Apr 30, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Haikal Dan Amalina

 Jom kita tengok lagi design kad kahwin kali ni dari pasangan pengantin Haikal dan Amalina pula. Alhamdulillah majlis perkahwinan mereka akan dilangsungkan pada hari ini, hari Sabtu 30 April 2016 di Batu Anam Segamat Johor.

Contoh Design Kad Kahwin Haikal Dan Amalina


Konsep Dan Design


Design yang dipilih oleh pasangan pengantin kali ni adalah design retro savers ya.Walau bagaimanapun design retro savers yang ni mempunyai corak sedikit di bahagian atas dan di bawah muka depan kad kahwin.

Jom kita lihat corak yang digunakan pada muka depan kad kahwin retro savers ini :



Muka Dalam Kad Kahwin


Gambar di bawah ini pula adalah design untuk sebelah muka dalam kad kahwin. Di sebelah kiri kad Cik Kiz letak details yang diperlukan untuk majlis manakala di selah kanan pula adalah peta lokasi ke majlis perkahwinan pengantin.

Jika dilihat pada kad kahwin ni, alamat majlis perkahwinan, aturcara majlis perkahwinan dan ruangan turut mengundang di letak kat sebelah kiri sekali ya. Manakala tarikh majlis perkahwinan dan no telefon untuk dihubungi diletak di sebelah tengah kad kahwin bersebelahan dengan peta lokasi majlis perkahwinan.


Lakaran Peta


Seperti biasa Cik Kiz akan membuat lakaran di atas kertas kosong dulu sebelum lukis di photoshop. Nak tau lakaran nya macam mana? lakarannya macam kat bawah ni la. Landmark yang penting dan bentuk jalan yang sebenar akan Cik Kiz pastikan betul sebelum Cik Kiz lukis yang betul2 punya kat dalam photoshop.




 Dan Ini lah Hasil kahir Design Yang Sudah Siap !!!


Cantik dan simple je kan design retro savers yang ni?Alhamdulillah CIk Kiz dapat siapkan design kali ni tepat pada masa yang dijanjikan. 

Di kesempatan ni Cik Kiz juga nak ucapkan terima kasih dan tahniah pada pasangan pengantin Haikal dan Amalina kerana berjaya disatukan cinta mereka dan pada masa sama menggunakan perkhidmatan Kiz Wedding untuk tempahan kad kahwin majlis perkahwinan mereka.

Semoga pengantin hidup bahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak cucu yang comel sentiasa :-)


Jadi kalau u all nak guna design retro savers macam kad kahwin Haikal dan Amalina ni jangan segan silu tuk om Cik Kiz ya. Link di sebelah ni link untuk facebook Kiz Wedding ( Klik Sini )

4 Jenis Kad Jemputan Yang Ada Di Kiz Wedding (Part 1)

Selamat pagi semua hari ni hari sabtu kan tiba masanya untuk Cik Kiz update post mengenai 4 jenis kad jemputan yang ada disediakan di Kiz Wedding. Semua kad jemputan ni Cik Kiz pecahkan kepada kad jemputan regular, kad jemputan retro saver, kad jemputan craft saver dan kad jemputan untuk majlis aqiqah.

Jom kita tengok contoh satu persatu untuk setiap design kad jemputan ni :-)

4 Jenis Kad Jemputan Yang Ada Di Kiz Wedding


Kad Jemputan Regular.


Ada 17 design kesemuanya yang disediakan oleh Cik Kiz untuk design kad jemputan regular ni. Kebanyakkan kad ni semua menggabungkan design yang berkonsepkan bunga taman dan warna background yang ceria dan kemas. Ada juga kad yang tidak menggunakan bunga sebagai design utama contohnya kad seperti di dalam gambar di bawah :

Design Kad Jemputan Regular

Design Kad Jemputan Regular

Design Kad Jemputan Regular

Design Kad Jemputan Regular

Yang di bawah ni pula kad jemputan regular yang sentiasa mendapat pilihan bakal pengantin sebelum ni. Yang ni semuanya Cik Kiz gunakan konsep dan design bunga bunga ya :-)

Design Kad Jemputan Regular

Design Kad Jemputan Regular

Design Kad Jemputan Regular

Design Kad Jemputan Regular
Cik Kiz tunjuk kan 8 design je tau kat post kali ni untuk design kad jemputan regular ni. Balance design yang lain tu u all boleh tengok kat website Kiz Wedding. Caranya klik kat sini (website Kiz Wedding ). Kesemua design kad jemputan regular Cik Kiz dah letak siap siap kat situ..

Kat dalam website Kiz Wedding pun Cik Kiz ada letak design untuk sebelah muka dalam kad jemputan. Selain tu u all juga boleh tengok saiz kad jemputan yang disediakan. Kesemuanya ada 4 saiz tau. Jangan risau ya semua design ni boleh dipilih untuk letak kat mana mana jenis saiz kad jemputan. Nak saiz kecil pun boleh nak saiz besar pun boleh..

Kad Jemputan Retro Saver


Haaaa.. Kad jemputan retro saver ni lah yang paling paling banyak sekali dapat tempahan di Kiz Wedding. Kalau dah dapat paling banyak tempahan maksudnya kad jemputan ni la yang paling trendy sekali di kalangan pengantin sekarang kan?

Ada lagi ke yang masih tak tau kad jemputan retro saver ni macam mana design nya? kalau tak tau tapi nak tau jom kita tengok satu persatu contoh design kad jemputan retro saver ni. Gambar nya di bawah ni ya :

Design Kad Jemputan Retro Saver

Design Kad Jemputan Retro Saver

Design Kad Jemputan Retro Saver

Design Kad Jemputan Retro Saver

Design kad jemputan retro saver ni memang diakui ada tarikannya yang tersendiri. Selain menampilkan konsep yang kemas, design kad jemputan retro saver ni juga sesuai digunakan untuk mana mana tema yang digunakan untuk majlis perkahwinan. 

So tak yah lah pening pening nak matching kan tema majlis perkahwinan dengan warna kad jemputan. Guna je kad jemputan retro saver ni confirm tak ada tetamu yang akan persoalkan tema majlis u all tak sama dengan kad jemputan yang mereka dapat.

Untuk desing kad jemputan retro saver ni Cik Kiz ada listkan 21 design kesemuanya di website Kiz Wedding. Untuk view kesemua design u all klik kat sini ya ( website Kiz Wedding ), Sama juga macam kad jemputan regular di atas. kesemua design kad jemputan retro saver ni boleh digunakan untuk kesemua saiz kad yang telah disediakan.


U all ada sebarang pertanyaan lain tak sekarang ni? Kalau ada pertanyaan boleh terus pm Cik Kiz kat facebook Kiz Wedding. Kalau u all terus pm sekarang Cik Kiz pun akan reply pm u all sekarang juga. Klik ke kat sini untuk pm Cik Kiz( Facebook Kiz Wedding )

Kad jemputan regular dan retro saver Cik Kiz dah bagi tau kat u all macam mana designnya. Untuk kad jemputan craft saver dan aqiqah pula Cik Kiz sambung kat next post ya.Insya Allah petang ni juga Cik Kiz akan update post untuk part 2. Klik sini untuk baca 4 jenis kad jemputan yang ada di Kiz Wedding ( Part 2 )


Apr 29, 2016

Contoh Design Kad Majlis Pernikahan Farah Dan Farid

Maaf ya semua dah seminggu dah Cik Kiz tak update blog ni so hari ni Cik Kiz decide tuk update lagi contoh design kad jemputan majlis pernikahan kali ni dari pasangan pengantin Farah dan Farid pula.

Untuk pasangan pengantin ni mereka buat 2 jenis kad kahwin tau. Yang untuk entry ni Cik Kiz akan tunjuk kad jemputan untuk majlis pernikahan mereka. Manakala untuk next entry, Cik Kiz akan tunjuk kad jemputan untuk majlis perkahwinan pula.

Contoh Design Kad Majlis Pernikahan Farah Dan Farid

Konsep Dan Design


Untuk konsep dan design kad majlis pernikahan kali ni, pasangan pengantin berminat untuk menggunakan design craft saver. U all tau kan kad jenis craft saver ni macam mana? Kalau ada yang tak pasti dan tak tau lagi meh Cik kiz bagi tau dulu ya.

Kad kahwin craft saver ni menggunakan konsep vintage dan menggabungkan warna hitam sebagai warna font dan di cetak di atas kertas warna coklat seperti kulit buku sekolah tau. Tetapi bukan lah kulit buku sekolah yang lembik tu ya. Kat Kiz Wedding ni Cik Kiz gunakan kualiti kertas yang tebal dan tahan lasak. Yang memang khas untuk buat kad kahwin.


Muka Depan Kad Majlis Pernikahan

Di sebelah atas muka depan kad majlis pernikahan ni Cik Kiz hias dengan design kerawang bunga. Cik Kiz guna warna putih sebagai warna kerawang adalah atas permintaan pengantin ya. 

Kebiasaannya untuk design craft saver ni Cik Kiz akan gunakan warna hitam sahaja tetapi atas permintaan pengantin yang inginkan kelainan pada kad kahwin dia maka warna kerawang bunga tu pun ditukar menjadi warna putih..

Di sebelah bawah kerawang pula Cik Kiz design kan sikit font " MAJLIS PERKAHWINAN" tu. U all boleh tengok kat gambar tau design nya macam mana. Manakala details lain seperti hari, tarikh dan tempat majlis pernikahan juga diletak sekali pada muka depan kad majlis pernikahan ni.

Muka Depan Kad Majlis Pernikahan

Muka Dalam Kad Kahwin


Cuba u all tengok pada gambar yang Cik Kiz dah upload kat bawah. U all perasan tak ada kelainan yang banyak pada design kad pernikahan ni? Hehe..Dah dapat kesan kelainannya?

Kalau dah dapat kesan baguslah tapi kalau tak perasan Cik Kiz kiz bagitau ya. Kat kad majlis pernikahan ni tak ada petak ke lokasi majlis pernikahan tau. Pengantin yang request tak nak letak peta sebab tak nak kad nampak serabut pada masa sama nak nampak simple jer..

Details lain yang diletak pada muka dalam kad kahwin adalah alamat majlis pernikahan, aturcara majlis, dan juga nama serta no telefon ayah kepada pengantin dan pengantin tu sendiri.



Muka Dalam Kad Majlis Pernikahan

Taraaaa.. Ini lah Design Nya Yang dah Siap... !!!




Ok tak design craft saver Kiz Wedding ni? kalau ok contact Cik Kiz ya. Cik Kiz bagi harga special je kat u all. Yang penting kena contact Cik Kiz sekarang tuk wat tempahan

Klik Sini tau untuk wat tempahan

Apr 21, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Fatihin Dan Edward

Jangan terkejut tau dengan nama pengantin pada contoh design kad kahwin fatihin dan edward ni. Fatihin tak kahwin dengan Mat Salleh ya.. Nanti kat bawah Cik Kiz  btau nma sebenar Edward ni dan siapa dia. Teruskan membaca tau.

Contoh Design Kad Kahwin Fatihin Dan Edward


Konsep Dan Design


Fatihin pada mulanya survey kad kahwin Kiz Wedding ni dalam intagram tau. Disebabkan tertarik dengan contoh design Nadya Dan Adib yang Cik Kiz buat kan sebelum ni terus je Fatihin contact Cik Kiz. Alhamdulillah semakin lama semakin ramai yang suka dengan design Kiz Wedding ni. "-)

Kalau u all nak tengok design design lain yang ada kat Kiz wedding ni boleh lah tengok gak kat instagram Kiz Wedding. Hari hari Cik Kiz ada update design terbaru yang ditempoah oleh client.

Contoh Design Dari Instagram Kiz Wedding

 Muka Depan Kad Kahwin


Ok kat muka depan kad kahwin ni Cik Kiz just tukar nama pengantin dan tarikh majlis nya sahaja. Jenis font dan warna font juga Cik Kiz kekalkan sama macam sebelum ni ya.

Muka Depan Kad Kahwin



 Muka Belakang Kad Kahwin


Yang muka belakang kad kahwin pun Cik Kiz masih kekalkan design yang sama. Size, warna dan jenis font pun Cik Kiz kekalkan juga. Tapi macam iasa lah ya, details majlis perkahwinan tu Cik Kiz tukar la..hehe..

Alamat majlis pernikahan Fatihin dinuat kat masjid negeri Selangoor tau. Cik Kiz suka idea ni. kalau tak silap Cik Kiz dah ada pakej katering yang disiapkan sekali untuk mana mana pengantin yang nak wat majlis pernikahan dia kat masjid negeri ni.

So takyah susah susah lepas nikah nak kena g rumah pengantin pula untuk menjamu selera. Terus je makan kat masjid tu. Semakin mudah kan nak wat majlis pernikahan kat masjid sekarang ni?

Lakaran Peta


Kalau masjid negeri Shah Alam memang tak susah lah nak cari. Sebab kat tengah tengah bandar kan. Sign board nak ke sana pun banyak dan dari jauh lagi dah nampak masjid tu. walau bagaimana pun Cik Kiz tetap letakkan landmark yang penting sebagai rujukan tetamu yang nak hadir. Antaranya macam mana nak pergi ke masjid tu selepas keluar dari federal highway dan tol batu 3.

Muka Belakang Kad Kahwin

Inilah Hasil Akhir Designnya Yang Dah Siap


Design Yang Dah Siap

Jika ada bakal pengantn yang berminat nak buat design kad kahwin ni sama macam Fatihin dan Edward boleh lah pm Cik Kiz di facebook Kiz Wedding ya.( Klik Sini )

Owh ya lupa lak nak Cik Kiz nak btau nama sebenar pengantin lelaki ni Edward Dareus Lee tau. Jangan tanya Cik Kiz lak dia ni keturunan apa. Tapi rasa rasa nya mesti lah chinese kan? Sebab ada nama family Lee kat situ 

Ok jangan lupa tau pm Cik Kiz lau nak tempah kad kahwin. Insya Allah pakej yang terbaik Cik Kiz bagi kat u all..:-)

Apr 20, 2016

Persiapan Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Majlis Perkahwinan

Yang dah nak kahwin tahun ni tu dah wat persiapan sepenuhnya ke untuk majlis perkahwinan u all? Cik Kiz yakin ramai yang dah wat survey, dah google, tanya kawan kawan tuk tau macam mana nak wat persiapan untuk majlis tu nanti. Ibu bapa u all pun dah tentu banyak main peranan dan beri nasihat perkara apa yang u all perlu lakukan dulu.. Betul tak?

So hari ni Cik Kiz pun nak bagi tips sikit. Tapi.....just nak fokuskan perkara yang u all perlu buat step by step hanya untuk majlis perkahwinan u all sahaja ya. InsyaAllah next entry Cik kiz akan update perkara2 yang lain lak. Contohnya macam mana dan bila waktu yang sesuai untuk wat pernohonan nikah ke pejabat agama, bila dan kat mana nak amik ujian HIV dan juga bila nak submit borang pernikahan. Tapi hari ni kita fokus kat persiapan majlis kahwin u all je dulu. Ok?

Ni Cik Kiz list kan step by step tau. Lau tak wat step by step boleh kelam kabut persiapan u all nanti. The worst case dah sampai esok hari majlis nya pun mesti ada lagi barang yang u all tertinggal atau lupa nak beli :-)

Persiapan Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Majlis Perkahwinan


Step 1 Tentukan Tema Majlis Perkahwinan


Once u all dah tetapkan tarikh majlis tu nanti perkara pertama yang u all perlu buat adalah tetapkan tema majlis tu dulu. Tema ni termasuklah warna baju pengantin, warna pelamin dan warna gubahan hantaran. Pastu konsep nak guna macam mana lak? Nak guna bunga bunga atau pun retro punya style?

Step 2 Buat Tempahan Andaman dan Pelamin.


Hah step ni ramai yang wat silap. Ada yang cari andaman dan pelamin last minit. Sepatutnya u all kena buat step ni betul2 selepas dah dapat idea nak guna tema apa untuk majlis perkahwinan u all.
Nak tau sebab apa? kebanyakkan bakal pengantin sebenarnya tak tau pun nak guna tema macam mana. Dan kebanyakkannya juga u all akan ada 2 atau 3 pilihan kat dalam fkiran untuk tema tu. So macam mana nak decide nak guna tema yang mana satu?

Jawapannya kena pergi kedai wedding planner atau andaman ni la. Tujuan kena pergi jumpa diorang ni sebab nak minta pandangan warna apa yang sesuai untuk tema dan konsep majlis yang u all idamkan tu. Percaya lah Cik Kiz cakap kalau u all fikir betul2 wat konsep sendiri pun, nanti u all dah pergi jumpa wedding planner atau andaman mesti u all akan follow cadangan diorang.. :-)

Cik Kiz suggest at least pergi lima atau enam kedai wedding planner atau andaman ni untuk survey harga dan pakej yang diorang sediakan. Compare betul betul mana yang paling bagus ikut kehendak u all k. Dan yang paling penting kena decide cepat jangan tangguh2. Paling lama pun sebulan je tuk ambil masa nak decide k..

Step 3 Beli Barang Gubahan Hantaran


Dah confirm nak guna tema dan warna apa boleh lah u all cari barang gubahan untuk hantaran pula. Kalau nak buat sendiri tuk jimat kos boleh lah g kedai bunga atau pemborong barang gubahan. Tapi kalau nak senang dan ada lebih bajet boleh je terus wat tempahan kat wedding planner.

Step 4 Buat Tempahan Catering


Kenapa Cik Kiz letak tempahan catering ni kat step no 4? Mesti u all terfikir yang tempah katering ni boleh wat kat step yang last last kan? Sebenarnya jangan wat macam tu. Cik Kiz ada juga beberapa kenalan yang wat bisnes katering ni. Biasanya katering yang murah dan sedap ni memang dah full untuk 4 bulan yang akan datang. So u all kena la wat tempahan awal awal. Kalau wat last minute memang tinggal katering yang mahal je la..

Untuk katering ni kena settlekan pakej apa yang u all nak tau. Biasanya lau bab katering ni bakal pengantin mesti terlupa nak tempah kek potong tingkat tingkat tu. Kalau tak nak ambil dengan katering at least wat remark kat dalam planner supaya jangan terlupa nak tempah.

Step 5 Buat Tempahan Dewan Dan Kanopi


Kalau yang nak guna dewan tu tak perlu lah sewa kanopi lagi. yang mana wat kat rumah sendiri boleh je u all minta no telefon syarikat kanopi kat katering atau wedding planner. Kalau wedding planner tu dah siapada sewa kanopi lagi bagus. Makin banyak pakej yang u ambil kat satu wedding planner makin murah harga yang u all boleh dapat.

Step 6 Buat Kad Kahwin, Doorgift Dan Hiasan Doorgift.


Seterusnya u all kena wat kad kahwin. Tadi u all dah decide nak wat tema camne kan tuk majlis u all nanti. So guna la juga tema tu untuk buat design kad kahwin u all. Selain boleh guna tema majlis tu tuk kad kahwin, u all boleh gak guna kat hiasan doorgift.

Hiasan doorgift yang u all boleh buat dan pada masa sama ada kat Kiz Wedding adalah sticker tuk lekatkan kat doorgift u all tu. Kat sticker tu bolehlah u all ucapkan " Raikan Cinta" Atau " Terima Kasih" sebagai tanda menghargai kehadiran tetamu u all yang datang ke majlis u all nanti.

Hah.. Kalau nak doorgift yang femes dan biasa bakal pengantin bagi kat tetamu pun ada kat Kiz Wedding ni tau. Contohnya macam Yasin dan Doa Zikir Harian, Paper Bag, Sejadah Mini, Tasbih dan lain lain.

Step 7 Beli Kain Untuk baju Nikah, Barang Hantaran Dan Lain lain.


Dah settle tuk kad kahwin dan doorgift boleh lah proceed tuk beli baju nikah, barang hantaran dan baju sedondon untuk fameli u all pula.

Barang hantaran ni jangan cuba cuba untuk beli masa tak de sales pula. Sebaik baiknya buat list dulu nak beli barang apa dan yang paling penting pergi beli masa ada sales hari raya atau pun year end sales. Beli banyak2 terus sekaligus baru puas hati shopping. Hehe..

Untuk kain nak buat baju nikah pula better g beli kat jakel je. kat situ banyak pilihan. Harga pun boleh tawar betul2 tau. Mintak je tawar murah murah mesti diorang bagi. Psiko sikit pekerja dia. Kalau pekerja dia tak nak bagi, g jumpa manager dia. Confirm boleh dapat murah lagi..

So Cik Kiz dah list kan suma perkara yang u all perlu lakukan untuk majlis perkahwinan u all nanti. Yang penting kena ikut step by step tau. Jangan langgar step ni kalau taknak kelam kabut... Cik Kiz dah pernah merasa dah dulu kelam kabut nya.. :-)

Yang mana nak order doorgift dan kad kahwin kat Kiz Wedding pun boleh je pm Cik Kiz sekarang. Klik sini je if nak tengok design2 yang ada kat Kiz Wedding.. Thanks U All.. Love U.. Mmuuahh..!!!





Apr 19, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Wan Yushairi Dan Wan Mukminah

Selamat tengah hari kepada suma pembaca Kiz Wedding hari ni cik Kiz berkesempatan nak tunjuk kat u all contoh design kad kahwin Wan Yushairi Dan Wan Mukminah pulak ya.. Alhamdulillah pasangan pengantin ni akan melangsungkan perkahwinannya di Taman Chenderang Kuala Terengganu, Terengganu. 

Jom kita review sama sama design kad kahwin kali ni :-)

Contoh Design Kad Kahwin Wan Yushairi Dan Wan Mukminah


Konsep Dan Design


Lagi sekali design retro ni jadi pilihan pasangan pengantin walaupun majlis kali ni akan dibuat di Terengganu. Nampaknya design retro Kiz wedding ni dah sampai ke pegetahuan irang irang kat pantai timur sana. Alhamdulillah Kiz Wedding dah berjaya tembus pasaran untuk tempah kad kahwin kat sana juga.. 

Kalau u all nak tau wat masa ni Cik Kiz dapat berpuluh puluh tempahan dalam masa seminggu hanya untuk design retro ni tau. Terima kasih Cik Kiz ucapkan kepada client Cik Kiz kerana menggunakan perkhidmatan Kiz Wedding untuk tempahan kad kahwin anda :-)

Ok tanpa buang masa jom kita tengok satu satu gambar design kad kahwin retro kali ni.

Untuk muka depan kad kahwin ni client Kiz minta untuk gunakan warna hitam sebagai background. Manakala untuk muka belakang pula warna putih digunakan sebagai warna background untuk gambaran peta dan lokasi majlis perkahwinan.

U all boleh tengok gambar design nya kat bawah ni ya:

Yang gambar ni untuk majlis sebelah pengantin perempuan tau. Jangan confuse lak dengan gambar yang sebelah di bawah. Yang kat bawah tu untuk design majlis sebelah pengantin lelaki.

Mereka deside tuk gunakan design yang sama cuma tukar details seperti nama bu bapa pengantin, alamat majlis perkahwinan dan tarikh perkahwinan jer.. Yang lain suma sama..

Cantik tak lakaran peta yang Cik Kiz buat? Apa yang specialnya kat lakaran peta kad kahwin Kiz Wedding ni adalah Cik Kiz akan highlightkan dan buat tanda arah besar besar untuk lokasi majlis tu. U all boleh nampak kan macam dalam gambar ni?

Bila dah highlight besar besar camtu senang lah tetamu u all jumap masa nak datang majlis perkahwinan u all nanti.. Kan??? :-)


Yang gambar bawah ni untuk majlis sebelah pengantin lelaki ya. Sama je kan design nya? Nanti masa majlis perkahwinan u all pun Cik Kiz nak suggestkan wat design sama jer.. Senang tak yah pikir pikir nak wat design berlainan. lagipun design style retro ni selamat sikit, boleh match dengan apa apa warna tema majlis perkahwinan u all nanti..

Lagi satu sebab nya adalah Cik Kiz tak nak u all rambang mata bila dah tengok design yang dah ada kat Kiz Wedding ni. Lau dah tengok banyak banyak desing confirm u all susah nak decide nak guna design apa nanti. hehe..



Taraaaaa... Ini Lah Hasil Designnya Yang Dah Siap... :-)



Ada ker yang nak design retro ni? Kemas dan nampak elite je kan design ni? So jangan ragu ragu lagi dengan kualiti Kiz Wedding. pastinya Cik Kiz akan bagi perkhdmatan yang terbaik tuk u all.. 100 % dijamin kualiti terbaik..

pm Cik Kiz kat facebook Kiz Wedding sekarang tau! (klik sini)

Apr 15, 2016

Kad Kahwin Digital Akan Menggantikan Kad Kahwin Tradisional?

Nampaknya dunia digital sekarang dah semakin mendapat perhatian golongan muda dan bukti nya sampai kad kahwin pun dah ada yang digital tau. Hmmm Macam mana rupa kad kahwin digital ni? Cik Kiz bet mesti ramai yang tak tau kan? Sebenanr nya sama la ngan kita.. Cik Kiz pun baru tau gak pasal kad lahwin digital ni.. Hikhikhik.. :-)

Kad Kahwin Digital Akan Menggantikan Kad Kahwin Tradisional?


Meh Cik Kiz terangkan serba sikit pasal kad kahwin digital ni dulu. Kad kahwin ni kira nya digunakan untuk menjemput tetamu melalui aplikasi fon. Antara keunikan dan kelainan yang ada kat kad kahwin digital ni adalah ia mempunyai slider gambar, boleh countdown tarikh majlis perkahwinan u all dan juga ada guest book tetamu yang akan hadir. Yang guest book ni link ngan facebook gak tau macam kita biasa wat event RSVP tu..

Selain tu kad kahwin digital ni dah siap siap letak peta lokasi ke majlis perkahwinan. So u all takyah susah2 nak search atau taip alamat dan kordinat peta, Just click je kat situ dan dia akan automatik pergi ke google maps atau pun waze. Mudah kan?

Contoh kad kahwin digital ni u all boleh tengok kat gambar bawah ni ya :

Kad Kahwin Digital

Kad Kahwin Digital

Kelebihan Kad Kahwin Digital


Well....bila sekali tengok memang nampak gempak giler kan kad kahwin macam ni. Cik Kiz gerenti kalau u all wat kad kahwin macam ni memang femes la u all.. nak tau sebab apa? Ya la.. kan tak ramai lagi yang wat macam ni.. Biasanya kalau invite kawan kawan tuk zaman sekarang ni just guna facebook atau whatsapp group jer.. Takde nak yang canggih canggih camni.. Tapi kalau u all guna kad kahwin digital ni komfem2 tindakan u all akan jadi perbuakn hebat di antara kawan sekolah dan tempat keje u all..

Pada masa sama fungsi auto gps tuk terus guna kat google maps dan waze tu memang jadi kelebihan kad kahwin digital ni. Cik Kiz suka juga sebab dapat memudahkan tetamu datang ke majlis yang dijemput.. Sebab kadang kadang Cik Kiz pun terpusing pusing sampai 5-6 kali nak cari umah kawan Cik Kiz masa diorang kahwin..

Kesimpulannya siapa yang menjadi di antara pertama yang pakai kad kahwin digital ni mesti rasa bangga dan megah.. tapi jangan sampai terlebih eksen lak ya.. Silap2 lau advance sangat ni jadi bualan tak elok lak dari orang lain :-)

Kelemahan Kad Kahwin Digital


Kelemahan kad kahwin ni adalah yang pertamanya dari segi kesopanan dan etika tuan rumah tu sendiri. Walaupun dah guna kad kahwin ni jangan lah lupa... adalah lebih baik guna kad kahwin yang biasa untuk menjemput saudara mara, jiran jiran dan kawan baik u all. Kalau untuk kawan kawan yang jauh tu ok je pakai kad kahwin digital. tapi yang mana dekat dekat tu lebih elok la kalau diserah sendiri kad kahwin anda dengan menggunakan tangan anda sendiri.

Macam tuk sedara mara dan jiran lagi lah memang tak boleh terus guna kad kahwin digital ni. Risau jadi bualan teruk nanti dari diorang, Sebab lau untuk orang terdekat ni kita kena ada adab sopan masa jemput diorang. Kalau zaman 90 an dulu memang tuan rumah kena pergi dari satu ke satu rumah yang hendak dijemput. So jangan ambil risiko ya nak jemput sedara mara dan jiran terdekat tapi tak pakai kad kahwin yang macam biasa jer....

Selain tu kelemahan kad kahwin ni adalah dari segi kosnya.. Macam yang Cik Kiz cakap lau u all wat kahwin digital ni u all still kena wat gak kad kahwin yang biasa. So kat situ dah ada double kos. kahwin2 ni tak le membazir kan? hehe..

Tapi nanti lau Cik Kiz pun dah jual kad kahwin digital ni boleh je tempah dengan Kiz Wedding. Wat masa sekarang ni jangan pakai kad kahwin digital. pakai yang macam biasa je.. Ok?

Kalau ok... Meh wasap atau pm Cik Kiz ya.. caranya klik kat sini je.. Cik Kiz akan cepat cepat respon kat u all. :-)