Apr 30, 2016

Contoh Design Kad Kahwin Haikal Dan Amalina

 Jom kita tengok lagi design kad kahwin kali ni dari pasangan pengantin Haikal dan Amalina pula. Alhamdulillah majlis perkahwinan mereka akan dilangsungkan pada hari ini, hari Sabtu 30 April 2016 di Batu Anam Segamat Johor.

Contoh Design Kad Kahwin Haikal Dan Amalina


Konsep Dan Design


Design yang dipilih oleh pasangan pengantin kali ni adalah design retro savers ya.Walau bagaimanapun design retro savers yang ni mempunyai corak sedikit di bahagian atas dan di bawah muka depan kad kahwin.

Jom kita lihat corak yang digunakan pada muka depan kad kahwin retro savers ini :



Muka Dalam Kad Kahwin


Gambar di bawah ini pula adalah design untuk sebelah muka dalam kad kahwin. Di sebelah kiri kad Cik Kiz letak details yang diperlukan untuk majlis manakala di selah kanan pula adalah peta lokasi ke majlis perkahwinan pengantin.

Jika dilihat pada kad kahwin ni, alamat majlis perkahwinan, aturcara majlis perkahwinan dan ruangan turut mengundang di letak kat sebelah kiri sekali ya. Manakala tarikh majlis perkahwinan dan no telefon untuk dihubungi diletak di sebelah tengah kad kahwin bersebelahan dengan peta lokasi majlis perkahwinan.


Lakaran Peta


Seperti biasa Cik Kiz akan membuat lakaran di atas kertas kosong dulu sebelum lukis di photoshop. Nak tau lakaran nya macam mana? lakarannya macam kat bawah ni la. Landmark yang penting dan bentuk jalan yang sebenar akan Cik Kiz pastikan betul sebelum Cik Kiz lukis yang betul2 punya kat dalam photoshop.




 Dan Ini lah Hasil kahir Design Yang Sudah Siap !!!


Cantik dan simple je kan design retro savers yang ni?Alhamdulillah CIk Kiz dapat siapkan design kali ni tepat pada masa yang dijanjikan. 

Di kesempatan ni Cik Kiz juga nak ucapkan terima kasih dan tahniah pada pasangan pengantin Haikal dan Amalina kerana berjaya disatukan cinta mereka dan pada masa sama menggunakan perkhidmatan Kiz Wedding untuk tempahan kad kahwin majlis perkahwinan mereka.

Semoga pengantin hidup bahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak cucu yang comel sentiasa :-)


Jadi kalau u all nak guna design retro savers macam kad kahwin Haikal dan Amalina ni jangan segan silu tuk om Cik Kiz ya. Link di sebelah ni link untuk facebook Kiz Wedding ( Klik Sini )

No comments: