update barang keperluan untuk kahwin part 2 pula ya..

Stay Tune...

Untuk pertanyaan mengenai tempahan kad kahwin boleh whatsapp Cik Kiz (019-235 4632)

Atau PM je Cik Kiz di fb Kiz wedding(klik sini) :-)